Macam tu je ending Asmara 2 ??

Baru je abis tengok cerita asmara ni..
Tapi macam kecewa sikit sebab aku macam tak puas hati dengan ending drama ni..
Aku rasa mesti ada sambungan Asmara 3!
Ni yang malas nak tunggu ni.. tak best la cam ni..
Kecewa...kecewa..
macam tergantung lagi cerita ni..

Maut ditumbuk selepas minta bayaran

Assalamualaikum..


Hari ni satu lagi kisah yang ingin dikongsi. Sesuatu yang aku rasakan kasihan pada mangsa.




 Seorang lelaki Leong Chin Yap (pic), 49 telah ditumbuk bertubi-tubi di kepala oleh seorang laki britain. Kejadian ni jadi lebih kurang pada pukul 1.50 pagi.


Lelaki Britain terbabit tiba-tiba naik berang dengan insiden pergaduhan membabitkan mangsa dan seorang pelanggan wanita di sebuah restoran di Pandan Indah. Difahamkan, lelaki yang juga abang kepada pemilik restoran berkenaan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.


Kisahnya bermula, seorang wanita memesan minuman keras dan selepas habis minum, dia nak terus beredar sebab dah mabuk. Dia pergi tanpa bayar air tu jadi mangsa ni menghalang dan memujuk dia untuk bayar duit air tu
Wanita tu tetap degil dan mahu beredar, si mangsa ni menarik tangan perempuan ni untuk bawak jumpa tauke restoran ni.


Laki Britain ni pulak ingat mangsa tu nak menyerang perempuan tu jadi dia pun masuk campur. Dia datang dari belakang dan tumbuk mangsa banyak kali sehingga jatuh dan berdarah.
Mangsa terus dibawa ke hospital dan meninggal pada 10 malam pada hari ahad.


Lelaki britain tersebut  direman enam hari dan kes itu disiasat  dan diklasifikasikan sebagai pembunuhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Kesimpulan, Jangan campur hal orang lain dengan emosi! kalau nak campur pun hal orang lain, biarlah dengan berhemah. Tak pasal-pasal dah jadi pembunuh..


p/s : arak tu buat akal kita hilang! kan da menyusahkan orang! 

Perkataan 'bir' tidak dibenarkan.

Assalamualaikum...


Kecoh sejak kebelakangan ni pasal isu 'bir halal' yang dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah. Minuman ni dikatakan jadi kegemaran orang ramai sejak setahun yang lalu sebab dianggap halal.
Setelah di buat kajian Jabatan Kimia, didapati minuman tersebut mengandungi 0.5% alkohol sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah  tidak melebihi 0.01 peratus.


baru-baru ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata,  
“Tidak timbul isu halal atau tidak kerana selama ini pun kita maklumkan, mana-mana produk makanan tidak diberi sijil halal diragui. Kita juga sudah putuskan tidak membenarkan penggunaan perkataan bir kerana ia merujuk kepada sesuatu yang haram walaupun tertera perkataan halal,”


Mana-mana produk yang tidak memiliki logo halal dari jakim, maka diragui kesahihannya!


Kesimpulannya, kita sendiri ni.. kenalah hati-hati dalam memilih makanan atau minuman. Takkan la kita main beli je. tengok dulu logo halal dan ramuan dia. Kan da banyak kali di bagitau, tak tahu lagi ke?! *konon marah*
 Kalau ragu-ragu, tak payah beli.. aku pun tak pernah beli dan minum minuman tu.. korang pernah minum ke?

p/s : kenapalah.. dah lama minuman ni keluar, baru sekarang nak dikaji.. tu pun kena tunggu aduan dulu, manusia selalu pandang remeh hal ni..





Promote follower bertuah

Haritu aku da janjikan nak review follower aku yang ke 290 hingga 300..
Tapi,aku tak tau sgt review..aku promote je ye..
kali aku promote semua sekali ye.. Jadi aku tambah kawan, korang pun boleh tambah kawan..
sorry sebab lambat..sebab kotak follower aku tak keluar semalam.


blog ni  cik bella ni color merah, putih dan hitam. Macam header dia ni..
pengalaman dia dalam dunia blog ni pun da lama, sejak 2009!
klik header ye lau nak kawan dengan dia.


blog si dia ni berawan-awan. aku selalu lepak sini.. *silent reader* 
seronok baca apa yang ditulis.
klik header ye lau nak kawan dengan dia.


