Bakat tanpa rupa - bolehkah mereka berjaya?

Malam ni rasanya minggu akhir bagi pentandingan vokal bukan sekadar rupa, korang akan mengadap depan tv3 tak malam ni?

Objektif rancangan ini ialah mencungkil bakat penyanyi yang mempunyai bakat tapi kekurangan rupa. Tapi apa yang aku lihat.. Bakat? aku rasa mereka sama saja dengan penyanyi yang sedia ada.

hurmm, terus-terang aku dan berminggu-minggu hilang minat dengan rancangan realiti ni, tak ada apa-apa yang menarik dan paling utama, peserta-peserta dia tak ada yang punyai aura untuk tarik perhatian aku terus menonton.

Memang mereka ada bakat menyanyi, tapi tak cukup untuk mereka kekal lama dalam industri. Betul? aku bukan nak kutuk-kutuk, tapi aku luahkan saja kebosanan aku ni. Bosan jugak dengan lambakan rancangan realiti dan aku ingatkan ini berlainan dari yang lain.. tapi sama je..

Tak dinafikan, ada juga yang berjaya dalam rancangan realiti macam ni, contoh macam black. Dia tak hensem pun tapi suara.. suara dia lain dari penyanyi yang sedia ada sekarang. Dia ada personaliti dia sendiri tapi peserta bukan sekadar rupa ni pulak.. tak ada yang istimewa bagi aku..aku ulang.. ini pendapat aku ye..

Korang rasa mereka boleh terus berada dalam industri muzik malaysia lepas ni? emm, aku rasa susah dan mereka akan jadi macam penyanyi-penyanyi rancangan realiti yang lain. Yang akan popular dengan cepatnya tapi akan jatuh juga dengan cepat.

Ini pendapat aku saja, pendapat korang aku tak tahu.. mungkin ramai yang suka rancangan macam ni kan..

p/s : tak ada idea sejak semalam, letih badan..jadi membebel je ni..

4 KOMEN BERKOTAK BULAT:

kiz said...

layan je..haha..sekadar hiburan

Ezad Skytech said...

tak tahu la lepas habis rancangan ni..mereka ni boleh pergi jauh ke tak...

Mish Apple said...

suare ade. identiti takde. tak boleh beze. mcm tadi Adibah Nor nyanyi. mmg lain dari yg lain. unik.

anamizu kaito said...

dah ending ea?? tak tgk pulak tadi =P




luv,
cik ana

Post a Comment