Kenali Penyakit dan Pesakit Asthma

start typing
Assalamualaikun..
Hari ini tergerak plak hati nak menulis tentang Penyakit Asthma.
Tujuannya bagi kita mengenali pesakit dan penyakit ini.
Pada masa yang sama dapat juga menambah ilmu kan.. 



Asma adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu.

PUNCA:
Sampai saat ini penyebab penyakit asma belum diketahui secara pasti walaupun telah banyak penelitian oleh para ahli Teori atau hypotesis mengenai penyebab seseorang mengidap asma belum disepakati oleh para ahli didunia kesihatan.

Namun demikian yang dapat disimpulkan adalah bahawa pada penderita asma saluran pernafasannya memiliki sifat yang khas yaitu sangat peka terhadap berbagai rangsangan
(bronchial hyperreactivity = hipereaktivitas saluran napas) seperti polusi udara (asap, debu, zat kimia), serbuk sari, udara dingin, makanan, hewan berbulu, tekanan jiwa, bau/aroma menyengat (misalnya;parfum) dan olahraga

Setiap pesakit Asma mempunyai penyebab alahan yang mungkin berbeza dengan pesakit Asma yang lain . Antara faktor-faktor penyebab ialah :
  • Bulu binatang
  • Debu atau habuk
  • Perubahan cuaca
  • senaman
  • Merokok dan asap rokok
  • Debunga
  • jangkitan saluran penafasan
  • makanan atau buah-buahan tertentu
  • Tekanan perasaan
  • ubat-ubat tertentu.

Gejala penyakit Asma:

1. Batuk ( terutama di tengah malam atau cuaca sejuk)
2. Susah bernafas (sesak nafas)
3. Nafas berbunyi (wheezing)
4. Rasa ketegangan di dada.

Pada masa ini masih tidak ditemui cara penyembuhan penyakit ini, Penyakit ini boleh dikawal dengan mengambil ubatan dan menjauhkan diri dari faktor-faktor yang boleh mendatangkan asma.

Thanks image google. :)




4 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Santan Berlada said...

aku akan bersin bile kene
habuk....
adakah aku pesakit ashma...?

kotak bulat said...

itu alahan..
lau asthma.. simtom2 dy len..
selsema kan bukan sintom asthma. :)

Unknown said...

uik?? senaman pun antara faktor gak ke..? pasneh xnak senaman lah.. haha XD

kotak bulat said...

wah.. ada pulak gitu..
tu faktor bagi pesakit la..
lau senaman 5jam xpengsan, tu kira sihat lah tu.. hhehe

Post a Comment