CERITA KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI


Stesen LRT Kuala Lumpur pada petang itu sesak dengan ribuan manusia, mungkin kerana hari ini hari minggu.  Mereka lebih senang menggunakan pengangkutan awam ini memandangkan keadaan bandar yang jalanraya nya sesak dengan kenderaan.

Dalam celahan-celahan manusia tersebut, kelihatan dua manusia yang seolah-olah terpegun dengan suasana di depan mata mereka. Dari segi pakaian mereka, jelas mereka bukanlah orang dari bandar ini.

riffzam, lelaki muda yang berusia awal 20-an jalan seiringan dengan WaN Mohd Salim, seorang lelaki tua yang lusuh bajunya. Mereka datang ke bandar besar itu dengan tujuan mencari seseorang tetapi hampa kerana tidak menemui orang yang dicari. Akhirnya mereka berkeputusan untuk pulang sahaja ke kampung.

Setelah membeli tiket, mereka berhenti rehat di kerusi kosong sementara menunggu tibanya LRT. Laki tua itu kelihatan letih, mungkin kerana seharian mencari anaknya yang disangka berada di bandar itu,tapi rupanya 
sudah berpindah.

riffzam : To'Wan Nampak penat, saya belikan air ye. To'Wan tunggu disini ya, jangan kemana-mana. Ramai orang kat sini,takut sesat pulak nanti.

‘baiklah. Belikan oren sekali ya. Teringin nak makan.’ lemah kedengaran dari suara tua itu.

Nasib baik ada jirannya itu, sudi menemaninya mencari si anak. Dalam riuh rendah suara-suara di situ, WaN Mohd Salim terhanyut dalam dunianya. Teringat akan surat yang diterimanya kelmarin.

“Ayah, NiSha nak jual tanah tapak rumah kita. Suami NiSha, Zacky perlukan duit untuk perniagaannya. mcm ni la, NiSha dah bincang hal ni dengan jiran kita Ashraf Jalil, kami bayar dia tiap bulan untuk menjaga ayah. Nanti ayah tinggal dengan dia. Jadi ayah kena keluar dari rumah tu hujung bulan depan.”

Air mata laki tua itu bergenang di kelopak mata. coretan harapan yang disangkakan dari si anak, rupanya helaian berbisa yang diterima. Rindu  untuk menatap si anak tidak tertanggung, hadirnya ke bandar mewah ini untuk melepaskan rindu. Rindu pada cucu-cucu kesayangan, sarah dan IeRa benar-benar  menghimpit  jiwa.

To'Wan" ,  bahunya disapa lembut dari belakang. Pantas dia menyeka air mata, dia tidak mahu riffzam tau kesedihannya.

Riffzam: air dan oren yang to’wan minta tadi. Saya KUPAS OREN untuk to’wan ye.

Laki tua itu tersenyum, masih ada yang sayang padanya. 
Setelah train sampai, mereka menaiki LRT untuk pulang ke kampung. Jauh di dalam hati lelaki tua itu, dia masih berharap anak nya kembali padanya. Umpama LRT.. tetap kembali ke stesennya semula walau jauh mana pun ia pergi.

20 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Unknown said...

erm... sedihnya to'wan baca.. Ada sambungan tak cerita ni??

kotak bulat said...

tak tahu lg la ada smbugan ke tak.. insyaallah..ad sambungan nti.

zacky786 said...

waaa jadi suami nisha.. hahaa.. best laa cter ni.. zacky ni xthu nk wt cter ape.. :P

mushroom said...

menarik

mcm ni lah said...

senyum sy baca entry ni :)

Mista said...

Sedey nama DOlly tak de lam cite ni.. hihi.. Nice story

kotak bulat said...

zacky ~786~ : mula-mula KB pun xde idea.. tetibe lak idea dtg tadi.. :)

kotak bulat said...

mushroom : thanks. :)

mcm ni lah : kenapa senyum?

Mizz D O L L Y : hehee..sowi aw..

ejoy said...

simple motion blur

husairi zulkifli said...

nice story line...

kotak bulat ada sini..
sila marah abg ben...hehe

http://kotakjernih.blogspot.com/2011/05/cerita-kreatif-aku-bersama-ben-ashaari.html

kotak bulat said...

husairi zulkifli : apa? tak paham...

emie said...

best..best..

bicara mak dara said...

very nice.. feelnya macam membaca sebuah novel.. congrats dik

kotak bulat said...

yeke? thanks kak :)

Rosmawani♥ said...

mcm bca novel lak... bestla awak.. :) stay up :)
datang dr blog abg ben :)
jom follow sy jgak di rizaros.blogspot.com untuk semangat sy.. thk u.. :)

NiSha said...

sedihnya.. wawawawa Nisha dah kawin yer.. best2 cite ni sedih.. LIKE

kotak bulat said...

thanks sb suka :)

Rara said...

hihi..
tengs awak.. =))

Nurul Atiqah said...

macehhh :')
tak sempat nak jumpe atuk belah ayah :')

Unknown said...

tentu rindu dengan anak dia hmm

Post a Comment