Segmen : Jom Terjah Blog Newbie

Assalamualaikum..
selamat berhujung minggu.. hari minggu ni aku nak join segmen menarik lak..hehehe...
Segmen apa? segmen ni..


Blog aku baru 2bulan 2 minggu..jadi dah tentu-tentunya aku boleh diterjah dan newbie..

Jom sama-sama kita terjah-menerjah dan menaikkan trafik blog sampai semput blog..

Kena pilih entri terbaik ek.. tapi semua entri aku terbaik.. lalala~ *perasan gile*
ok, aku pilih entri ni..

Siap! tarikh tutup malam ni pukul 12malam.. kalau taknak menyesal, join lah.. jangan mengadu kat aku terlepas segmen ni tau.. 

Pesanan untuk iMBobo lak..
kenapa bila aku nak ping entri aku kat FB dari blog ni, keluar gambar kau? terkejut aku tau.. hahaha...
adakah sebab kita tak sepadan, jadi gambar kau yg dipilih..hahahaha... 

P/s: jangan gosip...marah buah hati aku nanti..

Blogger Halau follower

Assalamualaikum..
pernah tengok blogger halau followernya? hehehe..
hari ni hari yang meriah untuk aku blogwalking sebab aku guna streamyx kat rumah... tapi masalahnya jugak, hari ni macam dah banyak je aku wat entri..hahahha...
Hari minggu tak ramai orang bukak blog tapi aku tetap tulis banyak-banyak kononnya ramai nak baca..
Eh, balik pada tajuk..
Masa aku blogwalking tadi, aku terjumpa satu blog yang sarat dengan widget a.k.a muzium widget.. Sampai Hang laptop aku tau bila masuk blog dia.. yang paling menduga emosi ialah bila nak tulis komen, aku dah menaip sampai habis tapi perkataan slow gila baru nak muncul.. tapi aku sabar, dah orang jemput pergi rumah dia, aku pergilah... terasa macam nak tegur pulak.. tapi sebelum aku tegur, aku belek-belek entri lama dia dulu.
Takkan kita pertama kali datang rumah orang terus nak tegur perabot rumah dia kan..
"wei, kerusi kau tu tak cantik! buang la!" 
memang kena halau lah kalau korang tegur gitu..

Bila tengok entri dia yang lepas-lepas.. err... ada entri dia marah kat seorang blogger yang menegur blognya yang berat.. eh! melenting habis sebenarnya..

Dia kata kalau tak suka blog dia, jangan datanglah, pangkah je blog dia, tak payah nak tunjuk bagus nak complain blog orang.
Aku baru nak tegur dia tadi, jadi aku sentaplah..hahahah.. ok, kau halau aku, jadi aku unfollow kau lah..lalala~

Aku kejam? memang la..
aku tak suka orang yang tak hargai followernya.. simple kan.. blog ni untuk orang datang bacakan, kecuali takde widget follower baru tu untuk kau sorang je baca.. jadi apa salahnya terima pendapat orang selagi pendapat tu tak menjatuhkan kita...

p/s : aku baik dengan orang yang baik dengan aku.. macam geng-geng aku yang best.. sape geng aku angkat tangan! *takde yang angkat tangan rupanya*

blogger | tolong ingatkan aku

Assalamualaikum...
malam ni aku nak join segmen pertama yang dibuat oleh Harrazdani..
Mudah je segmennya, cuma kongsikan mutiara atau ayat motivasi..
HD akan bagi burger banyak-banyak kepada yang join... hahahha... err.. ok, aku tipu je pasal burger ni

Mutiara kata :
Walau segelap mana hari ini, kita terpaksa menghadapinya..
Walau seteruk mana hari esok, kita tetap terpaksa mengharunginya..
namun YAKINlah , bahawa masih ada sinar menanti di hari lusa.

Kenapa aku pilih mutiara kata ni?
bagi korang ayatnya mungkin kita biasa dengar dan biasa-biasa sahaja..
tapi bagi aku maksudnya boleh buat aku terus tak berputus asa..
walau sebesar mana pun dugaan yang datang, aku jadi yakin yang dugaan itu akan berlalu kalau aku hadapinya dengan redha.. ayat ni jugak buat aku berpikir yang setiap kesusahan yang kita alami, pasti ada hikmah di sebaliknya..
mutiara kata ni menguatkan semangat aku bila aku terasa lemah..


Apa mutiara kata korang? jom kongsi.. klik header tu ye.. tamat pukul 12 malam ni, kalau terlambat join..jangan mintak aku pujuk HD suh bagi korang join..hahaha *bajet gile aku*


p/s : amacam header baru aku... ahhahaa