Maut ditumbuk selepas minta bayaran

Assalamualaikum..


Hari ni satu lagi kisah yang ingin dikongsi. Sesuatu yang aku rasakan kasihan pada mangsa.




 Seorang lelaki Leong Chin Yap (pic), 49 telah ditumbuk bertubi-tubi di kepala oleh seorang laki britain. Kejadian ni jadi lebih kurang pada pukul 1.50 pagi.


Lelaki Britain terbabit tiba-tiba naik berang dengan insiden pergaduhan membabitkan mangsa dan seorang pelanggan wanita di sebuah restoran di Pandan Indah. Difahamkan, lelaki yang juga abang kepada pemilik restoran berkenaan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.


Kisahnya bermula, seorang wanita memesan minuman keras dan selepas habis minum, dia nak terus beredar sebab dah mabuk. Dia pergi tanpa bayar air tu jadi mangsa ni menghalang dan memujuk dia untuk bayar duit air tu
Wanita tu tetap degil dan mahu beredar, si mangsa ni menarik tangan perempuan ni untuk bawak jumpa tauke restoran ni.


Laki Britain ni pulak ingat mangsa tu nak menyerang perempuan tu jadi dia pun masuk campur. Dia datang dari belakang dan tumbuk mangsa banyak kali sehingga jatuh dan berdarah.
Mangsa terus dibawa ke hospital dan meninggal pada 10 malam pada hari ahad.


Lelaki britain tersebut  direman enam hari dan kes itu disiasat  dan diklasifikasikan sebagai pembunuhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Kesimpulan, Jangan campur hal orang lain dengan emosi! kalau nak campur pun hal orang lain, biarlah dengan berhemah. Tak pasal-pasal dah jadi pembunuh..


p/s : arak tu buat akal kita hilang! kan da menyusahkan orang! 

6 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Fahmi Jaafar said...

sbb tu arak tu haram.. x waras

kotak bulat said...

peep: tol tu.. :)

Yusuf said...

errr, tajuk tu muat atau maut???

kotak bulat said...

alamak..bru pasan.. typo lak.. thanks bgtau :)

FiQa said...

jahatnya manusia sekarang orang yang tak bersalah pun kena . ada satu kes sebab rm 20 je kena pukul sampai mati . manusia kejam .

kotak bulat said...

Piqah: macam-macam kes sekarang ni kan..iktkan sgt emosi tu

Post a Comment