Dah bukan rezeki, berusaha lagi!

Hari ni aku cuti jadi aku pergi interview..sebagai penolong pengurus kat Pusat Jalur Lebar.
 ramai kata kat aku, kenapa nak pergi interview kerja lagi kalau dah ada kerja? Ok, jawapannya.. apa salahnya kalau kita nak menambah baikkan lagi hidup dan pekerjaan kita kan? Betul?

aku pergi interview awal tadi, jadi dapat jugaklah giliran awal untuk diinterview. Ramai beb yang datang tadi. Mengikut pengiraan pantas matematik dalam otak aku ni, aku rasa 18 orang yang datang. (sebenarnya tengok dekat senarai nama)

Percaya tak korang yang di antara semua yang datang tu, aku paling muda! aku paling bengap ( yang lain ada degree). Bila tahu keadaan tu, tahap keyakinan menurun jadi 80%!

Jadi selepas isi borang 4helai banyaknya, aku di beri buku yang penuh dengan soalan IQ dan sahsiah. Jadi aku jawab. tengah khusyuk jawab, pekerja situ datang nak ambil buku soalan tu, dia kata masa dah tamat. Ceit! aku tengok jam, 20 minit je aku jawab. Soalan ada seratus tuuu...

Bila dia dah amik soalan aku tu, aku duduk pandang candidate lain yang datang. Keyakinan aku turun jadi 60% sebab aku tak dapat jawab semua soalan. Lepas buat soalan tu, aku duduk-duduk je tengok candidate lain yang baru datang.. Tengok orang,lepas tu tengok jam.. tu je lah kerja aku.

Satu aku tak puas hati, pekerja tu tak adil! ada yang dapat masa lama tuk jawab soalan-soalan tu! (sangat lama sebab aku asyik tengok jam) dorang siap boleh semak dua kali soalan tu.. menyirap beb..

ok, lupakan hal tu..
Aku di interview oleh 5 orang lelaki dalam satu bilik. Dorang tu tak tunggu giliran nak tanya aku sampai aku tak tahu nak jawab yang mana satu dulu.

Ada soalan yang aku tak dapat jawab, terutama soalan fakta.. sebab aku tak banyak study pasal kerja ni. Semalam ingat nak study malam, tapi aku tertidur.. penat kerja pagi kan, malam asyik tidur awal je lah..

Pendek kata.. aku tak ada harapan nak dapat kerja ni.. hehehhee... jadi esok bangun pagi! pergi kerja macam biasa..lalalala~

15 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Ana Aishah said...

cik KB keje ape sekarang?
takpe pelan pelan cari sambil tu berdoa lah. same la jugak nie, even baru je dapat keje still nak cari keje lagi.

nak menaiktaraf kehidupan sambil mencari redha illahi..

aimie amalina said...

heheh
suka bce pengalaman intebiu org :)
x pe,
yg pntg pengalaman kan
dpt atau tidak
lain cite
heee

selamat brjya pencinta panda!
kekeke :))

era-kecik said...

cuba selagi boleh kb. hehe. :)

daya jamal said...

setiap orang ada rezeki masing-masing kan ? betol tak ? :)

cik ika said...

belum ade rezeki uh..insyaalah 1 hari nanti

faridah nazurah said...

ala takpe kb.. yang penting kb dah berusaha.. mungkin tu bukan rezeki kb.

najihah sahami said...

hahaha. tak pe tak pe. leh tambah pengalaman.

Tentang Kita said...

BERUSAHA LAGI...DON'T GIVE UP OK

Bui Junaidi said...

MANALAH TAU KOT2 ADA REZEKI KB..HEHE

Sya Isya said...

Eh manalah tahu kot2 ada rezeki dapat kerja tu.

izah :) said...

best tak pergi interview ? hehe.. insyaallah ,ada rezeki dapat kerja tu .. :D

Ezad Skytech said...

haa, yg paling penting KB da berusaha kan...mungkin ada rezeki KB kat tempat lain...:D

~Mr. Cool & Cik Kepoh~ said...

Salam..
Melawat Followers Mr Coll & Mrs Kepoh..Selamat majujaya

azznie said...

mungkin ada rezeki kat tempat lain..x pe usaha lagi..pasti akan berjaya nntnya

Anonymous said...

ada la rezekinya nnti tu

Post a Comment