Kempen Berhenti Merokok itu Merepek!

Ada perokok ke yang baca entri ni? kita selalu tengok iklan kempen berhenti merokok kan, macam-macam iklan kreatif yang dikeluarkan..  penjualan rokok ni sebenarnya antara penyumbang ekonomi negara kan, jadi rugi lah negara kalau rokok tak laku..sebab tu rokok berlambak kat kedai runcit. Ok,aku nak cerita.. tadi aku dengar iklan kempen berhenti merokok kat radio sebab aku jarang tengok tv.. Dalam radio tu kata bila jumpa orang yang merokok, buat macam ni..

" Rapatkan dua jari, letakkan di bibir. halakan jari ke arah perokok, gerakkan jari ke kiri, ke kanan, ke kiri dan ke kanan"

Aku meluat sungguh dengar suara gedik orang yang buat iklan tu, tapi aku rasa macam nak try pulak cara tu.. betul ke buat gini kita boleh halang orang dari terus merokok? Lepas dengar iklan ni, aku terus cari bapak aku.. Peh. terbaik! dia memang baru nak hisap rokok. Maka dengan laju nya aku terus berdiri tegak depan bapak aku.
" kenapa?" bapak aku tanya tapi aku diam je..
aku pun buat macam iklan kempen tu cakap.. letak dua jari kat mulut lepas tu gerak kiri kanan, untuk lebih berkesan aku buat slow motion punya.
" kau dah kenapa?"
" baba ada rasa pape tak? macam rasa bersalah ke, tak jadi nak merokok ke?"
" Tak" terus dia nyalakan rokok.

Ceiittt! tak menjadi pun kempen tu! yang buat iklan ni sebenarnya dorang cuba ke tak samada caranya berkesan ke tak? Nasib baik aku tak buat dekat mamat yang hisap rokok kat bus stop, tak pasal-pasal je orang usha pelik je nanti.

kesimpulan, perokok ni sebenarnya bila dah mengelupur batuk-batuk, baru terpikir nak berhenti kan..hahaha..

p/s : yang hack blog aku pagi tadi dah mintak maaf, aku maafkan sebab hari raya kan.. jangan lah buat benda tu lagi, kesian kat yang terkena.. lagi-lagi kalau yang buta IT, terus bunuh diri macam mana? sapa nak tanggung?

34 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Anonymous said...

haha.. klo gelugoq pun gelugoq buat tak tahu ja :)

Jom Makan said...

bukan mamat2 tu usha2 plik je,tpi siap bg trajang rasenye..papepun nice entry,sbb aq penah brniat nk try tpi x ksampain..hehe

Zul fattah said...

haha..mujurla aku dah bhenti merokok.. kalau ko buat macam tu dpan aku.. mesti aku muntah kot..:P

littledolphin said...

nak berhenti merokok bukannya senang.even yang berazam nak berhenti pun susah nak berhenti.apatah lagi yang tak de niat nak berhenti.apa yg kempen tu suruh buat memang merepek ah.HAHAHAHA

p/s baguslah hacker tu dha minta maaf. ;)

K said...

sengal punya orang.

p/s : perokok tegar dah takleh watpe, keinsafan tu datang sendiri la kot.

shafiqahkay said...

hahhahahahahahahahahahha....
wei entry pe ni. mak aku dah pelik dah pasai aku gelak takde kompas.... takde arah dah wehhh

syazwani ab said...

nasib baik saya bukan perokok. haha

Ezad Skytech said...

kalau da namanya perokok tegar tu mmg susah sikit nak stop ni KB..heee~

De'din said...

kalo dah nama cuba,,
memang susah nak berhenti,,:)

My Name is Mar said...

Ha-ha-ha:D
Ok. Sangat kelakar.
BTW, blog nih nya loading lambat habis..
Nape ntah..

Unknown said...

pyh kot nk bhnti merokok..
tp adk agkt ak bhnti gak merokok lepas ak da nsht bkali2 hehehe..
alhamdulillah...

