penumpang bas yang teruk!

Sejak aku belajar di Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), berapa kali aku balik melaka naik bas? errr, boleh dikira pakai jari la.. Tapi aku nak cerita pengalaman aku naik bas masa pulang dari batu pahat ke melaka.

Aku balik dengan kawan-kawan aku dan kitorang memang sangat-sangat penat sebab terkejar-kejar balik, waktu tu pukul 6. Bas sepatutnya datang pukul 6.15 petang tapi tunggu sampai pukul 7 malam baru bas sampai.

waktu tu kesabaran memang dah tahap hujung-hujung tanduk dah.. bila mood kurang baik, secara automatiknya berharap jangan terjadi benda lain yang boleh spoilkan lagi mood aku ni.

Pendek cerita aku dengan kawan-kawan naik bas, bas ni bergerak dari kluang ke batu pahat, pastu ke muar dan seterusnya melaka. Kebetulan ramai pulak yang naik bas pada haritu tapi masalah tiba-tiba timbul pulak! aku awal-awal lagi da naik ambil tempat duduk tapi ada yang tak dapat tempat duduk walaupun dah beli tiket!

So pekerja bas tu pun kejutkan yang tidur dalam bas tu supaya turun sebab dah sampai dan waktu tu aku perasan yang belakang kerusi aku ada 4orang budak yang pura-pura tidur.. aku rasa mesti ada something wrong ni.

Macam yang aku agak, walaupun pekerja bas tu dah kejutkan semua orang, budak-budak tu still buat tak tahu dan memang kebetulan ke bila 4 orang penumpang lagi tak dapat tempat duduk? Bila pekerja tu suruh tunjukkan tiket, diorang buat-buat macam baru bangun tidur dan kata tiket dah dibuang.. aku ni dah lah mood tak berapa okay, datang pulak hal yang melambatkan keadaan macam ni, memang membakar je rasanya.

Bila pekerja tu suruh turun, dia pandai pulak menjawab yang tak fair sebab dia pun beli tiket.. pekerja tu pun satu hal, tegas la sikit.. mane logik boleh buang tiket dalam bas tu, bukan boleh bukak tingkap pun! Jadi lepas budak-budak tu tak nak mengalah dan tetap buat-buat tidur, pekerja tu pun suruh penumpang yang tak dapat tempat duduk tu pi tunggu bas yang akan datang nanti.

Bila bas dah gerak, aku mula lah menganjing atau dalam bahasa sopannya memperli.. aku dengan kawan aku.. kebetulan kawan aku nak simpan tiket yang kat tangan dia jadi aku cakap dekat dia kuat-kuat okay..
aku : kau simpan elok-elok, jangan buang kat luar tingkap, hilang nanti!
banyak lagi lah kawan-kawan aku menganjing budak-budak sebab bagi aku budak tu memang teruk dan pentingkan diri sendiri! tak de duit sangat ke sampai buat macam tu??

Lepas setengah jam perjalanan sorang daripada budak tu tiba-tiba cuit aku dan tanya aku dari sekolah mana.. dan reaksi aku terus tanya dia, kenapa tanya? lepas tu budak tu cakap dari uthm ke? aku pun cakap lah iya dan kenapa? Dia terus cakap tak ada apa-apa dan putus perbualan di situ...

aku pun merelaxkan diri tanpa pikir pasal budak-budak tak matang tu...

5 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Anonymous said...

I visited various sites but the audio feature for audio songs current at this web page is truly wonderful.


Feel free to surf to my site ... right here

Anonymous said...

I've been surfing online more than 4 hours today, yet I never found any interesting article like yours. It is pretty worth enough for me. In my opinion, if all webmasters and bloggers made good content as you did, the net will be much more useful than ever before.

My homepage - info

Anonymous said...

Nice answer back in return of this matter with genuine arguments and describing the
whole thing on the topic of that.

My web site: additional resources

Anonymous said...

I enjoy looking through an article that will make men and women think.

Also, thank you for allowing for me to comment!

Feel free to surf to my site: a fantastic read

masterkucha said...

hahaha dah lah tak bayar de hati nak ngurat...

Post a Comment