Penting! Tawaran Pertukaran Pinjaman (3%) Kpd Pembiayaan Usrah (1%)

assalamualaikum.. 
Pagi-pagi lagi da dapat surat dari ptptn. 

TAWARAN PERTUKARAN PINJAMAN KEPADA PEMBIAYAAN USRAH

Ok.. aku mengaku yang aku tak berapa jelas pasal benda ni .So, aku search kat internet untuk maklumat lebih lanjut la.
jadi disini ada sedikit info yang boleh dikongsi.

1. Siapakah yang layak untuk menerima tawaran Ujrah 1%? 



      Tawaran ini layak diterima oleh peminjam-peminjam sedia ada yang masih mempunyai baki pinjaman
       PTPTN pada 1 Jun 2008 kecuali bagi kes-kes berikut :
         i. Telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang
        ii. Peminjam yang telah melanggar perjanjian pinjaman terdahulu – (batal
                pinjaman, gagal pengajian, berhenti pengajian dan mendapat penaja lain)



2.  Anda akan menerima tawaran selepas tamat pengajian.

3 .  Apakah tindakan yang perlu diambil bagi membolehkan saya mendapat tawaran Ujrah? 


   Peminjam perlu mengambil langkah-langkah berikut : 

     i. Membuat pendaftaran melalui laman web PTPTN (www.ptptn.gov.my)  dengan menggunakan no kad pengenalan dan memasukkan alamat e-mel peminjam; 

  ii. Mengemas kini maklumat yang diperlukan melalui link yang dihantar ke  alamat e-mel peminjam yang didaftarkan; 
                       
  iii. Mencetak dan menandatangan dokumen tawaran yang dihantar ke alamat e-mel peminjam; dan 

  iv. Menghantar dokumen tawaran yang lengkap (sila rujuk panduan pengisian) kepada PTPTN dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh tawaran.

Sekiranya anda rasa anda layak untuk mendapat tawaran ini.. Boleh lah ke lawan web PTPTN (surat dari ptptn akan sampai ke rumah peminjam)

Sekiranya anda mempunyai masalah seperti saya.. Iaitu memohon penangguhan pembayaran PTPTN, anda masih layak untuk memohon Tawaran Pertukaran Pinjaman (3%) Kpd Pembiayaan Usrah (1%) ini..

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian hotline PTPTN : 03-2080 4455


2 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Trx said...

eheh..dh buat...mahal btol la PTPTN ni!!!

kotak bulat said...

hehehhe.. tau xpe.. saboo je la~

Post a Comment