Bomoh Nigeria Mempunyai 89 isteri! hebat tu..

Kisah hangat sekarang kan tentang kisah pelawak,pelakon dan penyanyi salleh yaakob *betul ke eje ni?* yang ada 4 orang isteri. Mesti ramai laki jadikan dia mentor kan. Apa rahsia dia dapat hidup bahagia dengan empat orang isteri.. kena lah tanya dia ye..

Terbaru ni, aku baca metro tentang kehebatan seorang bomeh Nigeria yang ada 89 isteri. Ramai tu, pelik gak aku baca, mampu ke dia dari segi zahir dan batin ni?
Perkara pertama aku pikir.. Hensem ke mamat ni? *dari mata turun ke hati kan*


Hensem ka?
Ikhlas dari aku, biasa jaa..

LOS ANGELES: Seorang bomoh dari Nigeria berkata, dia tidak bercadang untuk menambah isteri lagi selepas kahwin 107 kali dan memperoleh 185 anak.
Menurut Bello Maasaba, ketaatan adalah ciri paling dihargai pada setiap isterinya.
Kini memiliki keluarga lebih 5,000 orang, Bello, 87, mendakwa dia diperintah Tuhan menjadi bomoh dan kerap bertukar isteri pada 1970-an.
“Saya hanya berkahwin dengan seseorang wanita selepas mendapat wahyu.
“Jika bukan kerana perintah Tuhan, dua isteri mencukupi untuk saya,” katanya kepada akhbar Los Angeles Times, semalam.
Bagaimanapun, keputusan Bello itu menyebabkan pertikaian kepada pihak berkuasa Islam di tempatnya di Bida, Nigeria.
Menurut syariat Islam, seseorang lelaki hanya dibenarkan memiliki empat isteri pada satu-satu masa.
Justeru, kerajaan menahan Bello pada September 2008 dan menyumbatnya ke penjara selepas dia enggan menceraikan 82 isterinya dan meneruskan perkahwinan dengan empat isteri saja. Makamah bersidang dan mebebaskannya kerana 57 isterinya mengaku mengahwininya atas kerelaannya sendiri.
Kini, Bello hidup bertemankan 89 isteri dalam bangunan 89 bilik.Pasangan paling muda Bello berusia 19 tahun, manakala tertua 64 tahun.Sembilan daripada isterinya mati dan 12 lagi diceraikan kerana ingkar.Daripada 185 anak, cuma 133 waris Bello masih hidup.
Sebagai bomoh, Bello melarang anaknya mendapatkan rawatan di hospital apabila sakit, sebaliknya dia sendiri cuba mengubati mereka.
“Jika sakit, mereka mesti memberitahu saya dan berdoa, tapi sesetengah isteri saya kurang yakin,” katanya.
Pada ketika tertentu, kata Bello, ada isterinya yang membawa anak mereka ke hospital tanpa pengetahuannya.
“Akhirnya tubuh mereka akan membengkak dan mati,” katanya.

Yang lagi peliknya, tak ada laki lain ke yang isteri-isteri dia tu nak jadikan suami?
macam mana dia nak ingat nama isteri ngan anak-anak dia ye? guna tag nama ke?? 


21 KOMEN BERKOTAK BULAT:

bungaitucantik said...

hebat sungguh!!dion pon cm2 gak la ea...??haha..ooopppsss gurau jerk! heee :P

kotak bulat said...

hahhaha.. brani doin nak kwin ramai2..

kotak bulat said...

eh! doin plak.. DION.. hahahha..

bungaitucantik said...

muahaha..kuota pon 4 jerk! tp kiter kan tamak! mne leh kongsi kaaannnn..haha

kotak bulat said...

btol2.. lau dy nak kwin reramai..
kene tuntut ilmu dri salleh yaakob dlu.. hehehe

ArulchelseA said...

anak je dah bleh buat satu kampung..hehe

shezwan said...

kerap bertukar isteri yg tak leh belah tu.. haha XD

kotak bulat said...

ArulchelseA : dia jadi ketua kampung ek.. hehe..

kotak bulat said...

hebat kan dia.. hehehe :P

pena said...

ishh.. dasyat betul..

macam mana nak ingat nama isteri dengan anak tu..

kotak bulat said...

tu lah... lagi susah kalau dia lupa yang mane 1 anak, yang mane 1 bini..
huu.. *imiginasi terlampau*

Mustaffa Khairul Azzam said...

erk..89 orang..kuat giler...

kotak bulat said...

tau xpe.. :)
ramai plak tu perempuan sangkut kt dia

harrazdani said...

apabila perintah tuhan dijadikan alasan...hmmm sampai melawat kotak bulat. blog sahabat yang ke 13 dilawati dalam tugasan pertama ada 17 blog lagi...im coming ;-).have a nice day KB.

HALIM said...

Ingat nak pergi menuuntut, tapi jauh la pulak..hebat tu! ^_^

kotak bulat said...

harrazdani : betul tu.. salam perkenalan :)

kotak bulat said...

HALIM: cube cari kot-kot dia ad blog..hehe

mr.winter said...

da bleh wat negara baru da if populasi anak2 & cucu cicit meningkat.. ahaks..

kotak bulat said...

hehehe.. memg tu hajat sebenar dia kot.. :P

AL AZRUL said...

bomoh ni kenal ke semua isteri2 die..haha...

Bro ahmad said...

bro jeless huhhh

Post a Comment