SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI


Nak Join tak? kalau nak join, klik header kat atas tau..

iluvblog blogwalking community

Assalamualaikum dan selamat pagi!





Disebabkan terlalu banyak group bagi blogger Malaysia, kami dari pihak Wootmedia ingin mengambil inisiatif untuk mengumpul group-group ini dalam sebuah blog yang dipanggil iluvblog^walking. Dalam blog tersebut, para blogger akan diklasifikasikan mengikut kumpulan masing-masing. Setakat ini, 7 group sudah dikenalpasti. Dengan adanya blog ini, jadi lebih mudah lah nak blogwalking. Ye tak?

Oleh itu, kami mengajak anda semua untuk turut sama join kami di blog iluv^blogwalking ! Setakat ini,terdapat 7 group blogger di komuniti iluvblog^walking.Antaranya :

  • Blogger Tercinta Official
  • Sahabat Blogger
  • Blogger Pantai Timur
  • Blogger Bawah Tanah
  • Kita-Blogger Group
  • Blogger Malaya Group
  • Special group

Setiap group akan di isi dengan 500 blog..Jadi semuanya berjumlah 3500 blog ! Anda akan muntah kerana blogwalking..hehe

Anda boleh memilih kumpulan mana yang diingini kecuali group “kita blogger” . Walaubagaimanapun, pihak kami telah meletakkan had 500 buah blog sahaja bagi setiap kumpulan. Jadi kalau yang terlebih tu, kami akan masukkan blog korang kat group SPECIAL..

Bagaimana blogwalking cara mudah dan pantas di iluvblog^blogwalking ? Senang..Ikot step di bawah :
  • Pergi ke www.bw.iluvblog.com
  • Di Home page,anda akan dapati terdapat 7 group seperti Blogger Tercinta Official,Sahabat Blogger,Blogger Pantai Timur dan sebagainya
  • Click salah satu group
  • Anda akan dapati terdapat 500 link blog di setiap group tersebut
  • LEFT CLICK pada link blog tersebut ( right click akan menyebabkan open in new tab )
  1. Satu pop-up window akan keluar dan blog tersebut akan loading di pop-up window tersebut
  2. Sekurangnya-kurangnya 3 second diperlukan untuk loading blog di pop-up window tersebut bergantung pada internet anda dan juga blog tersebut
  3. Gambar di bawah adalah contoh blog yang keluar di pop-up window tersebut

Berikut adalah langkah langkah untuk anda berdaftar untuk menjadi sebahagian dari komuniti blogwalking ini :

1. Buat satu entry/post di blog and bertajuk ” iluvblog blogwalking community”
Done

2.Dalam entry tersebut,nyatakan anda mahu berada di group apa ( contoh sahabat blogger )
 Saya nak disenaraikan dalam group Sahabat Blogger

3. Copy paste penerangan “Bagaimana blogwalking cara mudah dan pantas di iluvblog^blogwalking” dalam entry tersebut supaya orang lain juga faham konsep blogwalking community ( tak letak gambar pon takpe )
Done!

4. Letak URL post ini supaya orang lain juga boleh sertai
Kawan-kawan.. kalau nak join klik sini

5.Tag 2 orang rakan blogger anda
saya tag Rossyana dan myra



Lawak Santai Hujung Minggu 2

Hari minggu macam ni, aku lebih suka buat entry yang santai..
Biar aku dengan korang happy ! layan~


Kisah 1


Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan kanan.

beberapa jam kemudian,seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah,dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata:"United Kingdom..."

Mamat yang juga sedang lemah, menjawab:"Malaysian..."

Setelah itu dua-duanya pengsan kerana keletihan.beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...".

dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat...".

habis itu mereka pengsan lagi *pengsan je kejenya*.  Beberapa jam kemudian setelah sedar,mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya."Birmingham..." kata si Mat Saleh.

dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...".pengsan lagi.

tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual.Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."

dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn!"



p/s : cancer yg dimaksudkan adalah nama penyakit, bukan zodiak!




Kisah 2


Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekalian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.

Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.
Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.

Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.
Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.

Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.

Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya,Tunggu ditiang ini dan jangan ke mana-mana sehingga dia datang.



Titah raja : demmm! *lalala~ saja tambah-tambah*


kisah 3


Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia?
Doktor : "??$$??"