Tak pergi interview tapi diterima kerja

Kelmarin aku ada ceritakan tentang satu jawatan kosong yang aku mohon dan aku telah pergi sesi temuduganya. Tapi aku cabut masa taklimat tentang jawatan tu sebab aku rasa aku ditipu. Tulis iklan jawatan lain, tapi bila pergi jawatan lain pulak dah! Nak tahu lebih jelas, baca entri kerja kosong.

Aku cabut dari interview itu jadi bermakna aku tak pergi pun temuduga  oleh pengarah tu. Tapi sesuatu pelik berlaku semalam. Kolej tu telefon aku dan katakan.

" Tahniah, awak diterima bekerja di kolej ini. Kami akan maklumkan nanti tarikh mula awak mendaftar kerja."

Aku waktu tu dah tercengang.. WTFuuu? 

Aku kata " Ok, tentang gaji macam mana ye?"

Dia kata " Kan dah diterangkan semasa interview ."

Aku pun kata " Saya tak jelas semalam."

"Nanti masa awak datang daftar masuk kerja, akan diterangkan di sana nanti."

" Bagitau sekarang tak boleh?"

" Nanti akan diterangkan"

Aku pun jawab ok dan letak telefon. Lepas tu aku tergelak macam gila dah. Apa ke peliknya aku yang cabut lari masa interview kelmarin boleh dapat kerja tu?? Pelik tak? Dalam otak aku ni pikir satu je, terdesak le tu nak cari pekerja.

Tapi bila dipikirkan balik, Aku nak try pergi kerja tu sebab nak rasa pengalamannya. Pengalaman tu berhargakan? nanti bila ada pengalaman, aku boleh cerita kat korang pulak situasi kerja tu.

P/s: aku dapat interview jadi technician kat panasonic senai. Jauh tu.. tengah berpikir lagi nak pergi ke tak..

18 KOMEN BERKOTAK BULAT:

skuterlady.blogspot.my said...

dapat gak keje tu walaupon tak interview... hmm... agak pelik di situ...

Anonymous said...

wow... bagusnya... dah rezeki kut... jangan lepaskan.. :)

Unknown said...

best la kb.. cuba try..

HAFIZAL said...

oh gaji besar.....ke kat panasonic

Ca Ezah said...

kb dok mana? ca pernah apply kat panasonic senai tu pi direct ke kilang..tp xde kosong lak masa tu.. :(

C`ayob.com said...

Kompom pekerjaan tu susah......kau try je bah...p!

KaK LimAh Si SupiR said...

ha'ah..pengalaman tuuu penting ^_^

Unknown said...

sah la yang lain2 tu menolak untuk jawatan tu kot kb...agaknye la.>:)

maszull said...

assalamualaikum KB...Senai dah dekat ngan umah mama tu...:)

Ezad Skytech said...

agak pelik di situ....lari masa interview..dapat pulak kerja..hee~

#try la kb..mana tahu ada rezeki kat situ kan..:D

Unknown said...

rezeki tu kadang-kadang datang tetiba je.. hee. so, bersyukur laaa.. ^^

Anonymous said...

rezeki tu kb.. kalo gaji ok, rembat je kb.. hehe

> kita sama2 tukar template :)

msredcheesecake said...

Hati2 jgn sampai kena tipu.... Biasa dengar kes camni....

Trx said...

rezeki la tu. dah hadirkan syukur ke belum? =)

justin lover said...

haha...biar betul org tu??
sekali kene jual lak..haha^^

amad said...

betol ke senang?..rezeki jgn d tolak.

free backlink

eiela said...

try je mana tau rezeki kt sana.

caliph shuriken said...

ni jgn kolej ipts yg kerap tipu duit ptptn student mcm kami kena sudah laa :p

Post a Comment