Mencari jodoh semakin mudah?

Betulkah mencari jodoh semakin mudah? Selaras dengan perkembangan teknologi , orang kita semakin bijak mencari jalan untuk bersosial.. kalau dulu, bila kita sukakan seseorang.. bukan main susah kita nak mengorat.. perlukan keberanian tahap tertinggi untuk minta nombor telefon.. kalau paling hebat, terus luahkan perasaan..

Tapi sekarang dah lain.. kalau berkenan dengan seseorang, cari saja nama dia kat facebook.. bila dah jumpa add. Bila tak bertentang mata, jadi berani sikit nak mengorat.. kemudian sembang-sembang promosi diri sampailah si perempuan suka. Akhir sekali ajak jumpa, maka bermulalah episod cinta..Mudah kan? Hanya perlu pandai bermain kata sahaja.

Apabila semakin mudah menjalinkan cinta, peratus orang yang berlaku curang juga semakin bertambah..curang ni kebiasaanya bermula dengan perkataan.. " test market". Dari test market tu, berubah menjadi cinta.. Betul tak?

Banyaknya kes curang, menyebabkan ramai orang paksa pasangan memberikan password facebook mereka atas alasan untuk memastikan tiada berlakunya kecurangan di belakang mereka.. Korang ada yang share password? Aku? facebook aku, aku punyalah! facebook dia, lantak dia lah~

Bagi aku, macam kebudak-budakkan nak buat spotcheck macam tu kat pasangan.. merimaskan! lagipun, kita jugak yang sakit hati bila terbaca atau terjumpa sesuatu yang boleh membakar perasaan cemburu.. Tengok perempuan sapa HI kat boyfriend, kita dah terus pergi serang perempuan tu.. nampak dia komen-komen dengan orang lain, kita marah-marah pasangan kita, tak bagi dia berkawan.. kau sapa nak halang dia bekawan??

Pendek kata, lebih baik tak ambil tahu dari kita tahu sesuatu menyakitkan hati.. tak perlu sampai selongkar facebook pasangan sebab kalau dia curang pun, pandai lah dia simpan.. korang tak akan jumpa punya melainkan korang bercinta dengan orang yang super duper bodoh~

Kesimpulannya.. mencari cinta dan kehilangan cinta semakin mudah dengan adanya facebook.. hahhaa..

31 KOMEN BERKOTAK BULAT:

NURUL ASHIKIN said...

jodoh hak ALLAH kita hanya mampu berdoa moga ditemukan dengan Wanita /Lelaki yang baik

Saddila said...

kahkahkah . suka dengan kesimpulan akak .

ehh dan memang betul pun :)

SpeakerSekolah said...

Smakin mudah cri cnta smakin mudah ptus cnta..siapakah si panda itu kb?kang dah kamtoi..haha

...MiSS UmMi... said...

mcm ad experience je ni...heheh...

salah satu kebaikan dan keburukan facebook kan...(^_^)

sergeant keroro said...

ehem, macam ada pengalaman jek

faridah nazurah said...

hahaha tapi disebabkan bertukar2 password tu la sy dpt track si gemok tu mengatal2.. hahaha

blog-tips-kurus said...

nasib saya tak aktif FB. lalala.. :-)

msredcheesecake said...

kalau fb digunakan dgn niat tak baik, cam tu la jadinya.... kalau rajin spot cek pasangan pun belum tentu jamin kekal...

Ini Kisah Tia said...

thats why i hate facebookkkkkk !

aimie amalina said...

hahahaha
begitu sekarang mudah mencipta sesuatu yg bahagia, dan melakar sesuatu yg sedih jugak kan?
betol2! =]

to'wan said...

Suka entri ni.. Terkadang lebih baik TAK TAHU daripada TAHU jika ia bisa menyakitkan hati.. :)

era kecik said...

betul tu.. fb era , era lah yang jaga, fb dia, dialah yang jaga.. ha. btul tak?

najihah sahami said...

haha..setuju!!!

senang citer..kalau nak buat facebook, jangan cari pasal!!

Anak Wak Mail said...

tu lah,,kalau dulu nak cakap depan2 tergagap2,,sekarang guna fb lancar je..;)

Fad said...

nak kawin pun senang kat facebook..di hujung jarije..huhu

yusuflaili said...

Salam;
memang betul tu..mudah dan cepat,tapi tak ramai yg kekal..mungkin kerana terlalu mudah maka cepat pula putus atau bercerai..tak percaya rujuk kat pejabat kadi/agama Islam.

Are_Rull said...

hehehe btul tuh..nk check sgala bgai..jd spy..lg tmbh mslh je..lau x pcya..sudh la kan?xpyh couple2 da..

Niena Pengembara Ilahi said...

erm,,,ada stengah org tu buat satu fb je utk dri dia n pasangan

Ary ariasputera said...

hahaha... tu la pasal.... nasib baik aku da kawin... hahaha...

Fathiah Hamim said...

memang macam budak2 pun.

Belog Sambal Belacan said...

bab bg password tu mmg tak blh bla kn,last2 kita yg cemburu:)

nadia farhana said...

hihi btoi2 cinta muka buku larh kata an

alif haris said...

tp sebenarnya bergantung pd individu itu sndiri juga kan :)..
klu pndai die setia ..everything is fine^^

Yatie Awang said...

kalau sampai minta pasword tu dah melampau..tu baru bercinta, alah menyampahlah hehehhe

eiela said...

sekarang mencari jodoh mudah, putus pun mudah jugak. haish..

k.h.a.l.i.l.a said...

betol tu. encik "ex" penah mintak password FB, tapi konfirm la x bagi.

Fyruz said...

tak di nafikan..

memang nowadays senang nak jatuh cinta..kemudahan teknologi byk membantu..

ayat yang dilakar pada skrin..tidak di datangkan dengan nada suara..ekspresi wajah..


kata2 indah mampu cairkan hati si dia..

apa2 pun semua tu terletak pada kejujuran diri sendiri.

kalau memang dah ada niat nak berlaku curang..ada fb atau takda.. berlaku jugak kecurang tu...

pokok pangkal nawaitu..

p/s: lebih baik sakit hati sbb tahu kecurangan dia dgn mata sendri..dari sakit hati ditipu mentah2..

blh buat keputusan sblum dia terus kecewakan kita.

Minah Blur said...

kite same!xdek nk share2 p/w.... takde pekdah...

#hai KB... hehe

kokser kokdam said...

tibe2 lak terngiang2 lagu cinta muka buku.. hahaha

.ain. said...

huhu.
hehehe.
hahahaha..

best brooooo ! 2 thumbs up !

Azza Firza said...

hahahaha , entri yang mantap dan saya salah seorang yang bertemu cinta di alam maya, serang ? tade la serang terus , sekurang-kurangnya saya tanya pakwe saya dulu :D

Post a Comment