Anak Ugut IBU Guna SMS

Selamat hari lahir and hari ibu to my mom.. 
*tak dapat bagi hadiah sb xde duit..hehehe*

  Hari ini sempena hari ibu kan.. aku tengok kat tv, radio.. topik mesti pasal ibu..*tak de keje lah katakan* pengorbanan ibu kan paling tak ternilai lah.. 
sama gak la macam aku, pengorbanan mak aku tok jaga dan membesarkan aku memang tak kan terbalas *kekadang selalu terdegil jugak*
Dalam tak sedar, kita selalu sakitkan hati mak kita, dia je yang tak tunjuk dia terasa hati..mintak maaf ye! 
Ok, berbalik pada tajuk entry..pagi tadi, aku baca berita. Jadi marah plak.. Seorang anak mengugut ibunya dengan sms.




GOMBAK: Seorang ibu kini berada dalam ketakutan apabila anak lelakinya mengugut untuk membunuhnya dan ahli keluarga lain jika tidak memberi wang kepadanya.
Dalam kejadian di Bandar Baru Selayang, di sini kelmarin, ibu malang berusia 55 tahun itu diugut anaknya yang berusia 24 tahun supaya memberi wang RM5,000 kepadanya.

Permintaan itu ditunaikan ibu berkenaan, namun anak nya itu bagaikan tidak mengenang budi apabila meminta wang tambahan sebanyak RM500 lagi.
Menurut sumber polis, walaupun diberikan wang, anak lelaki mangsa masih lagi mengganggu hidup ibunya itu dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan menyebabkan mangsa kini berada dalam ketakutan.

“Anak lelaki mangsa meminta wang RM100,000 dengan mengugut mahu membunuh mangsa, bekas suami mangsa yang juga ayah kepada suspek serta tiga ahli keluarga lain jika permintaan tidak ditunaikan,” katanya di sini, semalam.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Selayang, untuk tindakan lanjut.

Si anak terus lupa pengorbanan ibu semata-mata sebab DUit.. huh! duit memang berkuasa pada yang buta hatinya! *peh, ayat!*




7 KOMEN BERKOTAK BULAT:

bungaitucantik said...

ermmmm...sy syg mak sy!!

Syukri Kamaruddin said...

sesat ar manusia..mak sendiri pon nk diugut...

pena said...

isyh.. dunia sekarang..

orang macam ni pun ada..

kotak bulat said...

bunga : aku pun syg mak aku.. hehehe

kotak bulat said...

syukri : duit kan boleh wat kite lupe diri lau pikir duniawi je. :)

kotak bulat said...

Pena : dunia sekarang..mcm2 orang pun ada..

era kecik said...

sanggup anak dia buat macam tu,, semata-mata kerana duit.. tak patut betul la~~

Post a Comment