DRAMA DINGIN LAVENDA DAN NOVEL DINGIN SALJU INDIANA

Semalam aku pergi perpustakaan desa untuk cari novel yang best untuk dibaca.. Belek punya belek akhirnya aku jumpa novel Dingin Salju Indiana. Aku baca sinopsisnya dan aku rasa macam tahu jalan ceritanya.

 Bila di pikir dalam-dalam, baru aku teringat.. rupanya sinopsis ini sama dengan sinopsis drama Dingin Lavenda di slot Zehra TV3. Minggu lepas episod pertama drama ni dan aku tengok sampai habis.

Bagi siapa yang tak pernah tengok dan tak pernah baca novelnya, jom baca sinopsis cerita ni, mungkin korang akan berminat nak tengok lepas ni.


SINOPSIS DINGIN LAVENDA
Kisah yang dipaparkan dalam drama ini mengutip pengalaman getir tiga orang pelajar gadis Melayu di Melbourne, Australia. Jannatun Naim (Jannah), Murni dan Nana berada di perantauan kerana menjunjung misi menimba ilmu dengan berlainan latar belakang asuhan.
Drama ini meruntuhkan tembok tabu yang sering dikaitkan dengan isu dan permasalahan agama. Pelajaran agama sahaja tidak memadai; tanpa didikan agama dan adab. Pelajaran agama semata-mata tidak menjanjikan keutuhan iman. Iman yang ada akan diuji dengan pelbagai wajah. Setelah diuji, barulah akan terserlah reality sebenar sama ada iman seseorang itu cemerlang atau dangkal.
Sebagaimana lazimnya, apabila berada jauh di negeri orang, kelompok Melayu yang kecil akan rapat menjadi seolah satu keluarga. Jannah dan Murni memilih Melbourne, Australia untuk menyambung pengajian, tanpa menyangka hadirnya cabaran yang menggugat persahabatan dan permasalahan yang mencabar keimanan.

Jalan ceritanya menarik tapi satu kelemahan aku.. aku tak boleh menunggu terlalu lama untuk tengok cerita ni sampai habis. Kalau kena tunggu terlalu lama, nanti aku hilang minat. Aku kalau boleh, nak tengok hari ni dan habiskan hari ni jugak. Jadi mungkin pilihan aku ialah baca novel dia je! sehari pun boleh habis ni, nipis je novel ni.


6 KOMEN BERKOTAK BULAT:

syuxer said...

kadang2 novel yang berlatar belakang oversea banyak memberi input tentang budaya kat sana..itu yang menarik bagi syuk..

SchaBiela said...

cerita ni ad dsiarkn ke???
anyway singgah my blog ok..:)

Unknown said...

dah lama tak tengok drama melayu hmm

kb ada banner boleh letak sini.. backlink percuma

http://broahmad.blogspot.com/2011/12/blog-banner-terbaik.html

Anonymous said...

aku pun mcm tu tak suke tunggu lme2 suke bce nvel terus! mls nk tunggu smbung2..novel ni keluaran pe? aku nk cari la..mcm menarik!

Iznie said...

betul2....tak suka juga tunggu. tu yg google kat tenet ni...hehe


salam ziarah

esempoi said...

trend drama bertudung

Post a Comment