ISU RANTAI BURUNG HANTU | MAKRUH

Isu rantai burung hantu ni memang kecoh kebelakangan ni, tapi aku tak ambil port sangat sebab aku tak pernah beli pun.. Dulu kawan aku ada jual rantai ni. ada jugak aku belek-belek rantai ni, memang cantik pun sebab comel dan tak terlalu keperempuanan rupanya. Tapi rantai ni pendek, kalau kita pakai tudung, tudung kena singkat baru nampak rantai ni..
Aku tak nak cakap soal hukum sebab benda aku tak mahir, tapi ni ada orang dah tanya pada ustaz azhar idrus tentang pemakaian rantai burung hantu ni. Ustaz kata 
harus bagi kanak-kanak dan makruh untuk dewasa jika bukan diagung-agungkan

Bila ustaz kata makruh, maka ramai melonjak gembira dan lega sebab lepas ni boleh pakai dah rantai ni semula.. agaknya dorang lupa kot maksud makruh ni..
makruh bererti : tidak disukai
dari istilah syarak : Makruh adalah suatu perkara yang dianjurkan untuk tidak dilakukan akan tetapi jika dilakukan tidak berdosa dan jika ditinggalkan akan mendapat pahala dari Allah SWT

Lebih baik kalau elakkan pakai je kan, bukan mahal pun benda ni sampai sayang nak tinggalkan.. harga benda ni baru RM15- RM20 je. 



Paling best isu freemason juga dikaitkan dengan rantai ni, semua benda nak dikaitkan dengan freemason.. malas aku nak baca isu freemason ni.. kalau hujah bernas ikut panduan islam, aku terima..tapi kalau takutkan freemason semata-mata.. booo~

14 KOMEN BERKOTAK BULAT:

nuyui a.k.a miss YUI said...

erk..nsb xminat bnda camni..huhu..

pakai rantai emas sngkan..ngeh3.

K O R I E said...

LOL. kta ada beli rantai ni~
comel.. ada jugak yg rantai dia panjang jadi mmg sesuai r lu pakai dgn shawl..

btw.. i will look forward abaout this issue ^^
nice info yo!

era kecik said...

erk, freemason tu apa? hehehe...

# memang tak tau! :P

Eza Boom Boom :) said...

tak pernah beli lagi rantai cenggitu..hehe. sebab, tak minat pon pakai rantai. :D

p/s: kalau dah makruh tu, baik tak yah la beli. ada lagi benda lain yang lebih ohsemm..

Munnafendy said...

*sori out of topic

nak tnya kb ada amik tempahan buat template blog tak?

MeeRole said...

Nsib baik aq x penah pkai rntai ni..kahkahkah..

Onitsuka_hana said...

fames la burung hantu nie.. da gak cincin burung hantu.. hana xberminat la plak.hehe tapi ramai yang pakai

faridah nazurah said...

alahai.. dh la banyak rantai owl.. err takpe la lepas ni simpan je..

KaK LimAh Si SupiR said...

xpenah beli p0n sb xminat pakai bnde2 rntai ni :P

era kecik said...

jika tengok era follow awk, bukannya era unfollow awk, tapi era dah tukar email blog yang baru, so kena follow semula.. peace ^.^ :)

Gadaffi said...

kalo sume nk freemason..duit kertas pown xley nk pkai..orang kafir yg mencipta duit kertas..kenapa duit kertas tidak diharamkan ???

coachnike28 said...

udah...udah la tu...jauhi lah dari perkara yang di larang walaupun hukumnya makruh

msredcheesecake said...

Msred pun tak pakai... So tak kisah kalau takleh pakai... Hheee.....

EINZONE said...

hye..jom lepak blog saya..n jgn lupa jd follower..http://www.einzone.blogspot.com

Post a Comment