Kaler hijau coklat blog ni, pernah jugak aku singgah.. hehehe..
banyak entry dia yang best-best gak..
rasanya dia start blogging since last year. jom terjah dia!


owner blog ni Addin Chaos..  Simple je blog ni. aku follower yang ke 211..
selalu dapat nombor yg tak cantik.. hehe..
terjah saja blog ini! 



cantik header dia ni.. dia pure science student *ada tulis kat about me*
blog dia sangat-sangat simple, takde iklan dan satu post je kat home..
jadi cepat je la loading kan..bagus!
ape lagi? klik la..


Khalila namanya ye.. belang-belang gitu blognya..
'follower dia lagi ramai dari aku la'. hehehe..
klik..klik header tu..klik lau minat..


hitam putih blog nya cik situ suriani ni..cantik..
tapi tulisan tu macam aku susah baca.
aku lembap lau nak baca tulisan corak-corak ni .*gedik*
shoutbox pun takde lah yunk..*ke mata aku yg tak nmpak?*


Ni dia pendamba mawar.. Kebetulan aku pun baru kenal dia.
Dia ni nak lawan ben ashaari..brani tol!
pi la tengok siapa si berani ni. 


Ni dia follower yang da ad link..heheh..*gurau je*
Background dia penuh kartun-kartun binatang comel..
tersenyum baca entry terbaru dia..
kalau nak kawan dengan dia, klik header ye..

ada 1 blog yang aku tak dapat bukak 
*sila bagi aku link korang secepat mungkin ye*

1. jufry malyno
takde link ke blog jugak.

Ni lah blog yang aku janjikan akan review.. *tak pandai review pun*
promote ok..

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER

Khas untuk follower bawah 500
kalau korang baru macam aku, jomlah join!
tutup kul 10 malam ni tau..

Segmen-Nizam Ijam Nak Tolong Promote Blog Anda

assalamualaikum...


malam ni nak join segmen nizam ijam..
sebab dia sudi jemput aku join, jadi aku join..
lagipun senang je nak join..

kalau korang berminat.. klik header tu ye..

Kena tag orang ye..
aku tag korang *jangan marah tau*

gantung kepala babi tiada kaitan isu agama

Assalamualaikum..


Polis mengesahkan kejadian kes simbah cat merah dan gantung kepala babi di sebuah gerai cendol berhampiran Masjid Lama Sungai Bakap, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu agama. Sebaliknya ia berkemungkinan perbuatan khianat seseorang individu terhadap pemilik gerai berkenaan.


Siasatan pihak polis mendapati gerai cendol berkenaan pernah disimbah dengan cat hitam pada Januari lalu ketika orang ramai sedang beratur membeli cendol, tetapi pemilik gerai terbabit tak melaporkan kejadian tu kepada polis.


Pemilik gerai tu pernah terima macam-macam ugutan sebelum ni dari orang yang dia tak kenal. Hanya kebetulan saja masjid berada berhampiran dengan gerai cendol tu.Jadi,kita tak bolehlah buat andaian benda ni berkaitan soal agama. Anak pemilik kedai tu dah buat laporan polis pun tentang kejadian tu.. tamat..


kesimpulan dari aku *mesti nak ada kesimpulan*,
tak elok dengki-dengki sesama manusia ni, tak bawak kemana pun.. Bawak ke hospital tampoi je kang. 
Berniaga cendol je.. bukannya restoran pun sampai nak dengki dengan peniaga tu..
Melampau betul *marah ni*, bila dah kena tangkap nanti baru nak mengaku gila..
Aku rasa mesti peniaga kedai tu rampas kekasih dia,jadi dia tak puas hati.. *ok, merapu sudah~*


untuk baca lebih skema.. pi kat sana




*aku taknak letak gmbar babi sebab xcantik, gmbar shinchan korek idung cantik*






p/s : baik aku pergi tolong kat dapur sebelum mak bising.. 

Akan Review follower ke 290-300!

