Bagaimana cara mula berniaga dari rumah

Siapa yang rajin jenguk ke blog aku ni mesti tahu yang selain kerja dari pukul 7.30pagi hingga 4.30 petang, aku ada jugak buat perniagaan sampingan di rumah. Teterbang ada tanyakan pada aku semalam macam mana aku start buat bisnes ni.

Mesti ramai nak buat bisnes kat rumah kan? penat? serius memang penat sebab balik kerja kena buat kerja lain pulak. Okay, aku nak bercerita ni.

Alkisahnya, aku dulu suka makan coklat yang mak aku beli kat kawan sekerja dia, sedap coklatnya sampai seminggu sekali aku mesti beli! Bayangkan le berapa banyak duit mak aku habis sebab nak beli coklat yang mahal pulak tu.

Lama-lama terasa macam nak buat sendiri je, jadi aku cari resepi yang paling sedap lepas tu pergi kedai cari bahan-bahan dia. Barang-barang buat coklat ni tak ada jual kat kedai runcit, kena pergi cari kat kedai buat kek.

Aku buat dan beri orang rasa dulu, kalau dorang suka bolehlah beli. Sekali cuba mesti nak lagi punyalah. Pasaran pulak macam mana ya?
Jualan lebih baik bila sampai sesuatu sambutan contohnya, hari ibu, hari bapa, hari persahabatan, hari apa je lah yang biasa orang nak bagi hadiah kat orang lain.

Macam mana nak bagi orang tahu pasal perniagaan kita?
Macam-macam cara ada, aku guna promosi pada kawan-kawan keluarga dulu. Nanti lama-lama tersebarlah kalau dorang suka produk kita kan.

Aku jual murah je 12 biji- RM5. Aku bukan nak kaut untung je semata, kenalah sedekah sikit kan. Dapat untung sikit pun tak apalah janji orang suka nak makan coklat aku dan beli lagi.

Berminat nak berniaga? tak salah mencuba kan?


p/s: aku malas nak masukkan apa-apa gambar.heehhe.. jangan marah..

14 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Munnafendy said...

alohhh masukkan le gmbr cekelat sedap tu =)

nuyui a.k.a miss YUI said...

bgus ni..tips berguna ~

Aishah Jahirah said...

betol2....dah suka elok blaja buat sendiri.tgk dah siap blh jual kat org pulak....bagus tu berniaga sambil bersedekah...barakah lebih bagi org makan,org puas ati..:)

Ca Cik Duyung said...

ca pon baru buat bisnes kat rumah..bisnes felt craft..mencabar gak bisnes ni.sbb sasarannya budak2 jer...org tua2 termasuk golongan seusia ca mgkin xbape minat..juz ca suka buat..ca buat sbb minat..bisnes coklat pon mgkin ca nk cuba sbb ada kawan ajak jd partner.. :)

Yatie Awang said...

wah...KB buat bisness coklat sekarang ek..tentu sedap coklat tu..moga KB merjaya nanti..kembangkan coklat tu hihi

Diyana Norman said...

wahhhh.... moge bisnes maju. suke tgk org mlayu berbisnes

[sutera kasih] said...

wahh KB bisnes ekk? good luck :)

TeTerBanG said...

hehe...x sngka kb letak nma sy dlm post nie. bley femes sy. hihi.. terpulun plak. maybe, pas abis stpm, sy nak try berniaga tgk. mna tau, bley dpt duwit lebih. nak keja, abah x bagi. so, keja dr umah ja lah. btw kb, thanks so much sbb share cara nak berniaga. =)

sha my heart said...

terima kasih KB, sudi kongsi cara nak buat perniagaan di rumah. Suka sgt =)


menjemput jom join segment kenangan persahabatan masa sekolah rendah.


mesti korang ada kenangannya kan?
jemput join segment ini ya

faridah nazurah said...

hahaha rajin KB nih.. hee sy pun sekarang buat bisness HERBALIFE. so kalau nak beli produk boleh la cntact ye.. err lg satu sy pun ada jual tudung jenama ARIANI.. original punya.. haha ni memang promote habisss nih!

cik ika said...

ika pown teringin nk wta biz kt hostel ni..tp tataw nk wat biz pe..hiuhu

faaTihah said...

saya pon baru mula nak bisnes..
kalau de sesape yg nak kerepek2 ngan jeli..boleh la sggah ke blog sy..

Anonymous said...

Boleh tak ajar cara cara wt coklat handmade yang awak buat?sy surirumah tp mcm berminat la dgn cklat handmade ni.nk try gk la,tolg eh ni emel sy sitiradiah48@gmail.com.

Lincoln Madison said...

Toll Free Numbers help businesses create a virtual office. Virtual PBX phone services provide businesses with local phone numbers and toll free numbers from a single connection.

Post a Comment