Jawapan kepada soalan korang! #2

Dah baca sesi soal jawab pada entri aku yang sebelum ni? kalau belum dan banyak masa lapang, bacalah kat entri SINI. tak sangka aku yang korang semua tanya aku soalan kelakar..hahaa.. tapi aku tetap akan jawab ye..

15. KB dah kawen ke? - sutera kasih
-aku muda lagi lah, belajar pun tak habis..hehehe..

16. KB suka makan apa? -sutera kasih
- Err.. mencabar soalan ni.. makanan ye.. patut tanya aku tak suka makan apa la.. kalau tanya suka makan apa, susah nak jawab.. Aku tak suka Asam Pedas.. yang lain ok je aku telan.

17. KB kenal tak blog saya sebelum ni? sutera kasih
Of course la!

18. macam mana cara untuk dapatkan idea untuk buat entri2 yang best dan menarik.?asniaziz
hurmm.. (pikir)
cara nak dapatkan idea- ikuti perkembangan semasa.
kalau blog personal - perhati dengan teliti setiap perkara yang menarik berlaku sepanjang hari, tu pun boleh di jadikan bahan perkongsian.
- untuk buat entri best pulak, taip seolah-olah korang tengah bercerita pada kawan-kawan dan bukanlah buat karangan.

19. KB bila nak kawin? -josrevalution
- bila putera raja jatuh tergolek dari langit pinang aku, aku kawin lah ye.. (sila jangan percaya)

20. Kak bui tanya, kenapa tak join segmen kak bui?ini blog bui
Errr...ye tak ye jugak kan.. maaf kak bui.. sebenarnya kb asyik tangguh je.. tu yang terlupa, tapi blog kak bui ada dalam bloglist kb ye..

21- kenapa keberatan letak gambar sendiri dalam blog?msredcheesecake
sebab tak nak orang kutuk kotak bulat ni tak cantik.. jadi untuk elak orang dapat dosa mengata, maka tak letak gambar..tapi kan, ada je dulu-dulu punya entri..ada gambar kb..

22- apa no IC? msredcheesecake
soalan paling senang ni.. no ic aku ye..
ni dia - 9***********

23. nama penuh kotak bulat apa?u-mie
-kotak bulat binti bujur..
hahahha.. ok, nama aku Nurul Nazihan

24- nama ayah apa?hanif
apa punya soalan laa... tak pe, aku jawap.. Dia..Mohd Ali

25- KB asal negeri mana?anamizu
melaka..meh la datang ye.

26- Gadget pe yang kb ada sekarang?anamizu
ada laptop, handphone nokia.. pendrive, ada calculator saintifik gak tau err..gadget gak ke tu? hahaha..

27- Apa impian kb selama ini? -kancil8349
Impian ye..dulu masa kecik-kecik ada impuan tapi dah lupa.. sekarang impian aku nak kaya dunia akhirat..lalala~

28- Ciri-ciri yang kb suka untuk dijadikan suami -kancil8349
Jauh lagi ni untuk fikir.. ciri-ciri ye.. orang tu mestilah bukan kera sumbang yang tak boleh nak bergaul dengan orang lain.. paling penting dia mesti sayang aku lebih dari aku sayang dia. tapi sampai sekarang aku tak tahu macam mana nak ukur.. =.='

29- Kb Baru putus cinta kan, berani tak nak bercinta lagi?  -wanie
- jujurnya aku bukanlah seorang yang akan duduk terperuk tepi almari dan menangis disebabkan kecewa cinta, cinta ni tak penting pun selagi belum sampai masanya, jadi aku selesa single sekarang..lagipun saham jadi tinggi pulak masa single ni..pelikkan?  ok, pendek kata aku tak kisah bercinta lagi tapi aku suka single.

30- apa pendapat kb tentang cinta sejati, wujud ke? -msredcheesecake
- Emm.. susah nak jawab ni.. sampai masanya setiap manusia akan mendapat cinta.. terpulang pada kita je macam mana nak menjaganya, bila Allah tetapkan itu jodoh kita dan kita berkhawin dengannya, jaga cinta itu umpama dia cinta sejati kita sebab rasanya tak boleh dinilai samada cinta itu sejati atau tak..

31- suka duka sepanjang berblogging? -yayath
blog ni baru 5bulan kot.. suka duka ye.. bila duit naik, suka lah.. bila orang dapat blog ni pun aku suka.. duka pulak.. bila..aku sudah tiada.. (lagu hujan pulak)


ok.. tu dia 31 soalan yang aku ambil dari entri jom tanya kotak bulat , ada lagi yang nak bertanya? boleh tanya kat entri ni.. kalau pasal blog pun, aku sudi kongsikan ok..

18 KOMEN BERKOTAK BULAT:

mindaKhayaLan said...

kenapa shoutbox da tak de??hehehe

josrevalution said...

ahaha..lawak jawaban tu..camni smpi tua urban pon x kawen lo..haha..ko memang best KB..:)

harrazdani said...

alhamdulillah trjwab sudah semua persoalan..huhuhu

faridah nazurah said...

KB buat header guna software ape? cantik dan comel semacam je. ni mesti siap main jampi2 ehhh? hehe :P

Kancil 8349 said...

terima kasih kerana menjawab soalan Kancil....macam seronok je soalan dan jawapan nie...hahaha...apapun dah cukup untuk kancil...karang tanya yang bukan2 susah plak...hehehe

Ezad Skytech said...

blog KB kena remove tu bila..?

yayath said...

hehe...

ehhhh..yath pun x suka makan asam pedasss la:)hikhik...

[sutera kasih] said...

thanks KB sbb jawab hehe..aahh kan, silap tanya plak..patut tanya mknn apa KB tak suka hehe

Noh Kodiang said...

aku nak tanya soklan gak....ehem2...jap...

ok. Bila ko nak mampos???...

hehehe...

http://nohistukangkarut.blogspot.com/2011/10/uniknya-cinta-pertamaku-3.html

msredcheesecake said...

Best pulak layan q&a kb ni.... Rasa nak tanya lagi je... Tapi nanti kena marah pulak... Heeee

A.I.N.S.Y.A.H said...

sape2 nak tanya leh tanya lg nih..tnya soalan panasssss tau ;)

anamizu said...

wahh dah terjawabla soklan cik ana..
owhh MELAKA ek? bleh arr dtg melaka nti..hehe

kotak bulat berwajah baru la!
cantiknye!!! :)



luv,
cik ana.

miratun madihah said...

wa tepat dan padat!

Anak Wak Mail said...

tak lama lagi nak pegi melaka..kb belanja eh!haha

Belog Sambal Belacan said...

duit raya tahun ni dapat bp??? :)

ABU said...

oh aku nak datang melaka soon.. nak tanya mana hotel2 bajet kat melaka..hehe ni pun kira soalan jugak kan :D

diana said...

kenapa soalan akak tak jawab??
sah masuk kat spam ni>>>:)

NasZ said...

kalau diberi pilihan antara Yuna dan Heliza Helmi, yang mana KB nak tolong ngoratkan utk saya? hahaha.

MOHD NASER.com

Post a Comment