Assalamualaikum..

malam ni aku sangat-sangat free.. *tiap-tiap malam aku free*
Jadi aku akan review follower aku yang ke 290 hingga 300..
ikhlas dari aku ni... follow sebab suka blog ni ye.. *ayat poyo*
Tak tahu lah bila akan sampai 300 tu.. *ada ke orang nak follow blog aku?*
aku just nak bagi penghargaan untuk korang..sebab sudi follow blog tak seberapa ni..
yang da lama follow aku, jangan risau.. aku rajin berjalan!..insyaallah.. *aku pun memang tak de keje*



disebabkan mlm ni kotak follow tak mo keluar pulak..
kt atas navbar tu ada button follow ye :)

Senaman Menarik Sebelum Tidur

Senaman sebelum tidur, pernah buar? malam ni aku ada sesuatu yang istemewa untuk dikongsikan..
Sesuatu yang menarik.. Aku nak ajar korang senaman sebelum tido!  haa..aku da agak ramai yang tak tau hal ni.. Semua mesti terus tido je kan.. Senaman ni buat kita jadi cergas bila bangun tido..


Langkah-langkahnya mudah saja!:


1. Tarik nafas 8kali..*aku suka no. 8* 
tarik..hembus.. tarikkk...hembusss...


2. Kemudian, Pusingkan kepala 360 darjah tuk merenggangkan urat leher.


3. Longgarkan otot-otot tangan.
buat perlahan-lahan.


4. Kali ni buat laju-laju sikit.


5. Ok, laju lagi!!


6. Last sekali.. luruskan tangan dan lakukan pergerakan ini.


Selesai!

Tanpa ragu-ragu lagi, Kini anda boleh tidur dengan lena! 




p/s: sebarang putus urat atau putus tangan, sila buat aduan terhadap bungaitucantik. lalalala~~

Segmen #2 Blog Oh Blog : Aktiviti 2- Saya Suka Entry Ni

Sebarang maklumat mengenai segmen ni..sila klik kt header di atas.

perkara yang perlu aku lakukan untuk segmen ni.
1. nyatakan anda kumpulan dan senarai ahli kumpulan
Aku kumpulan 2 dan ini ahli kumpulan aku..
  1. http://bibie-mumui.blogspot.com/2011/05/segmen-2-blog-oh-blog-aktiviti-1.html 
  2. http://roseskalerful.blogspot.com/2011/05/segmen-2-blog-oh-blog-aktiviti-1.html 
  3. http://cekedismanis.blogspot.com/2011/05/segmen-2-blog-oh-blog-aktiviti-1.html 
2. Masuk setiap blog ahli kumpulan dan cari entry paling menarik pada anda dan nyatakan kenapa

1.

Aku rasa entry cara menyimpan baju dalam beg kecil merupakan satu perkongsian yang menarik sebab ramai tak tau macam mana nak memuatkan pakaian yang banyak ke dalam beg yang kecil. Jadi ini merupakan entry yang menarik untuk dikongsi bersama.

2.

Entry yang aku rasa menarik ialah dentist a.k.a doktor gigi . Entri ini menerangkan tentang makna dan maksud dental cleanings (scale and polish). Maklumat yang boleh menambahkan lagi ilmu kita tentang perubatan pergigian. Kalau rasa menarik, baca di blog roseskalerful ye..

3
emm..kawan ni banyak masuk segmen and giveaway, aku selongkar abis blog dia ni.. Entry yang best bagi aku ialah Ayat love*toink* . Kenapa best? sebab.. aku suka setiap perkataan yang ada dalam entry ni.. memandangkan aku punyai hati bunga.. lalala~~

4
eh! macam kenal je yang last ni.. hahaha.. blog aku la.. 

sekian..tu je..selesai!








Jangan Percaya pada orang yang kita tak kenal!

Assalamualaikum..


Kita semua tau kan peribahasa inggeris *peribahasa ke pepatah?*   "Don't judge a book by it cover". Maksudnya, jangan menilai orang dari pandangan luarannya sahaja.
Orang yang berpakaian sopan dan bermuka suci tak semestinya kita boleh terus percaya ye.. Baru-baru ni sekumpulan empat wanita berjubah dari Timur Tengah melakukan kegiatan menyamun di sekitar Lembah Klang. *Dah lah berjubah, menyamun pulak tu.. jadi secara tak langsung imej agama islam sedikit sebanyak terjejas*

Cara dorang ni menyamun, aku rasa kreatif! *puji plak haa*  Dorang guna cara halus je.
Dorang pergi ke kedai dan berpura-pura membeli barang *pencuci kereta* , lepas tu dorang bayar dengan nilai yang besar, rm100 untuk barang berharga Rm15.


