Cinta dalam diam 4

Assalamualaikum..
Selamat pagi, pagi-pagi ni aku rasa macam relax je jadi aku nak sambung cerita cinta dalam diam yang sepatutnya tamat tapi atas sebab permintaan maka aku sambung lagi..
sudah baca cinta dalam diam? cinta dalam diam 2? cinta dalam diam 3? (open in new tab ye)

(kisah dari sudut pandangan kb)

Semalaman aku tak boleh tidur sebab aku asyik tersenyum saja. Ok, sebenarnya hari-hari aku senyum sejak dapat surat cinta dari firdaus.. rasa rindu sangat dan tak sabar nak masuk kelas. Diam tak diam, akhirnya esok aku akan balik poli..tu yang aku tak boleh tidur ni sebab excited sangat nak masuk kelas. Jantung aku ni, tak payah cakap lah.. bila aku teringat firdaus je,mesti macam nak meletup.
Sebelum firdaus luahkan perasaan kat aku, aku tak pernah pilih baju sebelum tidur tapi hari ni aku cipta rekod, aku dah pilih baju yang paling cantik sebelum aku tidur! hahaha.. aku nak nampak cantik esok walaupun aku bukan cantik sangat pun.. orang tak cantik pun boleh nampak cantik tau dengan aura cinta..lalala~

Akhirnya, sampai jugak hari yang aku tunggu-tunggu, macam-macam aku fikirkan.. apa reaksi dia bila jumpa aku nanti? apa pulak aku nak buat bila jumpa dia? ish, gilalah! tak nak lah pikir lagi, redha je lah apa pun yang jadi.. tak pernah-pernah aku datang awal ke kelas, hari ni aku datang awal ok. Kadang-kadang cinta buat kita bersemangat..

Bila je aku melangkah masuk kelas, semua kawan-kawan pandang aku tapi orang pertama yang aku cari ialah Firdaus.. tapi tak nampak pun dia! mana dia  ni..errr.. aku dahlah tak sabar nak jumpa dia dari semalam ni.
Aku tunggu dia datang sampailah lecture dah masuk kelas tapi dia tak datang jugak. Huh, dia tak sihat ke?

10 minit lepas lecture masuk, firdaus terkejar-kejar masuk kelas dan aku pulak dengan automatiknya tersenyum la wei..mana leh sorok dah bunga lam hati aku ni..hehehe.. masuk-masuk je terus dia mintak maaf kat lecture sebab lambat..Peh, tu la yang buat aku sangkut kat dia..sebab budi bahasa dia.cair beb!

Dia pandang aku bila dia nak pergi tempat duduk dia, aku senyum tapi dia tak senyum pun. aku ulang, dia tak senyum pun! aku ada curi-curi pandang dia masa dalam kelas tapi dia langsung tak pandang aku, dia buat bodoh je.. mamat ni nak main-mainkan perasaan aku ke?

Bila habis kelas, aku cari peluang nak cakap dengan dia..
"hai daus." tegur aku nekad.
" hai.."
tu aja dia jawab, lepas tu dia pergi macam tu aja.. cis! memang sah aku dipermainkan!



ehh, rasa macam nak bersambung pulak..ok, aku sambung nanti saja lah ye.. sambungan seterusnya dari pandangan firdaus.hehehe... korang teringin nak tau tak?

29 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Fiizya Aurora said...

^_* kb jatuh cinta dan terjatuh cintan...

ainaa said...

amboi KB. saje nak buat org tertanya2 kan? haha. cepatlah sambong ! Grr ;p

sergeant keroro said...

cepat sambung, bersemangat ni.

even tak tahu betul ke tak, hehe XD

Ezad Skytech said...

da episod 4 ni KB..terus tunggu ni..hee~

Yumida said...

huhuhu..cinta tersimpul rapi..msh lg guna cara pos lama..utus surat.. kalo dulu..ms sekolah rendah mesti ade letak bedak wangi..hihi...

pa pe pon..moga kuntum2 bunga tu akan mekar yer cik kotak bulat..myb kuntum tu lg malu2...tu yg xnk tegur dulu..

Aisyah Aina said...

mesti saja nak bagi saspen ni....tak sabar nak tunggu sambungan....

NasZ said...

mesti surat tu dapat mimpi kot? haha.. tak pun firdaus ada penyakit.. Tak pun firdaus kena kawin dengan orang lain. hehe..

MOHD NASER.com

kokser kokdam said...

brape siri neh..

pasni buku kan..

ambo beli!

heeee

=D

miezah said...

KB nie memg lar ..
grrrrrrrrr~ ^^,

Akak said...

tertarik ngan tajuk KB....cinta dalam diam...pperggh

Anif Abdullah| AA said...

sambung lagi?? hahahak..Daus macam nak jual mahal jew tu.. ^^

Murnie said...

KB !!!! sambonglaa cepat2 .. berdebar2 tunggu ending ni .. huhuhu

Bro ahmad said...

kb sambungan 5 hehee best..dia malu kot sebab dah luah perasaan dia hmm

Niena Pengembara Ilahi said...

selamat menyambut Ramadhan jgak :D

BiNtaNg HaTi said...

buat derk plak si firdaus tu...dia malu2 rimau kot sbb dah terluah perasaan kat KB...hehehe..

sha my heart said...

next pls.

sambung2.. hehe~

syiela said...

ish daus ni...

Biey said...

nice..

Miz Novexx said...

wah... boleh buat novel la KB!! (^__^)V
menarik ni

Fad said...

makin panas...hehe

Nurnajwa said...

Oh kte lmbt T^T

Tp takpe, nk tau nk tau nk tau!

Hehehe ;D

Wanie said...

hehehe..xkan la firdaus nak mainkan kb kan..ni mesti gimik die je..lalala

alif haris said...

wah dah mcm drama bersiri ptg2 pulak KB :) hehehe ..
best2 ..

Anak Wak Mail said...

apa kes pulak si daus ni..ish3x..:P

cinta terhalang ke ape ni??haha..

msredcheesecake said...

kb, lambat la .... bila nak kapel ni...sori akak gelojoh sikit...hheee

Cik Gee said...

haha... tergelak2 gee bace citer ni.. sbb cinta semua semangat ye..? haha.. ^^

iMBobo said...

ala dah tau dah, firdaus tu saje jual mahal kn?hehe

K.Zhariff said...

haha, sambung2. :D

IMPIAN said...

SAMBUNG2...

Post a Comment