SENARAI TEMPAT DAN CARA MEMOHON BANTUAN RM500

Tarikh pendaftaraan
Bermula 10 Disember 2011,hingga 10 Januari 2012(tempoh sebulan)


Tempat Untuk melakukan permohonan
  • Anda boleh muat turun(download) borang secara percuma di portal rasmi www.hasil.gov.my mulai tarikh 12 Disember 2011
  • borang juga boleh di ambil dari penghulu / ketua kampung ( biasanya penghulu akan ambilkan)
  • Dapatkan borang permohonan di
             - Jabatan Pembangunan Persekutuan /Negeri
             - Jabatan Penerangan Malaysia
             - Pejabat Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
             - Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
            - akhbar –akhbar harian tempatan.

Borang yang telah lengkap di’isikan perlu disertakan bersama dengan salinan kad pengenalan dan diserahkan ke Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri,sekolah-sekolah terpilih,pejabat cawangan LHDN atau di 17 buah Pusat Khidmat Hasil di seluruh negara selewat-lewatnya pada 10 Januari 2012


Siapa yang layak memohon?
  • Keluarga dengan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
  • Individu berkahwin,termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Individu(Bujang,duda,Ibu tunggal)yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara
Cara memohon
Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi LHDN di talian 1-300-88-3010 begin_of_the_skype_highlighting            1-300-88-3010      end_of_the_skype_highlighting

6 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Anif Abdullah| AA said...

wahh.. nak mohon jugak boleh x.hehe

C`ayob.com said...

kau tak mohon kah? hehehe..aku baru je tadi p mohon...ambil borg baru hantar...hehe..

Syira Rara said...

hai...sy bru follow ur blog..n if u dont mind pliss follow mine...blh kongsi cerita :)

maszull said...

assalamualaikum KB...wah bestnya kerajaan Malaysia ni kan sanggup bagi duit utk keluarga yg sederhana...bestnya...:)

shamyheart said...

bestnya dapat duit tu =)

shahril nizam said...

bila nk dpt duit 500 tuu yer :(

Post a Comment