APA HADIAH YANG LELAKI SUKA

Sebelum ni aku ada kongsikan hadiah yang sesuai untuk lelaki, memandangkan tak lama lagi akan tiba hari lahir si panda, jadi aku kongsikan pula hadiah yang sesuai untuk diberikan pada lelaki.

1. Barangan kulit
- Lelaki biasanya sukakan barangan kulit sebab tahan lama dan menonjolkan kemachoan mereka. (kemachoan?)
Jengik-jenguk lah wallet dia, kalau dah macam lusuh sangat tu korang belikan lah yang baru.. tapi kalau wallet dia cantik lagi dan korang hadiahkan wallet lain.. jangan berharap dia akan tukar wallet tu ye sebab lelaki ni selagi tak rosak dan boleh dipakai, selagi itulah dia tak tukar.. Bagi tali pinggang atau jaket kulit pun ok je.


2. Minyak wangi
- hadiahkan minyak wangi kepada si dia, lagi mahal dan tahan lama lagi bagus.. Kalau tak tahu nak buat pilihan, boleh minta tolong lelaki lain cadangkan.. biasanya taste laki ni dekat nak sama je kan.. Mesti nak perfume yang dapat menyerlahkan kelakian dorang.. Err, tak pernah lagi aku jumpa laki yang suka bau gula-gula.

3. Gadget
Memang aku boleh cakap laki ni simple, korang bagi dia Iphone5, seminggu dorang senyum..hehehe.. kalau tak mampu, bagi pendrive 8gb pun dah ok kan.


4. Jam
laki suka pakai jam dan jarang nampak laki tanpa jam kan, risik-risik kesukaan lelaki tersebut sebab taste orang terhadap jam ni berlainan. Ada yang suka kulit, ada yang suka rolex dan ada jugak yang suka G-shock.


5. Peralatan sukan.
Lelaki sukakan peralatan atau hadiah yang dia boleh gunakan, sebab tu mereka ni tak suka teddy bear ye.. teddy bear tak boleh dipakai, ia hanya boleh disimpan. Kasut sukan, seluar tracksuit dan apa saja berkaitan sukan yang dia minat. kalau dia suka memanah, korang belikanlah set memanah.. ambik kau! mahal gila tu~


5 tu cukup lah ye, cuma peringatan kepada kawan-kawan yang nak cari hadiah untuk boyfriend tu, tak yah nak membazir duit sangat beli hadiah mahal-mahal.. belum tentu jadi suami lagi tu..ehemm..


p/s : err, seingat aku sekali je aku bagi hadiah pada laki.. hehehhe

19 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Halimatun Sa'adiah said...

nice tips cik panda..

cik jiehah シ said...

i prefer wallet kot,.. =)

SoLy SoLicious said...

suke bg mkn je...sbb mknan akan jadik darah daging~

sergeant keroro said...

nak gadget, haha

kiz said...

tak pernah dapat hadiah dari sesiapa pun ..huk huk

Yatie Awang said...

masa akak dulu tak pernah bagi hadiah pun...

Onitsuka_hana said...

nak bg hadiah biar iklas bukan sebab dia bf..sbb dia belum tentu bf kita.hehe klu xikhlas nnt menyesal habiskan duit beli hadiah

Lea Isnawi said...

kalo bagi raket badminton pun diorg suka ke?

hehehe

Ca Cik Duyung said...

adik ca suka minyak wangi pompuan..haha..ade ke dia pergi beli minyak wangi yg sama macam awek dia pakai.dia xsuka yang keras2.pelik x? haha

Ezad Skytech said...

semua top 5 ni mmg akan buat lelaki tersenyum je KB kalau dapat..hee~

NHMS said...

t-shirt pon ok gak,
but 4 me la, aku lbey ske bg wallet. :)

sha my heart said...

betul juga apa yg KB cakap tu..

lelaki akan setia dgn walletnya. selagi boleh pakai, dia akan pakai.

Bui Junaidi said...

kak bui selalu bagi baju jer dekat hubby..kalau bagi baju jersi MU lagilah dia suka..senyum tak ingat dunia..hehe

Hanie_Dew said...

nasib jumpe entry ni. tgh carik hadiah tuk hubby. aku memang pening tahap gaban bila part nak carik hadiah untuk lelaki ni.

anamizu said...

TIE & BELT pon stylo gak..hehe






luv,
cik ana

KaK LimAh Si SupiR said...

hohoo..xpenah bg pape kt laki..kalo fmly yg laki pny ap2 p0n blnje mkn j :P

Red Angel said...

hurm.... bg lagu jer boleh x??

Zara said...

no. 4 tu ok kot..

gemaparfum.com said...

Terima kasih infonya gan.
Lumayan buat nambah wawasan.

Gema Parfum
Minyak wangi buat laki-laki.

----------

Post a Comment