Jangan Percaya pada orang yang kita tak kenal!

Assalamualaikum..


Kita semua tau kan peribahasa inggeris *peribahasa ke pepatah?*   "Don't judge a book by it cover". Maksudnya, jangan menilai orang dari pandangan luarannya sahaja.
Orang yang berpakaian sopan dan bermuka suci tak semestinya kita boleh terus percaya ye.. Baru-baru ni sekumpulan empat wanita berjubah dari Timur Tengah melakukan kegiatan menyamun di sekitar Lembah Klang. *Dah lah berjubah, menyamun pulak tu.. jadi secara tak langsung imej agama islam sedikit sebanyak terjejas*

Cara dorang ni menyamun, aku rasa kreatif! *puji plak haa*  Dorang guna cara halus je.
Dorang pergi ke kedai dan berpura-pura membeli barang *pencuci kereta* , lepas tu dorang bayar dengan nilai yang besar, rm100 untuk barang berharga Rm15.


Cashier pun pulangkan baki Rm85, tapi penyamun tu kata duit yang dipulangkan tu ada yang rosak sebab bertanda jadi dia nak tukar dengan yang lain. Penyamun tu suruh cashier keluarkan semua duit Rm50 yang ada dalam mesin daftar tunai sebab dia nak pilih sendiri not rm50. Cashier tu bagi dia pilih!. *apalah bijak sangat kau!*


Bila dia da pilih-pilih, dia pulangkan balik duit tu kat cashier dan kemudian keluar dari kedai tu.
Cashier ni kemudiannya terkejut bila dia buat pemeriksaan semula, Rm1000 da hilang. Dia bagitau kat bos dia dan report polis sebab dia yakin dorang yang ambik.. Hurm..kes ni pernah terjadi sebelum ni.. tamat!


kesimpulan, aku pelik tol dengan cashier tu, kenapa...kenapa??? lu boleh bagi orang yang lu tak kenal pegang duit yang bukan lu punya? *macam aku pulak bos kedai tu*


p/s: lepas ni pergi shopping bawak duit kecik tau, bawak syiling lagi bagus, takut nanti kena tuduh jadi penyamun pulak..


p/s 2 : nak baca stail berita.. pergi sana. aku cerita stail santai .. *perasan*



17 KOMEN BERKOTAK BULAT:

harrazdani said...

org yang daj kenal rapat pun kena berhati2 inikan pula yang tak kenal...tp bukan tak percaya...cuma beringat2 sblm kene...;-)

bungaitucantik said...

haha..bodoh btui cashier tu..aku pon xbg lar klo org tu nk tuka duit sndiri klo koyak pon..

::fadxieza:: said...

mak ai..1000 banyak tu..
rugi la tauke kedai..
huhu..

zatie razak said...

betui betui betui .. jgn percaya org yg kite x kenai especially kt fb..hee

FyNa said...

ish, pndai sgt la cashier tu ?? bole cye camtu je mntang2la dorg pkai jubah.. zaman skrg, mnusia ssh tuk d'pcayai...

kotak bulat said...

@harrazdani betul.. jgan percaya sesiapa 100%.. hati manusia tak sape tau kan..

kotak bulat said...

@bungaitucantik hahaha...cashier komen pulak :P

@ ::fadxieza:: tau xpe..pecat je cashier tu.. huhu

@ zatie razak sedangkan depn mata pun xleh caya.. dalam internet,lg xleh percaya

Mohd Yusuf said...

agak terkjut jgk sbb baru je 16 minit tulis entri, awk dpt 8 komen termasuk saya...hahahaa

kotak bulat said...

hheheh.. puji ke tu? :P

bungaitucantik said...

orang da popular lar katekan..xlame lagi jgn tkjut plak msok dalam majalah!

kotak bulat said...

wah.. perli ke pe? grr.. :(

pena said...

peristiwa macam ni pernah terjadi pada kawan pena gak..

lebih kurang, tapi bukan dia yang bagi duit tu, orang tu ambil sendiri..

kotak bulat said...

org tu amik sndri.. lg hebat..huhu

GeminiGurlz said...

free je kene ambik.....

Fathiah Hamim said...

entah2 kena pukau! tak kan la dia bengap sangat nak bagi orang tengok duet.

kotak bulat said...

@Fathiah Hamim haah kot.. pukau kan memg da biasa sekarng ni

Bro ahmad said...

kena pukau kot !!

Post a Comment