Cashier pun pulangkan baki Rm85, tapi penyamun tu kata duit yang dipulangkan tu ada yang rosak sebab bertanda jadi dia nak tukar dengan yang lain. Penyamun tu suruh cashier keluarkan semua duit Rm50 yang ada dalam mesin daftar tunai sebab dia nak pilih sendiri not rm50. Cashier tu bagi dia pilih!. *apalah bijak sangat kau!*


Bila dia da pilih-pilih, dia pulangkan balik duit tu kat cashier dan kemudian keluar dari kedai tu.
Cashier ni kemudiannya terkejut bila dia buat pemeriksaan semula, Rm1000 da hilang. Dia bagitau kat bos dia dan report polis sebab dia yakin dorang yang ambik.. Hurm..kes ni pernah terjadi sebelum ni.. tamat!


kesimpulan, aku pelik tol dengan cashier tu, kenapa...kenapa??? lu boleh bagi orang yang lu tak kenal pegang duit yang bukan lu punya? *macam aku pulak bos kedai tu*


p/s: lepas ni pergi shopping bawak duit kecik tau, bawak syiling lagi bagus, takut nanti kena tuduh jadi penyamun pulak..


p/s 2 : nak baca stail berita.. pergi sana. aku cerita stail santai .. *perasan*



Segmen #2 Blog Oh Blog : Aktiviti 1: Teringin Nak Kembali Ke Detik Itu

Assalamualaikum.. 
nampak header kat bawah ni.. 
kalau nak join dan dapat meklumat terperinci..
tekan-tekan header tu..


Sebelum aku pergi makan tengah hari ni, aku nak buat ni dulu sebab takut terlepas nanti..
'Teringin kembali ke detik itu ye'.. susah gak tajuk ni.
mesti ramai kawan-kawan nak kembali masa kecik and time sebelum result spm kan *sebab aku pun pikir gitu*

Bila pikir-pikir balik, aku tak nak kembali waktu tu, aku nak kembali awal sem lepas iaitu sem5. kenapa??? Biar aku cerita dari awal.. tapi sebelum tu.. Selesakan badan korang dulu sebab cerita ni panjang dan jauhkan bantal dari korang, takut korang tertido masa baca ni. *membebel*

Haritu result aku dah keluar tapi keputusan memang mengecewakan *tak dapat anugerah dekan*.
Aku belek-belek result tu depan belakang, cari puncanya.. Peh! subjek visual basic aku dapat C+! 
 Seingat aku, aku da hantar semua kerja dengan mini projek yang dia nak dengan cemerlangnya.*ayat takleh blah* .  Aku pun terus tanya kawan-kawan aku, berapa markah dorang dapat.. semua dapat A.. paling bengong pun dapat B+! 
Orang last aku tanya, kawan aku Meah *bukan nama sebenar*.

Aku   : ko dapat berapa meah subjek VB?
Meah : C+.. nape?
Aku  : haaaa??!!!! *mulut ternganga*
Meah : Ko dapat berapa?
Aku : Apasal ko dapat sama dengan aku??

Terkejut beruk aku time tu, dia langsung tak masuk kelas tu pun! Projek pun dia tak buat! tapi markah sama dengan aku dan tak repeat subjek pulak tu..
 Ni mesti kes lecture main bantai je letak markah ni, aku tak puas hati sebab dia tak pernah mengajar pastu bagi markah teruk macam tu pulak.. Dia datang kelas just suruh student buat kerja yang dia bagi, pastu dia blah..*geram!*
jadi, kalau boleh kembali ke detik dulu, aku tak nak masuk kelas dia! sekian ...

P/s: terima kasih kerana membaca.. nak makan bihun goreng..

Segmen #1 : Blogger Kenal Blogger- Aktiviti 3


naaakkkk join gak! tak kira..nak join jugak..
petang tadi da lah terlepas nak join..
jadi kali ni nak join jugak!

