KB dapat tawaran berlakon! | Inovasi PMM ( JKM )

Minggu ini dan minggu lepas aku sibuk dengan persiapan Hari Inovasi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) di Politeknik Merlimau. Memang hari yang sangat meletihkan tapi memang meriah, ada macam-macam jenis produk dan mesin yang pelajar JKM buat.

Kumpulan aku ada 4 orang, kitorang buat 'rekabentuk dan fabrikasi paip keluaran mudah alih untuk pembuatan'. Produk utama ialah paip bercabang mudah alih, tapi kitorang tekankan jugak penghasilan aliran kerja untuk pembinaan produk ni. Pendek kata, kitorang buat mini kilang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan berjaya. Minggu depan group aku kena pergi satu lagi hari inovasi sebab kitorang menang tempat kedua dalam kos diploma teknologi pembuatan. Kitorang kena buat pembentangan di depan menteri pulak..Huh! ingatkan dapat rehat..


Cun tak banting ni? banting ni aku buat sendiri sebab nak jimat kos, group lain hantar kedai, tapi aku buat sendiri..hehehe.. biru wajib ada.. ikutkan hati aku nak letak panda banyak-banyak tapi nanti budak group aku hentak kepala aku kat banting ni pulak kang.

Minggu lepas aku dapat tawaran berlakon dan aku terima tanpa ambil sebarang bayaran..Baikkan aku.. ehem! nak tengok aku berlakon? jom layan video yang aku berlakon untuk projek ni.. Jujurnya, aku memang tak ada bakat berlakon sebab kerja aku asyik nak gelak je, susah tu beb nak buat muka penat + serius + toya! tapi berkat usaha murni aku, akhirnya aku berjaya buat muka seposen..



ok, aku jual paip bercabang yang memang ringan dan boleh dibawa kemana-mana dengan harga yang sangat-sangat berpatutan.Produk ni sesuai untuk kegunaan pada majlis perkhawinan, kenduri, perkhemahan dan macam-macam lagi. Hanya dengan RM120!





berminat, contact nombor yang diberi dalam video tu ye..hehehehe..


p/s : next entri aku cerita projek group lain yang memang gempak!

20 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Yatie Awang said...

wahhh...hebatnya..

EMOdisaster said...

salam..laa...KB ni student pmm ke...sem last ke?sy blaja sane dulu..tp takat sem 2..kalau x,sem ni last..pelakon dlm video td tu..yg laki no 2 ngn pempuan tu sy macam kenal sgt2 lah...budak jke atau jkm?hehehe...

yusuflaili said...

salam;
seronok dapat no 2.harga rm120 termasuk kos pengantaran ke??.

Niena Pengembara Ilahi said...

owh..diploma teknologi pembuatan :D

HanTu-ToMYam said...

seronok r buat projek sampai boleh jual..huhu

Bui Junaidi said...

kak bui nk tempah 10..hehe

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ said...

la..kamu dak mechy rupenye...sama la kita..hehe..tapi ca dah habis la..ca mekanikal (bahan) .juz ada kat polijb je.. =) JKM best kan? life yg mencabar bila jadi dak jkm... :)

SoLy SoLicious said...

mn videonya?

Nafisah Ruslan said...

saya pun xlayak nak berlakon..
tapi orang kata saya pandai buat reaksi muka.. sabarjela..

NasZ said...

owh...kreatif la.

MOHD NASER.com

Fad said...

ala..xdpt buka la KB..tenet slow

EyqaLuvender said...

wah....best la KB pnye projek.
semoga terus sukses ye KB :)

era kecik said...

wah,, kb berlakonlah.. he he he :)

diana said...

kamu kedekut..
sebab tu kamu buat sendiri je banting tu..
kan Kb?ngaku cepat..
ejekekekek

josrevalution said...

hehe...hebat tu dah memang la KB..tp ni x berat ke bila di bawa kehulu ke hilir?..hehe...lg pun skg ni setiap mazjid ataupun surau pili dah berlambak..hehe..

kotak bulat said...

josrevalution : ringgan je..budk2 pun bolh angkat ni. kat masjid tu xleh bawak tempat lain sb kedudukan statik.. yang ni boleh letak dalam bonet kereta.

kotak bulat said...

josrevalution : kb jkm.. :)

yusuflaili : kos penghantaran kira lain

diana: hahahhaah.. mmg la.. :P tu yg sgup wat sendiri je.. mahal kalau anta kedai

[sutera kasih] said...

gigih sy tggu video tu loading, wahhh kagumla dgn paip bercabang yg sng nk bawa ke mana2 yg grup KB buat..kreatif !!

KaK LimAh Si SupiR said...

kretip :P

Belog Sambal Belacan said...

wahhh..project yg best ni kb

Post a Comment