Lawak Santai Hujung Minggu 2

Hari minggu macam ni, aku lebih suka buat entry yang santai..
Biar aku dengan korang happy ! layan~


Kisah 1


Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan kanan.

beberapa jam kemudian,seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah,dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata:"United Kingdom..."

Mamat yang juga sedang lemah, menjawab:"Malaysian..."

Setelah itu dua-duanya pengsan kerana keletihan.beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...".

dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat...".

habis itu mereka pengsan lagi *pengsan je kejenya*.  Beberapa jam kemudian setelah sedar,mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya."Birmingham..." kata si Mat Saleh.

dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...".pengsan lagi.

tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual.Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."

dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn!"



p/s : cancer yg dimaksudkan adalah nama penyakit, bukan zodiak!




Kisah 2


Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekalian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.

Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.
Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.

Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.
Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.

Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.

Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya,Tunggu ditiang ini dan jangan ke mana-mana sehingga dia datang.



Titah raja : demmm! *lalala~ saja tambah-tambah*


kisah 3


Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia?
Doktor : "??$$??"






11 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Post a Comment