gantung kepala babi tiada kaitan isu agama

Assalamualaikum..


Polis mengesahkan kejadian kes simbah cat merah dan gantung kepala babi di sebuah gerai cendol berhampiran Masjid Lama Sungai Bakap, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu agama. Sebaliknya ia berkemungkinan perbuatan khianat seseorang individu terhadap pemilik gerai berkenaan.


Siasatan pihak polis mendapati gerai cendol berkenaan pernah disimbah dengan cat hitam pada Januari lalu ketika orang ramai sedang beratur membeli cendol, tetapi pemilik gerai terbabit tak melaporkan kejadian tu kepada polis.


Pemilik gerai tu pernah terima macam-macam ugutan sebelum ni dari orang yang dia tak kenal. Hanya kebetulan saja masjid berada berhampiran dengan gerai cendol tu.Jadi,kita tak bolehlah buat andaian benda ni berkaitan soal agama. Anak pemilik kedai tu dah buat laporan polis pun tentang kejadian tu.. tamat..


kesimpulan dari aku *mesti nak ada kesimpulan*,
tak elok dengki-dengki sesama manusia ni, tak bawak kemana pun.. Bawak ke hospital tampoi je kang. 
Berniaga cendol je.. bukannya restoran pun sampai nak dengki dengan peniaga tu..
Melampau betul *marah ni*, bila dah kena tangkap nanti baru nak mengaku gila..
Aku rasa mesti peniaga kedai tu rampas kekasih dia,jadi dia tak puas hati.. *ok, merapu sudah~*


untuk baca lebih skema.. pi kat sana




*aku taknak letak gmbar babi sebab xcantik, gmbar shinchan korek idung cantik*






p/s : baik aku pergi tolong kat dapur sebelum mak bising.. 

13 KOMEN BERKOTAK BULAT:

ArulchelseA said...

cepat sgt buat tngapan diaorg ni...hehe

kotak bulat said...

hehehe..btol2..

Syuxer said...

tuh ar..cikit2 nak kaitkan ngan agama..siasat dulu..tapi men letak kepala babi tuh memang kurang ajar.heheh lebih2 lagi dekat ngan masjid hhehe

kotak bulat said...

tol..tapi bile khabr angin tersebar..timbul masalh keagamaan lak nnti kan..sb tu kne siasat dulu

cik azeya said...

kat mane dorang dapat kepala baby tu? menakotkan je. haha

kotak bulat said...

baby ea.. heehhe..sopan tu..

syafeeqa said...

yekkk.. barbie itu haremm lahh..
macam2 lah mereka ini..

bungaitucantik said...

haha..sengal jer~~baby t0l..

kotak bulat said...

syafeeqa : xde akal itu org :P

kotak bulat said...

bungaitucantik : hohoii..baby..

Izzat Nazmi Saiful Bahri said...

apa ntah motif dia simbah cat dan gantung2 ni.... tak boleh tengok org lain senang... ada je yang ada perasaan PhD....

kotak bulat said...

motifnya.. kegilaan kot.. :P

Bro ahmad said...

isu agama dan kes panas ni..mcm pernah dengar

Post a Comment