Hattan bercerai lagi


NEGERI SEMBILAN – Sekitar jam 11.30 pagi semalam, penyanyi popular, Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, sah melafazkan cerai talak satu dengan Farah Asyikin Othman, 34, di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli.

Pasangan terbabit disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menurut sumber dari Sinar Harian, Hattan dilihat hadir bersama-sama dengan Farah Asyikin untuk memfailkan perceraian dan memohon kes mereka dibicarakan pada hari yang sama.

Prosedur perceraian buat pasangan ini berlangsung dengan baik dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Namun begitu, dalam kekecohon untuk medapatkan kepastian lanjut dari pihak Hattan, dia memaklumkan belum bersedia untuk memberi sebarang penjelasan tentang kes perceraian ini.

Sebelum ini, jelas terdengar desas-desus yang mengatakan Hattan telah pun bercerai dengan isterinya itu selepas baru dua bulan mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Tetapi, Hattan menyangkal dakwaan itu dan agak ‘berang’ apabila cerita mengenai rumah tangganya yang masih lagi bahagia di fitnah oleh seorang wartawan hiburan Malaysia.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13 tapi jodohnya tidak panjang dengan bekas isteri yang pertama.

Nampaknya, Hattan menyambung kembali ‘statusnya’ sebagai duda untuk kali yang kedua selepas sah berpisah dengan Farah Asyikin.

sumber: mynewshub.my

11 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Anonymous said...

apa nak jadik ler .. hari-hari mesti ade kes perceraian .. hurm~

Jahirah said...

jodoh xpnjang,xde jodoh....;)

Unknown said...

2 bulan??:/

EMOdisaster said...

laa... panjang pun umur hattan .! pagi td sy baru je ke istana seri menanti, dan kebetulan lalu depan rumah hattan yg b'sebelahan dgn istana . masa tu cakap tentang hattan kawin kat rumah dia . tp ptg ni dgr die da cerai pulak ? ermm... hattan ..hattan..alahai anak omak ! hehehe...

Unknown said...

mungkin dah tekde jalan penyelesaian lain kot.

Anonymous said...

semoga bertemu bahagia jugalah hattan.. :)

abghani said...

tk dapek den nk nolong tan oiii

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

ya Allah :(

aamalinaazman said...

hayoooo
bukn baru kawen ke
huu
nak wat canne,

Hidayah said...

hmmm baru 2bulan kot kawinn.skjp je da becerai

Sarah Mnasir said...

artis cmni la..

Post a Comment