aku pelik tengok telefon awam

tadi aku masa aku singgah kedai, aku baru perasan dan pelik ada public phone kat sebelah kedai tu, aku ingat benda tu baru di buat tapi kawan-kawan aku kata benda tu dah bertahun ada kat situ.. tapi kenapa aku tak perasan kan?  jadi aku syak, mesti ada orang jampi public phone tu supaya aku tak nampak public phone tu kat situ...

Public phone tu cantik lagi, tak macam public phone aku masa sekolah dulu, buruk-buruk.. masa aku sekolah dulu, kalau ada 10 public phone kat sekolah aku, hanya 1 je yang boleh guna.. Alangkah rakusnya pelajar sekolah aku tu dalam menghancurkan hak awam.. Tapi aku tengok public phone ni cantik, public phone kat sekitar kawasan ni pun cantik je.. Jadi aku tertanya-tanya.. adakah penduduk kawasan ini memiliki sifat menyayangi harta benda awam yang tinggi?

aku tanya kat kawan-kawan aku, kenapa telefon awam tu nampak macam baru buat? cantik pulak tu.. cepat je dorang menjawab..
telefon tu elok bukanlah sebab pengguna cermat tapi sebab tak ada orang guna lah.. bila tak ada orang guna, macam mana nak rosak.

Bila dilihat,  ramai kanak-kanak sekarang dah ada telefon bimbit, malahan orang indon pun ada Iphone4 sekarang ni.. tapi korang perasan tak? Penggunaan public phone juga sebenarnya dah melangkah setapak maju ke hadapan.. dulu publicphone hanya boleh buat panggilan, tapi sekarang dah boleh hantar mesej tau.. korang pernah cuba tak?
1 sms 20 sen.. aku suka hantar mesej je guna ni bila tak cukup syiling.. benda ni guna nombor celcom. boleh hantar mesej, tapi tak boleh terima mesej ye. kalau terdesak, boleh saja guna..


p/s : 3 tahun aku  keluar masuk kedai tu, baru hari ni aku perasan telefon awam depan kedai tu? Apakah?

21 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Michada said...

kaco orang besh! =D

faridah nazurah said...

huuu mesti ada yang dok jampi2 public tu.. hehehe :P

Munnafendy said...

haha..nak buat camana,zmn skg ni dah ada yg mudah kan..tu yg public fon sebesar2 alam pun xnmpk dh =)

pnh guna sekali sms pkai public fon...tp lama dh la...

rabiatul adawiyah said...

hihi..ko juling kowt..ngeh ngeh negh..salam perkenalan..

kiz said...

zaman kegemilangannya dah berlalu..

SpeakerSekolah said...

Public phone tu malu ngan kb..sbb tu bru prasan..

aRa ❤ aFiq™ said...

ara mse skola dluw slalu gak gne public anta msg kaco org.. haha

alif haris said...

hehehe .. rasanya dah berkurun tk sentuh bnde alah ni :p

diana said...

boleh sms??
pestaim tengok nihh..

Onitsuka_hana said...

a'a kan jarang pakai tfon public.dlu sek rendah da gak pkai nak gayut lama skit ngan kengkawan.hehe

Dunia Glamor said...

semenjak menularnya penggunaan telefon bimbit ni,public fon x tak diguna lagi..baik kerajaan buka ja..

Lea Isnawi said...

buleh hantar sms?
xtaw la pulak
dh lama gila tak gune

=.='

Aesya Zealous said...

kita pernah send sms gune public!! hehehe

era kecik said...

eh, kejap. tepon public leh anta mesej? dasyat! perst time era dengar.. ish, ish, ish,, memang ketinggalan tullah era ni..

p/s: siapalah nak jampi tepon public tu? ntah2 dia taknak duit KB kot? hehehe

aimie amalina said...

entri ni membuat kan rindu dgn public fon
hehehehehhee =]

Bui Junaidi said...

dah berpuluh tahun tak pakai public phone..hehe

sergeant keroro said...

dah lama tak guna public phone -,-"

pengemis Cinta~ said...

pc xpernah hantar mesej by publicphone, dah jarang jumpa.adapun dekat asrama dulu..uhuuhu

MawardiYunus said...

skang dh xada rasa yang public fon wujud..huhuhu

HAFIZAL said...

wah cangih tuh...tak terpikir sy public phone leh antar sms...hehehe

WhoAmie ItisMei said...

Dulu Phone tue penuh dgn iklan... macam2 iklan ada...

Post a Comment