Aku simpan cinta pudar itu

Fazli dan Jenab sepasang kekasih yang telah bertahun-tahun bersama, pada suatu hari Jenab merasa bosan dengan hubungan cintanya bersama Fazli.Malah rasa cinta semakin menghilang.

Dia terasa ingin sahaja menamatkan kisah cinta mereka namun hatinya tak sampai hati untuk melukakan hati Fazli, lelaki yang pernah dicintai suatu ketika dahulu.

Disebabkan dia tak sampai hati untuk melukakan hati Fazli, jadi dia berusaha untuk mengembalikan perasaan cinta di hatinya untuk fazli. Hari-hari dia berjumpa Fazli dan meluangkan banyak masa dengan lelaki itu. Kenangan-kenangan lama mereka di imbau untuk dia merasakan kembali perasaan dulu.

Lama-kelamaan cinta itu kembali hadir dan perasaan cintanya kembali berbunga. Bukan mudah untuk mekarkan kembali cinta yang telah layu tapi dia berusaha demi orang yang pernah dia sayangi.

Hubungan mereka kembali seperti biasa, sehinggalah suatu hari Fazli mengajaknya bertemu untuk berbincang suatu hal yang penting.

" Jenab, aku rasa hubungan kita setakat ini sahaja." Luah Fazli.

" Kenapa?" jenab tersentap.

" Sebab aku rasa aku ingin bersendirian."

Jenab tersenyum dan matanya mula menitiskan air mata.

" Kau dah bosan dengan aku?"

" Ya"

" Baik, tapi aku nak tanya sesuatu."

" apa dia?"

" Pernah ke kau cuba rawat perasaan cinta kau yang makin kilang tu? pernah tak kau berusaha untuk hilangkan bosan tu? pernah kau pikirkan perasaan aku bila buat keputusan ini?"

" Er, tak. Kenapa?"

" Sebab aku pernah rawat cinta aku yang makin menghilang pada kau, aku pernah hilangkan bosan aku bila bersama kau, aku pernah tanam semula perasaan aku pada kau. Aku pernah hilang perasaan cinta pada kau! tapi aku usaha kembalikan semuanya seperti dulu sebab aku pikirkan perasaan kau"

fazli terkedu, dia tak pernah menyangka setiap perkataan yang diluahkan oleh Jenab.

" Jenab, aku minta maaf."

" Sudahlah, ini jadi pengajaran untuk aku." Kata Jenab lalu beredar dari situ dengan tangisan yang ditahan-tahan.

Dua bulan kemudian.
"Jenab." Panggil Fazli.

" Kau nak apa?"

" Boleh tak kita kembali seperti dulu, aku minta maaf sangat-sangat. Sekarang baru aku sedar yang tiada perempuan yang menyayangi aku seperti kau. Aku tahu kau marahkan aku, tapi tolong bagi aku peluang sekali lagi." Rayu Fazli.

" Dah terlambat, Aku tak perlukan lelaki macam kau."


P/s : rekaan semata-mata

13 KOMEN BERKOTAK BULAT:

kizmyself said...

oh.. ingatkan novel..

Unknown said...

bukan rekaan semata.. ni la kebenaran..

Zul fattah said...

OMG... harap2 aku bukan jenis lelaki cam tu.. tp cite ni, ada sdikit kena mngena dgan diri aku..

Unknown said...

yeke rekaan KB? mcm betul je bunyinya.. tapi xkesah la.. kalau sy la sy takkan layan dh lelaki mcm tu. senang2 je dia nak datang dan pergi.. cehh kurang asam sungguh~ :P

Unknown said...

drama hujung minggu ye KB??

KaK LimAh Si SupiR said...

betol tindakan jenab..sokong jenab!

Rean said...

sampai hati si fazli tu ckp die dah bosan kat jenab.. die sepatutnya jaga hati si jenab tu, kesian jenab.. fazli oh fazli, klau kita berjumpa, akan daku sekolahkan dikau..grrr..

Unknown said...

huh..dasyat cite ko neh!

Nurul Iman said...

huh tinggalkan je laki mcm tu!
eh tetiba plak emo hehe :P
citer kb best ^^

Nur Lavender said...

Walaupun jln cerita ringkas tp tetap berjaya menyentuh perasaan..:)

Mira Maisara said...

cet..rekaan pulak..bru je nk feeling..hhaa

kotak bulat said...

@faridah nazurah rekaan je.heheh

Unknown said...

oh tidak, tiada peluang kedua bagimu. senang-senang je buat jenab macam tu. Ingat dia bagus sangat. huh.

Post a Comment