Cik Baju Kurung said...

haha . boleh pulak KB nie pegi try kat ayah die . kelakar tul =D

Siti Nadzirah Zakariah said...

betul lah ! lagi 1 mcm x de function je letak amaran merokok kat kotak rokok..

Unknown said...

haha tu memang cara paling kelakar sebb kalau dorang ni mmg smoker tegar xkn jalan punye cara tu.. haih baik sekat rokok dr dijual je.

hacker tu dh taubat. tp nsb baik dia jnis yg bersopan-santun kan. reti gak nak mntak maaf.. hehe

semutsengal said...

HAHAHAH,

ayah aku perokok tegar jugak.


Eh,
fahmi tu ke yang hacked blog kau ?

CXopportunities said...

perokok ni atas diri sendiri ntk berhenti. ada jerk ubat dan pelbagai cara tp bila rokok da sebati. ssh nk buang.

Aisyah Aina said...

haha..memang tak berkesan la buat macam tu...tp kalau nak buat kat depan org yg tak kenal macam malu pulak...


baiknya si fahmi tu minta maap...hahahha

HanTu-ToMYam said...

rokok???

mm tak leh wat pe dah..tapi dulu ada pernah dengar pasal iklan indon..

agak2 orng tu nak isap rokok je.. ada satu kumpln ni terus dekat kat perokok ni..pas tu dia baca yasin kat org tu..baru mendalam iklan macam tu kan..tapi tak pernah tengok lagi la iklan tu..dengar2 je..heehehe

kotak bulat said...

mindaKhayaLan: oo..iklan tu..pernah tgk.. mmg kelakr tp ada makna yg disampaikan.. :)

najihah sahami said...

haha...xpenah tgk lak iklan gerak kiri kanan tu. nampak sgt xtgk tv kan. aduhai..

Alif Haris said...

erk ..kene hack ke blog ni pg td ..??huhu

haha iklan tak boleh pakai la KB :D

msredcheesecake said...

tak pernah ada kempen anti merokok yg berjaya...msred tak rasa akan ada pun....walau kita tak import rokok sekalipun tak kan berjaya sbb akan keluar rokok seludup dan rokok tiruan...die hard habit

Unknown said...

ayah kb xde perasaan. ahahaa

panglima harapan said...

nak brhenti mrokok mmg ssah...
skali dh hisap...
mmg nakkk lg...
dah ketagih depa ckp...

msalahnya..ada yg batok2 separuh mati pun, x reti2 gak nak stop..
hmmm...

Miera said...

seriously, saye rase ape2 iklan pun takkan ade efek positive kalau perokok tu tak sedar dengan sendirinye.

Pendamba Mawar said...

kempen? xd faedah..membazir je..

penjualan masih berleluasa..

Anonymous said...

erk.. kompom kene gelak je bulatt..hhu lme xsinggah sini. biase la ghaye^^ selamat hari raya!!!

Unknown said...

kt kotak rokok gambar seram pun tak takut kb hahaaa tu kt kotak rokok tu !! bukan kotak bulat yea hahahaa
muntah hijau lihat gambar..huekkkk

tia @ Ini Kisah Tia said...

hahaaa . dah sah2 tak menjadi . gile kut kalau buat dekat orang lain yang Tia tak kenal . huh ! tak pasal kena tengking .. hahaa

Myera Nyera said...

hakhakhak gelak gulen gulen baca entry ni haha ^^,

mohdhazlan Dreadlock said...

no smokim ..hehe ...merokok blh menyebabkn kenker

Rean said...

patutnya kempen jangan merokok rather then berhenti merokok kan?

cik sakdi said...

dah mcm2 dah wat. tapi abah xnak brenti gak.siap brenti kedai suruh kite belikan rokok lg.huhu

[sutera kasih] said...

bapak sy pon perokok..sabar sajala kalu dia dh merokok dlm rmh huhu..
kempen tu xberkesan hehe

Post a Comment