kekal bahagia walaupun jauh

Sebagai orang yang normal, kita mesti tak nak berjauhan dengan yang tersayang kan.
Sekarang mood tak berapa nak ok pulak, sebab otak den ni suka pikir macam-macam! degil tul.. da cakap banyak kali, tak payah pikir bukan-bukan *boleh bercakap dengan otak ke?*

Contoh kisahnya macam ni :
En. B dapat tawaran sambung belajar jauh dari cik A, dahlah jauh..atas kapal plak tu..
En.B happy sebab dapat tawaran tu memang cita-cita dia, tapi cik A tak happy sangat sebab takut perkara-perkara yang boleh berlaku bila mereka berjauhan. 
Jadi, Aku terpikir, Kalau Cik A sayang kat En.B, dia sepatutnya sokong cita-cita En.B kan.
Kita tak boleh lah nak suruh orang tersayang tu tentukan hidup dia ikut kemahuan kita sebab itu Hidup dia.
Sekarang kita dalam hidup dia, jadi kita mahu dia mengikut acuan kita..
tapi macam mana pulak kalau jodoh tak panjang? kita siapa tuk tentukan masa depan dia kan..tak de hak langsung wei! *hambik ko sebijik!*

Jadi penyelesaian nya, meh amik tips cinta jarak jauh ni..

1. Percaya
Ini yang terpenting lah dalam hubungan jarak jauh ni, sebab kita tak nampak si dia depan mata, jadi senang lah nak ragu-ragu kan..
Kalau si dia cakap sibuk kerja, janganlah korang buruk sangka dia tengah menggatai dengan perempuan lain (bersangka baik tu kan elok)  Cemburu buta ni boleh merosakkan sesuatu hubungan, jadi seperti mana dia percayakan cinta korang, korang kenalah percayakan cinta dia jugak.

2. Perjanjian
Ini bermaksud, bagi menenangkan hati yang kerinduan tu, sebelum bermulanya cinta jarak jauh ni,
berjanji lah dulu.contohnya:
 Cik A dan En B berjanji dorang akan Sms or telefon at least sekali dalam sehari walaupun sibuk macam mana pun.
Jadi selepas adanya nya harapan yang pasti, pasangan dapat memahami ketika berjauhan.

3. Luahkan perasaan
Kalau dekat-dekat terasa malu untuk meluahkan apa yang terpendam, inilah masanya untuk intim dengan pasangan. Walaupun berada jauh antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi
penawar rindu anda kepada si dia. Luahkan kerinduan dan kenangan-kenangan yang kamu ingati semasa berjauhan dari nya. sedikit sebanyak ini akan memekarkan lagi cinta kamu.


4.Hargai kebebasan
Janganlah terlalu murung dan berbengkak mata kerana terlalu rindukan si dia . Tak perlu menyekat kehidupan seharian, lakukan aktiviti-akitiviti yang berfaedah macam keluar dengan rakan-rakan. Menghargai kebebasan ketika berjauhan akan membentuk diri korang untuk menjadi seorang individu yang matang dan dalam pada masa yang sama membina komitmen korang terhadap perhubungan.


18 KOMEN BERKOTAK BULAT:

marlia atashinchi said...

percaya tu paling penting kan KB! klu xde trusting each other...hmmmm...baek xpayah cinta jarak jauh ni....

emeera asnary said...

saya lah slah seorg nya *bercinta amat jaohhh>>>*

kotak bulat said...

marlia atashinchi : betul2.. kena percaya kt dia..

kotak bulat said...

emeera asnary : samalah.. cinta jarak jauh.. :(
bila nk dekat lek pun tak tau la.. huhu

Halimatun Sa'adiah said...

pernah 1 ketika dulu...
my 1st luv kot, btahan hampir 5 taun...maseh jd ingatan smpai skang.

kotak bulat said...

5thun ? lama tu..

bungaitucantik said...

aku x men da cintan2 neh..haha
5 taon lagi lme brbndg 3 taon!
tp 1st luv sush lar nk dhposkn! :(

kotak bulat said...

memg lah susah sb blum jupe pengganti.. saba je aw :)
zuraime kn ad :P

bungaitucantik said...

errr..aku da lme x lyn dye! sjk aku xlyn lar dye xde da nk im aku..haha :P

kotak bulat said...

hahaha.. dia ad gak ckp..
lame da xsembang ngn ko :P

bungaitucantik said...

bowink r layan dye..aku kn xmnt nk layan owg neh..

l° ~❤Misz Nadea❤~°l said...

tapi takut sangat.. 3 tahun kami dekat... sebab belajar sekali.. pastu kami berjauhan sebab dah habis belajar.. dua tahun mcm2 terjadi..ahirnya kami clash.. so cinta jarak jauh nie mcm tak kuat lah..tp ntah lh..mungkin ada silapnyer kot :(

kotak bulat said...

l° ~❤Misz Nadea❤~°l : alahai.. ni yg tkut ni..
bf KB pun bru je abis blaja, dah lah duk jauh..nti mkin jauh lagi, bile dy smbg blaja..
cinta jark jauh memg sush kalau nk dibndingkn dengan jrak dekat..

no_answer said...

kepercayaan tuh lebih penting !

kalau tak percaye , ape ape pun boley jadi .
so kite kene chill !

kotak bulat said...

no_answer : baik.. :)

diana said...

hmm , betul2 . kepercayan tu sgt penting :D

kotak bulat said...

diana : kepercayaan n setia skali.. :)

Bro ahmad said...

sekarang dah canggih..banyak kemudahan la

Post a Comment