Cantik tak?

assalamualaikum..


Aku menulis ni bukanlah nak berlagak.. tetapi aku hanyalah nak menunjuk.. *ada beza ke?*
Aku baru belajar guna photoshop tapi da gatal tangan nak buat header tok kawan aku.. hahaha..
Aku suruh dia guna jugak header aku ni walaupun dia tak suka.. *paksa ni!*
Cantik header aku ni! cantikkan! cantik! ok..tak cantik pun..hurmm..



Kawan aku ni nak gambar blues selamanya je *dalam ujang tu*. Ni blog kawan aku.. zuraime
Jadi, pendapat korang macam mana header yang aku buat ni?? Meh lah ajar aku.. 
Baru lain kali aku boleh buat lagi cantik... 

Kalau korang bagi pendapat korang... aku bagi korang hadiah! mesti nak hadiah kan...

Ni hadiah aku...
tarian pelik untuk korang..

p/s : janganlah marah :)

Salah Guna Status Abang!

Assalamualaikum...

Seorang gadis yang baik telah dibuli oleh abang kandungnya! *ayat skema*

Aku nak tanya,
  Patut ke seorang abang menggunakan statusnya sebagai lelaki dan abang untuk membuli adik perempuannya?

Bia aku yang jawab.. Tak Patut!   


Abang aku lah ni yang wat aku geram.. Aku tengah syok layan blog sambil guling-guling dia boleh lak kacau aku.
Balik-balik kerja je kata lapar.. nak minum petang.. pastu suruh aku pulak tu yang masakkan keropok lekor.
Bila aku suruh dia buat sendiri, mulalah merengek-rengek *gedik*  kat mak cakap aku tak nak masakkan untuk dia yang penat baru balik kerja tu.

Mak aku pun terpedaya dengan muka dia yang konon tak berdaya tu .. Nak tak nak, kena jugak lah aku tinggalkan blog dan pergi masak keropok lekor tu.. Dia seronok je makan sampai kenyang.
Seorang abang selalu guna pangkat dia sebagai abang tu untuk suruh adik dia tolong dia or wat kerja untuk dia.

Ada satu hari tu, aku cakap kat mak aku.. " Patutnya dulu mak lahirkan lah kita dulu, barulah lahirkan dia " *ok, memang soalan mengarut* 

mak aku jawab balik..
"Banyak lah kau, mana boleh pilih-pilih!"

Tapi aku tak nafikan.. seorang abang ni dalam diri dia memang ada sifat untuk melindungi adiknya *sifat buli lagi banyak*

pape pun...Tak semua abang suka buli adik.. kalau buli pun gurau-gurau je kan..


p/s : aku cerita pasal abang sebab aku tak de kakak

Tahniah untuk aku!

 Hari ni dapat award la plak dari shuhada..
Walaupun besar..aku akan kecikkan.. hehehe..*berlagak*


Dia bagi aku award ni sebab aku follower dia yang ke 70.. *ok, ak yg suh dia bagi*
lalala~~yang penting dapat award..

Dia ni ex-roomate aku time kat hostel dulu.. Nak tengok blog dia? Ni ha... (sini)

Persembahkan award aku!



p/s : boring la malam ni =(

CERITA KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI


Stesen LRT Kuala Lumpur pada petang itu sesak dengan ribuan manusia, mungkin kerana hari ini hari minggu.  Mereka lebih senang menggunakan pengangkutan awam ini memandangkan keadaan bandar yang jalanraya nya sesak dengan kenderaan.

Dalam celahan-celahan manusia tersebut, kelihatan dua manusia yang seolah-olah terpegun dengan suasana di depan mata mereka. Dari segi pakaian mereka, jelas mereka bukanlah orang dari bandar ini.

riffzam, lelaki muda yang berusia awal 20-an jalan seiringan dengan WaN Mohd Salim, seorang lelaki tua yang lusuh bajunya. Mereka datang ke bandar besar itu dengan tujuan mencari seseorang tetapi hampa kerana tidak menemui orang yang dicari. Akhirnya mereka berkeputusan untuk pulang sahaja ke kampung.

