Lawak Santai Hujung Minggu


Disebabkan hujung minggu masa yang sesuai untuk bersantai.. jadi aku hidangkan lah lawak yang santai.. 
Enjoy!

Kisah 1

Rahim memandu kereta dan tiba-tiba seorang polis menahannya.Rahim menurunkan tingkap kereta nya dan bertanya kepada polis tersebut.

Rahim : Ye Encik, ade ape masalah??

Polis : Erm..takde pape, saya telah memerhatikan cara pemanduan encik.Hari ini adalah hari bertuah encik kerana saya ingin memberikan encik wang tunai sebanyak RM5,000 kerana dianugerah pemandu terbaik.Tahniah!erm encik akan buat ape dengan wang ini nanti?

Rahim berfikir sejenak lalu die pun berkata

Rahim : Erm saye rase saya nak gune duit ni untuk wat lesen kereta lah.

Mahmud yang duduk disebelahnya menyampuk percakapan si Rahim.

Mahmud : Oo..encik polis jangan dengar ape yang die kate.Die nie bengong sikit kalau dah mabuk todi.

Si Leman yang duduk di belakang pula menjerit dalam kekecewaan.

Leman : Aku dah cakap, kita takkan terlepas dengan kete curi nih!!
Seketika itu, kedengaran pulak dari bonet belakang kereta di ketuk dan terdengar seseorang berkata Pak!! Pak!! udah sampe ke belom?


Kisah 2

Sepasang suami isteri yang agak veteren sedang dalam perjalanan. Isterinya memandu kereta sedang mereka melalui sebuah highway.mereka di tahan polis.ikuti perbualan mereka bersama dengan polis tersebut.

Polis:Puan...Puan tahukah...bahawe Puan memandu melebihi had kelajuan.

Si isteri memandang ke arah suaminya lalu berkata.

Isteri:Bang....polis tu cakap ape?

Si suami sudah masak dengan masalah yang menimpa si isteri.isterinya mengalami kekurangan pendengaran.maka terpakse la si suami menjerit kepada si isteri.

Suami:Dia cakap kamu bawak kete laju sangat!!!
Polis:Puan mintak lesen memandu.

Si isteri sekali lagi memandang suaminya.

Isteri:Dia kata ape bang.

Sekali lagi si suami menjerit.

Suami:DIA MINTAK LESEN KAMU!!!

Si isteri memberikan lesen memandunya kepada polis tersebut.Lalu polis itu berkata.

Polis:ooo..kamu dari Parit Besar, Johor [bukan nama tempat sebenar].saya dulu-dulu mase mude2 dekat situ saye penah blind date dengan sorang minah paling huduh sekali yg penah sye nampak.

Sekali lagi si isteri memandang kepada si suaminya.

Isteri:Apebende die kate bang.

Dan si suami menjerit berkata.

Suami: DIA KENAL KAMU!!!!

Kisah 3

Mamat mempunyai seorang roomate yang paling beliau benci. Kerana teramat benci, pada tahun lepas beliau menghadiahkan batu nisan yang tertera nama roomate nyer kepada roomate nyer itu.
Pada tahun ini pula,Mamat tidak memberikan apa-apa hadiah kepada roomate nyer itu lagi.si roomate nye itu tanpa segan silu bertanya.
"Mat, tahun ni mane hadiah aku?ko tak bagi lagi kan?"
Selamber je roomate nyer itu meminta hadiah darinye.Dengan muke selamber jugak, si mamat menjawab.
"Aku malas nak bagi, hadiah tahun lepas yang aku bagi pun ko belum gune kan?

Kisah 4

Suatu hari, disebuah penjara, telah diadakan pertandingan bola sepak antara anggota polis menentang banduan yang ditangkap kerana kesalahan mencuri dan menyeluk saku.
Ketika waktu rehat, pihak polis telah mendahului dengan 3-0. Jurulatih pasukan banduan telah marah-marah..
Jurulatih : Bodoh, takkan lawan pihak polis pun x boleh?! Takkan kamu semua cuma tahu mencuri dan menyeluk saku saja?
Pemain : Kalau macam tu, lepas ni kita semua akan main secara kasar. Janji kita boleh hasilkan gol dan menang.
Jurulatih : Mana boleh main macam tu?
Pemain : Tak apa. saya jamin, pengadil takkan bagi kita kad kuning atau kad merah
Jurulatih : kenapa pula?
Pemain : Kerana, aku baru sahaja mencuri kesemua kad kepunyaan pengadil termasuk wiselnya sekali.


4 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Trx said...

hahahaha.. bagus2.. yg pertama tu xbley blah lawak dia..kikiki

Aisyah Aina said...

hahahaha..yang pertama tu best...semua tak boleh pakai XD

nfatin said...

hahah..

betul2x.. suka yang pertama tu..

kotak bulat said...

wah... sume suka yang pertama je...
hehehe..
*suka jugak sebenarnya* :P

Post a Comment