Pos Laju Hadiahkan coklat Kisses!

Sejak dua menjak ni, pos dah buat iklan galakkan orang gunakan pos semula sebab aku tengok surat-surat yang sampai rumah aku ni hanyalah bil-bil aje. Bosan! Hari ni je aku dapat sesuatu yang lain!

Minggu lepas masa Mr. Panda pergi langkawi bercuti dan aku tinggal di rumah je sebab dia tak nak bawak aku sekali..Sedih beb! ok, tak sedih pun sebenarnya.

Korang tahu kan langkawi terkenal dengan barangan murah terutama jajan dan coklat. Jadi aku ni dah lama tak makan coklat Kisses sebab coklat kisses kat melaka ni mahal! Aku mintak dia belikan aku coklat kisses, dia kata yang sederhana je ada. Sederhana pun sederhanalah. Tapi yang penting aku nak coklat ni, aku tak nak coklat Daim. Tak minat.
google punya

Dia pun belikan coklat tu, kalau tak silap aku harganya RM12.00 kot. Kalau kat sini yang kecik je dah RM13 ringgit kan? (yang penting free)

Jadi Mr.panda pun hantar coklat tu guna Pos laju sebab takut cair. Tengah hari semalam dia hantar dan tengah hari tadi aku terima! Memang power lah post laju  ni..
go go go ogle!

Mr.panda pun cakap dekat aku harga dia hantar coklat ni guna pos laju, RM9.00! bila aku dapat bungkusan coklat ni, memanglah mahal kena caj, bukan main besar lagi kotak dia bagi ni. Tapi aku rasa harga dia lagi mahal dari coklat aku beli sendiri sebab. RM12+RM9 : RM21 ok!

Apa-apa pun terima kasih pada MR. panda sebab sanggup hantar dari JB tu, hebat pos laju sebab memang boleh hantar dalam sehari je.

Mr. panda oi.. nanti bila balik melaka, aku belanja minum ye. (air baru RM1.00 ~ Jimat!)
Ehemm.. macamlah dia baca blog aku ni.



P/s : aku ni dah lama sangat tak bukak blog ni, jadi bila era tanya tak update blog ke jadi aku membebellah sikit hari ni. Aku bukan tak nak bukak blog, tapi sibuk siapkan novel hasil karya aku.. hehehe.. dah siap nanti aku bagi era je baca! lalala~

18 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Gary Asip said...

untunglaaa. dapat coklat kisses.. gary 16hb ni pegi langkawi.. nak beli coklat seguni... :3

hana said...

alamak..
teringin coklat kisses jugak..
nak pi serbu kdai juga.

Mr Labu said...

untung la kau dapat coklat... hahaha... mana skrip novel??? biar aku ckeck dulu... bukan bleh percaya ko ni... unsur- unsur ganas jer letaknya nanti...:)

Ezad Skytech said...

hee..pernah dengar je nama coklat ni KB..tapi tak pernah makan pun..:D

Bui Junaidi said...

WAH..SEDAPNYA..MINTAK SIKIT KB..

era kecik said...

haha.. tak sangka terselit nama era kat situ XP

coklat turrr... eee, dah lama tak makan XD .. KB, share ler sket kat era ^^

:: yeaa! era orang first lah ye yang boleh bace karya KB tu.. hehe ~ :D

Cik Lia Lomi said...

coklat ni memang sedap, berbeza dengan coklat yang lain-lain tu..

wah nak baca juga novel tu!, heee

Yatie Awang said...

nasib baiklah akak tak suka makan coklat hehehe

maaf dah lama akak tak singgah sini, blog lama bermasalah..jadi jom singgah blog baru akak

Si BuDaK KaChAk said...

beznye...anta sni skit...hehee

Eza Boom Boom said...

cokelat kisses memang sedappp! :)

Ca Cik Duyung said...

sedapnyerrrrr..kongsi la..hik3

Hardy Boy said...

sedapnyer coklat tu.hehe

fany wany said...

*terliur*

mak aihhh, dapnya :D

fRaMe+LenSeS said...

bestnye dapat adiah. nak nak nak jugakkk~~

faridah nazurah said...

untunglah dapat coklat...

[sutera kasih] said...

sedapnya tu kisses !! :)

Bobo said...

x cair plak cokolat tu ek? pandai pos laju jaga hehe

.izzati liyana. said...

sedappnya! suka kot. daim pon suka jgk. semua coklat yg sdp suka! hehe.

Post a Comment