Protein RAMBUT dalam Roti, Pau dan Kek.. HARAM!

Assalamualaikum,
hari ni aku ada something untuk dikongsi bersama korang..

Kita sebagai orang Islam kat negara ni perlu berhati-hati masa memilih bahan makanan kerana kajian telah dilakukan ke atas roti, pau dan kek yang dijual di pasaran pada ketika ini didapati mengandungi protein rambut atau 'L-cyscine' yang disahkan haram penggunaannya.


Sesetengah penyedia bahan makanan tersebut merahsiakan penggunaan ramuan meragukan itu, kerana dapat melembutkan produk yang dihasilkan, rasanya juga lebih sedap hingga dapat meningkatkan hasil jualan dan memberi keuntungan pada mereka.

Difahamkan, bahan tersebut senang didapati di China, bahan tersebut akan di adunkan bersama tepung untuk menghasilkan kek atau roti.


Perkara berkenaan didedahkan pengasas Piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP), Ahmad Tajuddin Arshad, yang mendakwa kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menemui bahan meragukan di dalam produk bahan makanan itu.

Beliau berkata, bahan itu boleh didapati dengan mudah di negara ini kerana yang dijual di pasaran sudah diadun bersama tepung untuk membuat kek, roti atau pau. Beliau juga berkata semasa Seminar Usahawan IMP,
“Fatwa mengesahkan pengharaman memakan organ badan manusia dan rambut pula dikategorikan sebagai organ badan manusia. Jadi ia sudah disahkan haram penggunaannya dalam masakan kepada umat Islam." 
“Universiti Al-Azhar di Mesir juga mengesahkan fatwa mengenai pengharaman makan organ badan manusia (merujuk protein rambut), manakala kajian CAP, roti, kek dan pau mengandungi protein rambut untuk menjadikan makanan terbabit lebih menarik,” 

Pengharaman bahan berkenaan begitu jelas kerana dalam Islam, makanan yang dimakan akan mempengaruhi sikap individu.
Jadi, kita perlu lebih berhati-hati dengan penggunaan bahan tidak jelas dari mana datangnya terutama dijadikan sebagai bahan makanan kita setiap hari.







p/s : sumber dari Metro :)

9 KOMEN BERKOTAK BULAT:

EYFAalias said...

salah satu contoh jenamaroti yang ada protien rambut? nice info.

kotak bulat said...

blum tau lagi..
tp tgk bahan-bahn wat bnda tu la..
tgk ad kndungan lcyscine ke x..

[sutera kasih] said...

mcm2 je skrg kan..btw, thanks for sharing..mak suka buat pau, lps ni kena pesan kt mak hati2 beli bahan hhuhu

kotak bulat said...

btol2.. sekarang ni, kena ati2 lam sume bnda

eienrazak said...

thanks 4 the info !

kotak bulat said...

welcome :)

mr.winter said...

dunia skang da mcm2.. n in malaysia xpatut if benda cmni stil d amik mudah.. owh bdway gud info.. hehe

kotak bulat said...

sekarang ni mcm2 cara digunakan tok dpt keuntungan.

Bro ahmad said...

ehh seram tengok hmmm

Post a Comment