Konvokesyen dan Gaji

Lagi seminggu maka sampailah masa untuk aku menerima gaji aku yang pertama.. hehehe.. tapi nampaknya aku kena keluarkan RM200 sebab nak bayar tuk konvo. RM200! mahal le.. terasa macam tak nak pergi je konvo tu.. benda simple tapi berhabis sampai RM200.

Entah berbaloi ke tidak kan.. kalau tak pergi, kena bayar RM90 je.. jadi jimat le Rm110 kan. Tak payah pergi lah..hahahha.. teruk betul aku ni.

Orang lain sibuk bersemangat nak pergi konvo jumpa kawan-kawan, aku pulak sayang nak keluarkan duit. Rindu jugak ni nak jumpa kawan-kawan! kena pergi konvo la kalau nak jumpa dorang.

Ha, aku nak cerita ni. Hari tu bos aku panggil aku masuk ofis dia, aku ingat aku ada buat salah. Serius kecut perut.

Bos: Jihan, awak kerja dah sebulan ke belum?
Aku : (pelik) belum sebulan lagi.
Bos : Saya tengok awak boleh buat kerja, bulan depan saya naikkan gaji awak. Kalau prestasi awak okay, saya akan naikkan lagi.
Aku : Naik berapa ?
Bos : bulan depan saya naikkan 50 ringgit.
Aku : terima kasih bos.

Tersengih aku lepas keluar dari bilik tu, dapat naik gaji siapa le yang tak suka kan. 50 inggit pun duit beb. Lepas dua bulan, bila aku dah confirm kerja ni, gaji aku naik lagi Rm100! Alhamdulillah! makin semangat aku nak kerja..hehehe..

10 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Diyana Norman said...

wahhhh boleh lah belanja. Muahaha

xila riston said...

ungtung la...kekeke

Are_Rull said...

bguslah tu..alhamdulillah...

aimie amalina said...

semangat2!
hehehe
alhamdulillah ;)

NasZ said...

wah...dapat naik gaji? tahniah2. duit gak tu. rezeki jgn ditolak.

From,

Nasz

MOHD NASER.com

athirah said...

wah..bestnya...keje pe sampai naik cepat tu.....Alhamdulillah...rezki awk kan kan...

maszull said...

assalamualaikum KB...tahniah yer...:)

era kecik said...

hehehe . sapa tak suka naik gaji . haha :D

:: takpe . untuk jumpa kawan gak >.<

yaya said...

alhamdulillah and congrates rezeki smakin terbuke luas..:)

khatgrafik said...

Samalah, saya konvo kena bayar 500. Tak pergi, sekali seumur hidup.. Gambar dengan skrol tu yang penting :)

Post a Comment