Blog songsang ke?

assalamualaikum.. tadi aku godeh-godeh dashboard aku.. teringin nak membaca tapi tak ramai pulak blogger yang update blog harini kan.. tiba-tiba ada satu blog ni aku tengok tajuk dia macam frust menonggeng je.. aku pun baca lah..

Kesian cerita nya.. si empunya blog ni ditinggal kekasih.. aku nak tau lebih lanjut, aku jengah-jengah entri kat blog archive dia..wahh~ memang blog untuk cinta ni.. entri suma kisah cinta dorang. Aku baca satu entri, lepas tu aku keliru..
"empunya blog ni perempuan ke laki?"
Gaya dalam gambar macam laki tapi muka tak berapa jelas, aku pun baca lagi dan aku simpulkan dia dan kekasih ni macam berhubungan terlalu rapat sebab dia ada cerita dia tidur bersama kat rumah si kekasih.. aku terkedu bila baca.. err..apakah sebenarnya ni?

Aku baca lagi entri lain.. empunya blog ada cerita yang dia pinjam tudung si kekasih bila nak masuk surau sebab dia terlupa bawak tudung.. Haa? aku dah ternganga baca..  aku yang silap gambarkan watak ke? si empunya blog ni laki ke perempuan.. aku jumpa gambar lagi, nama laki tapi badan kecik saja.. tak puas hati lagi ni selagi persoalan tak terjawab, aku selongkar lagi..

akhirnya, terjawab! hahaha...
"Tadi aku main-main dengan anak buah dia, mak dia kata aku ni ada sifat keibuan..keibuan ke? hehehe.. tak kisah, yang penting keluarga dia suka aku.."

Hambik kau! sekarang aku dah tau jantina si empunya blog..korang boleh agak tak?
aku tak nak link kan blog tu kat sini, kalau korang tau tu blog siapa, jangan aibkan dia ye.. cuma apa yang aku boleh kata, tak semua benda kita perlu ceritakan kat blog.. Allah dah tutup aib kita, jangan lah kita sendiri yang bukakannya.. selamat hari raya!

34 KOMEN BERKOTAK BULAT:

hira said...

perempuan! haaa.. ni mesti empunya blog tu tomboy. tu yang nampak macam lelaki. eh, yeke? hahaha :D

p/s: ada juga eh orang macam tu? =___=

Danial Razak said...

erkk..still tak leh nak agak..

hrmm..sekarang ni macam2 perkara berlaku..tak tahu lah nak cakap apa..

faridah nazurah said...

betul tu. sebab tulah wujud peribahasa 'seperti membuka pekung di dada'. sebenarnya benda2 yg terlampau personal xyah nak share2 sgt. nanti org fikir lain lak. betulkan kakak ku KB? hehe

Bell said...

hahahhaha..blogger prempuan kan..
ceittt..betul tu..ada blogger yg siap bgtaw dia dah tak virgin lagi..kte baca pun sedih tpi dia mcm dah tak ade perasaan malu..sabor je la..

Alip Apai said...

Gila betul!!

Pergi sembahyang tp sonsang.

kiz said...

macam-macamlah kan..kalau nak peribadi sangat pun dalam blog ni tak boleh sangat.

Bro ahmad said...

orang yang buka aib sendiri ni..muka tak ada kemaluan kb...orang yang tak tau malu..tak kisah..entahlah

tia @ Ini Kisah Tia said...

nak kena baca 2x baru paham .. huhuuu .. takmo komen panjang2 :)

lisa min said...

sangat takut dengan orang orang macam tu. hehe. pandangan dorang sangatlah menggerunkan. hehe.

ainaa said...

betul betul betul.tatawu blog ape tp kita perlu menjaga aib sendiri :)

sleeping_maniac90 said...

omg.. dunia akhir zaman huhuhu

alepridz said...

kb... bagi link blog tu kat aku... nak layan jap tgh boring ni...

pm aku kat Fb...

http://www.facebook.com/profile.php?id=100002787154268&sk=wall

p/s: SELAMAT HARI RAYA & MERDEKA!! kb... :)

diana said...

alamak!!!!
menseriaukan...
hehheeheh

Zul Fattah said...

LOL.. dia sendiri yg buka aib dia.. so Allah tak boleh nk tutup r aib dia ..

Siti Zaharah Adnan said...

Hope pemilik blog tu akan tersedar sebelum terlambat.. ~amin

miezah said...

semoga dia diberi petunjuk ke jalan yang benar . :)

Cik Leen_Dewi Syifa said...

situasi yg mengelirukan...hehe...

sergeant keroro said...

blog siapakah?? errr

cik yuz said...

kadang2 diri kita sendiri menyalahgunakan teknologi sampai bukak aib sendiri. semoga kita xtergolong dalam golongan tu....insyaAllah

Cik Ziera said...

tak paham la.hehe

muhamad hanif said...

Errr,


adakah dia "pengkid" ?

nini said...

kadang2 kita terlampau teruja bercerita...sehingga terlupa telah terbuka aib sendiri....

MissCt a.k.a MuqDeq said...

Err, mcm ni pon ade? Adehh..

alif haris said...

haha biasa la tu KB .. hari tu alif bw..jumpa gak blog songsang .. perghh berbual !

Belog Sambal Belacan said...

jauhkan semua ini....doakan yg terbaik untuk si dia jer..amin...

Anif Abdullah| AA said...

blog sape la tuh.. wat masa ni xpernah lagi bukak blog ganas cmtuh.. Adeh,mengaibkan diri jew..

yusuflaili said...

Salam;
Sekarang ni semuanya ada mcm2 ada petik je semua ada..Tapi bab buka pekong aku tak aku tak sanggup.!!

msredcheesecake said...

Kenapa dia nak aibkan diri sendiri...lagi konfius....

iMBobo said...

haa pengkid lah tu.. tp bg die mungkin apa yg die ckp tu benda yg normal sbb ditinggal kekasih. cuma bg kita yg normal ni anggap tu tak normal, tp mmg tak normal pun kan hehe

kotak bulat said...

alepridz : nk url blog dia? hehe..tak dpt la...kb tak nak aibkan sesiapa..

Alysha Nur syahirah said...

kak. sye ramai sgt knal gn pengkid. tapi kn. kdg2.. sye sendiri pown tak phm ap yg dorg nk senanyew. huhu....pengkid yg sye knl nieh.. kbykkan nyew... suke sgt tulis sal 'GF' dia at blog... pas tuh.. ble break.. BLOG tuh... diremove.. n bile jumpe 'GF' bru.. dia wat blog bru ... ewww.. truk kn akak ? pape pown.. lntak dia laaa kn... tapi.. tuh laaa kan.. lysa setuju gn ap yg akak ckp -tak semua benda kita perlu ceritakan kat blog- ,, setuju2!!!

Unna said...

alaaaa, tak faham la KB. hukhuk

konfius nak teka gender. hmm
papepn, betul ckp KB. tak semua bnd kita perlu ckp kat blog. dan jangan aibkan orang :)

[sutera kasih] said...

setuju dg kata2 KB..Allah dh tolong tutup aib kita, jd kita berusaha la jgn buka aib sendiri..kalau ya pun nk amalkan konsep sharing is caring, mesti kena pada tempatnya huhu

mr.winter said...

subahanallah.. manusia yg x kenal erti hidup.. hanya d awangan dgn fantasi duniawi.. peaccee ^^

Post a Comment