Setelah membeli tiket, mereka berhenti rehat di kerusi kosong sementara menunggu tibanya LRT. Laki tua itu kelihatan letih, mungkin kerana seharian mencari anaknya yang disangka berada di bandar itu,tapi rupanya 
sudah berpindah.

riffzam : To'Wan Nampak penat, saya belikan air ye. To'Wan tunggu disini ya, jangan kemana-mana. Ramai orang kat sini,takut sesat pulak nanti.

‘baiklah. Belikan oren sekali ya. Teringin nak makan.’ lemah kedengaran dari suara tua itu.

Nasib baik ada jirannya itu, sudi menemaninya mencari si anak. Dalam riuh rendah suara-suara di situ, WaN Mohd Salim terhanyut dalam dunianya. Teringat akan surat yang diterimanya kelmarin.

“Ayah, NiSha nak jual tanah tapak rumah kita. Suami NiSha, Zacky perlukan duit untuk perniagaannya. mcm ni la, NiSha dah bincang hal ni dengan jiran kita Ashraf Jalil, kami bayar dia tiap bulan untuk menjaga ayah. Nanti ayah tinggal dengan dia. Jadi ayah kena keluar dari rumah tu hujung bulan depan.”

Air mata laki tua itu bergenang di kelopak mata. coretan harapan yang disangkakan dari si anak, rupanya helaian berbisa yang diterima. Rindu  untuk menatap si anak tidak tertanggung, hadirnya ke bandar mewah ini untuk melepaskan rindu. Rindu pada cucu-cucu kesayangan, sarah dan IeRa benar-benar  menghimpit  jiwa.

To'Wan" ,  bahunya disapa lembut dari belakang. Pantas dia menyeka air mata, dia tidak mahu riffzam tau kesedihannya.

Riffzam: air dan oren yang to’wan minta tadi. Saya KUPAS OREN untuk to’wan ye.

Laki tua itu tersenyum, masih ada yang sayang padanya. 
Setelah train sampai, mereka menaiki LRT untuk pulang ke kampung. Jauh di dalam hati lelaki tua itu, dia masih berharap anak nya kembali padanya. Umpama LRT.. tetap kembali ke stesennya semula walau jauh mana pun ia pergi.

Keajaiban Haiwan Di Sekeliling Kita


Assalamualaikum...


Hari ni aku nak berkongsi sesuatu yang aku baru je tau.. mungkin korang da tau..
tapi buat-buat la macam baru tau ye.. *wajib*

Keajaiban haiwan di sekeliling kita.. kadang-kadang kita pun tak perasan hal ni sebab kita bukan tinggal dengan haiwan kan.. kita tengok haiwan ni pun bila kita pergi zoo kan.. tu pun setahun sekali baru pergi..

Aku tunjukkan 8 keajaiban je.. sebab aku suke nombor 8.. *ada kene mengena ke?*

1. Kanggaru tidak boleh berjalan mengundur! dia jalan ke depan je... eh, dia jalan ke? dia kan melompat!

*posing maut punya*

2. Burung kelicap merupakan burung terkecil di dunia dengan berat kurang satu gram!


3.Beruang mampu lari 48 kilometer sejam  *beruang lari guna 4 kaki tau.. bukan 2*


4.Gajah adalah satu-satunya haiwan yang tidak boleh melompat.. *dalam kartun, gajah memang boleh melompat*
*kan betul...gajah kartun leh melompat!*

5.Mentadak mentadu adalah satu-satunya haiwan yang boleh memusingkan kepalanya 360 darjah!


6. Haiwan paling kuat di dunia ialah badak sumbu. *selama ni ingatkan gajah paling kuat* 
badak dapat mengangkat 850kali beratnya sendiri.


7. Semut hitam yang dipanggil black bulldog ant di Australia merupakan semut paling berbahaya di dunia. Ia menggigit dan mengeluarkan bisa dalam satu-satu masa dan boleh membunuh manusia!


8.Tenggiling binatang yang malas. ia menghabiskan 80% hayatnya untuk tidur sahaja.

*gambar ni di ambil masa dia tengah terjaga*

Ihsan gambar : google comel.


Sama- sama kita tambah lagi ilmu kita hari ni.. 



P/s : alaaa... teringin nak pergi zoo..