Masihkah ada cinta

Pernah tak rasa keliru tentang cinta? Tak tahu sama ada masih ada perasaan cinta atau sebenarnya dah tak ada perasaan tu?



Kebanyakan orang yang rasa bosan nak sms dengan buah hati, rasa malas nak jumpa dan dengar bunyi katak lebih seronok dari dengar suara si dia..itu bermakna tak ada lagi cinta.. jangan kata orang yang dah tak cintakan dia ni kejam.. lupa ke yang cinta boleh datang da pergi? Bukan kita yang tentukan..

Bila rasa dah tak ada perasaan, jadi kita pilih untuk akhiri hubungan tu.. buat apa terus bersama kalau hanya melukakan hati dia.. betul?

Peliknya disini, bila sebulan atau lebih, kita tiba-tiba jadi teringat pada dia.. rindu pulak nak sms dengan dia. Jadi kita simpulkan, kita sebenarnya cintakan dia! Bagus! Kembali lah semula pada dia..

Tapi macam mana pula bila setelah kembali bersama, perasaan dulu datang balik? perasaan yang bila dia tak ada, kita tak rasa apa-apa pun? Walaupun tak sampai sebulan dulu kita rindukan dia..

Jadi apa sebenarnya perasaan kita dan apa yang kita nak sebenarnya?

Ada seorang pakar  cinta cakap kat aku, otak manusia selalu menipu kita, bila hati kata tak ada lagi cinta, kita buat pilihan untuk pergi, tapi tak lama lepas tu, otak kita teringatkan dia, teringat masa indah waktu bersama dan kekok bila dia tak ada. Otak kata itu cinta agaknya.. tapi cuba dengar kata hati.. jangan keliru antara cinta dan kebiasaan! Ya, KEBIASAAN.. Cinta tu kita rasa, kebiasaan tu ialah kita terbiasa, terbiasa dengan kehadiran dia,terbiasa sms dengan dia dan terbiasa dia ada dalam hidup kita,terutama hubungan yang lama!

Contohnya, kita pakai gelang dah lama, tak pernah tanggal. Kita tak perasan pun gelang tu ada sebab dah biasa, tiba-tiba gelang putus.. mula-mula tak perasan gelang dah tak ada, sampailah kita rasa macam ada yang lain pada tangan, rupanya gelang dah tak ada jadi kita cari semula gelang tu, bila dah jumpa semula, kita happy sekejap dan esoknya kita tak perasan lagi gelang tu sentiasa ada kat tangan.. sebab apa? Sebab kita biasa dengan keadaan tu.. bukan cinta atau sayang, tapi sebab dah biasa ia ada kat situ. Bila tak ada, terasa lain.

Ada yang kata apa salahnya teruskan kebiasaan ni walau tak rasa cinta dah.. teruskan! Teruskan kalau kita dapat pura-pura cintakan dia. Banyak benda boleh tipu tapi paling susah nak menipu perasaan cinta. Salah terus menyakiti orang yang cintakan kita sedangkan kita pula rasa asalkan dia ada sudah cukup bagi meneruskan kebiasaan tu..

Paham apa aku terangkan? Kita sendiri rasa cinta tu.. jangan teruskan hubungan cinta semata tak sanggup kehilangan kawan..


*maafkan aku bila tak lagi cinta, maaf sebab menipu selama ni, maafkan aku sebab kau dah lama tak ada dalam hati..

9 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Siti Rohaida said...

sedihnyeeee....

C!kU BuL@t said...

betul!!!!

Lia Irdelia said...

cinta itu sentiasa akan ada selagimana kita masih merasakannya..
eh?.. hahaa

faridah nazurah said...

kb ni jiwang semcm lak sekarang

MarliaMarble said...

dengar bunyi katak lagi best ye dari dengar suara dia..? hehe..nice2...=D

Che Sakinah said...

aku paham apa yang kau rasa.. nak buat macam mana kan. memang laa ada rasa besalah tinggalkan orang macam tu. tapi untuk kebaikan bersama. memang dah takde rasa cinta. bukan curang, bukan sebab orang ketiga. sebab mmg takde pon orang ketiga or peganti ke ape sampai sekarang... mmg petus sebab dah tak de cinta. maaflahh...

istanabatu said...

cinta tu.. tak boleh nak tafsr..sbb tu soal rasa..cinta

Anonymous said...

kkdang yg llaki x fhm prsaan prmpuan..tduh bkn2..

Anonymous said...

Aku keliru masih cinta atau tak. Dah putus, tapi aku ingat kat dia bila dgr lagu jiwang.. siap nangis2 lagi.. huuuuu

Post a Comment