Aku suka bila tiba tahun baru cina

Bestkan dapat cuti dua hari? memang best tapi paling aku suka, bila raya cina ni ada macam-macam movie ditayangkan kat televisyen.

Paling banyak movie Stephen Chow berlakon. Memang tak bosan aku tengok banyak kali pun! jadi yang penat bekerja tu bolehlah berehat sambil layan cerita cina kat tv kan.


Tapi ada jugak yang tak bestnya. Banyak kedai tutup sebab raya cina ni. Jangan nafikan ye yang sekarang ni kedai runcit banyak dikuasai oleh kaum cina. Hari ni kedai semua tutup, nasib baik kedai 1 malaysia bukak tapi apa yang ada kat kedai tu?

Korang pernah pergi kedai 1 Malaysia? aku dah pernah pergi dan agak serabut susunannya sebab produk 1Malaysia sikit je, tapi untuk nampakkan macam banyak, barang-barang ni disusun kat setiap rak. Korang pergi rak belakang atau depan, sama je barangannya. Erm, mungkin sebab barang tak banyak lagi kot. Nanti bila barang dah banyak, takde lah bersepah lagi kan susunan..

p/s: selamat bercuti ya.

16 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Bui Junaidi said...

YG TAK BEST NYA BUNYI MERCUN..BINGIT..HEHE..TAPI TAKPERLAH KAN,DH ADAT DIA ORG KITA TPAKSA REDHA DLM TERPAKSA..

DEKAT KUCHING BELUM ADA KEDAI 1 MALAYSIA..

kiz said...

sejak seminggu ni makan limau je ni..muka dah jadi oren dah..haha

najihah sahami said...

tak penah lagi jenguk kedai satu malaysia...orang cakap harganya tak lebih kurang je. tak lari ke mana. packaging je lain2..ada lambang satu malaysia..

MeeRole said...

Slamat brcuti kb..dah lme xtngok lwak pcah jamban SC..haha

hana said...

hensem wo stephen chow ni..
erk..
x pernah g la kedai 1 M..
hihih

Ca Cik Duyung said...

zaman blaja dulu best la..ada kawan2 cina..nanti dia kasi limau la,jajan la.hehe..ca suka makan kacang pandai.yg kulit keras tu..mahal tu..ca beli rm5 seco'et je dpt.

Cik Lia Lomi said...

suke sebab cuti panjang, dapat limau dan angpau!!. :D

niesa said...

happy holiday...

Eza Boom Boom :) said...

kb tak pg beraya? :)

Paris Lipton said...

wahhh suka sangat tukar header, buatkan satu! ;p

si robot comel said...

aku tak suka,sebab tak puas bercuti,haha

KaK LimAh Si SupiR said...

cuti kali ni xsempat tgk tv..ad kenduri :P

faridah nazurah said...

Hehe ni tgah tunggu boss bg angpau.. Mintak2 la dpt byk.. Hahaha

err cantik header..

[sutera kasih] said...

boring gilerr sbb kedai byk tutup woooooo

Firdaus® said...

haah..kedai bnyk tutup..nampak sgt kebergantungan orang melayu dekat orang cina kan..huk33~~ btw nice entry..

do follow my blog ye~

Cik Rose Cute said...

AKU TAK SUKA RAYA CINA....HIHIHI SEBAB BINGIT TELINGA DAN KEDAI BANYAK TUTUP..

Post a Comment