Interview kerja dan cara berpakaian ketika interview

Aku baru balik dari interview ni. Interview apa? Bersyukur sangat sebab rezeki datang bergolek. Semalam aku dapat call, hari ni pergi interview dan esok mula bekerja!

Bagi yang nak pergi interview kerja, pentingnya ialah berpakaian formal dan jangan makeup over sangat ye. bersederhana saja sebab first impression tu penting. Macam mana nak ambil kerja kalau datang makeup macam nak interview jadi pramugari. 




Cara pemakaian ketika temuduga

  1. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. 
  2. lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan.
  3. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt terutama t'shirt 'adik'. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.
  4. Pakailah kasut kulit atau kasut bertutup. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.
  5. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.

Kenapa tiba-tiba cakap pasal pakaian dan makeup?? Sebab tadi ada tiga orang yang interview sekali dengan aku dan salah sorangnya bukan main bergaya dengan baju adiknya,seluar jeans dan makeup penuh kat muka. Mula-mula budak tu kena interview dan lepas dia , aku pulak.

Penat rasa mulut aku ni senyum dan bila dengar tentang kerja dan syarat-syarat dia, aku pastikan aku faham dan boleh buat semua tu, tak nak lah nanti kerja separuh jalan lepas tu berhenti sebab tak puas hati. Ok, kerja aku sebelum ni aku dah berhenti sebab tak puas hati sikit dengan bos aku. (jadikan pengajaran)

Habis je interview, aku terus diterima kerja dan datang pagi esok! Alhamdulillah, tempat kerja pun dekat dengan rumah. Ok, bagi yang nak tau aku kerja apa.. main teka teki nak?

Aku kerja stesen caltex.. bukan cashier, bukan jaga pam. Teka ok? sapa dapat teka, aku.. aku.. aku senyum je lah.

18 KOMEN BERKOTAK BULAT:

•♥ Myra ♥• said...

tahniah la ye kb..murah rezeki ;))

faridah nazurah said...

heee supervisor ehh KB? fuyoooo..hehe kalau makeup tebal2 ni dh mcm pelakon opera cina lak

biela bell said...

betul tu..tak payah nak over sgt make up..yg penting kemas dan berkeyakinan..keje apa tu KB?? ehem3.hehe

Elih Japahar said...

Ni mesti kerja supervisor kan haha..malas lah nak teka lol :P

Ly_Tulip said...

supervisor stesen minyak??? Hehehe

Rasa nya Ly pon da penah wat entri pasal interview ni.. sbb keje Ly memang kena interview orang je.. Huhu

kiz said...

yeaa..dpt jerja baru tahniah..kojo apo tu.. pengurus pam minyak ko.. juruaudit ke..tukang sapu ke..ehh apa apa jelah janji kerja yang halal.

msredcheesecake said...

mak cik cleaner? CEO? pam attendent? jaga? gf owner? hhaaaa....

pepepun congrats....

maszull said...

assalamualaikum KB...wah dah dpt keje ke kat mana x yah la nak teka jawab jer boleh...hehehehee...:)

sha my heart said...

untunglah.. tahniah =)

admin?

H.J said...

supervisor

Salwa said...

Manager!hehe.

KaK LimAh Si SupiR said...

adkah supervisor d situ? :P

anamizu kaito said...

errrrr jadi assistant toke caltex tu kot..hehe






luv,
cik ana

yusuflaili(Goku) said...

salam;
pengurus stesen caltex atau tukang sapu.

justin lover said...

bdk yg yg dgn bj tshirt adik tu...pe jdi?? hehe^^

Diyana Norman said...

errr keje ape eh?

Ezad Skytech said...

kalau over sgt pun tak boleh kan KB..hehe~

.izzati liyana. said...

keje ape eh? nak teka pon tak taw sbb xtaw ape position yg ada kat caltex or minyak2 ni. huhu

Post a Comment