Disebalik kita gembira berbuka puasa

Assalamualaikum.. aku rasa korang semua mesti dah beli juadah awal-awal tadi kan.. Memang gembira sebenarnya bila dapat menyambut hari pertama ramadhan bersama keluarga, kalau yang diperantauan pun best jugak sebab berbuka bersama kawan-kawan kan..
Memang seronok! berkumpul dan berbuka bersama-sama..

Dalam kita bergembira, ada yang ingat tak mereka yang berseorangan menghadap juadah berbuka nanti? Ibu tua atau bapa tua yang keseorangan di kampung sebab anak-anak bergembira berbuka bersama keluarga mereka. Memang meriah suasana berbuka puasa bersama keluarga dan kawan, tapi bagi dia yang berseorangan..percayalah hanya tangisan menemani tatkala menjamah juadah.

Sudah biasa kita lihat di televisyen ibubapa yang keseorangan waktu hari raya, tapi ini sebenarnya yang kita selalu terlepas pandang. Kesunyian ibubapa yang tinggal berseorangan di kampung yang mengharapkan anak-anak datang berbuka bersama.. tapi berapa ramai yang ingat untuk pulang berbuka di kampung? renungkan.. di sebalik kita menikmati hidangan berbuka dengan gembira, ada yang menahan kesedihan menjamah makanan..

p/s : aku taknak itu terjadi pada atok aku, jadi hari ni aku berbuka di kampung. Taknak dia bersendirian menyambut ramadhan yang pertama.

22 KOMEN BERKOTAK BULAT:

SoLy SoLicious said...

waahh....cucu mithali...bertuah atok dpt cucu mcm awk !

ArulchelseA said...
This comment has been removed by the author.
Nurnajwa said...

Abah yg tak nak balik T^T

Nsib baik pakcik kte ade kt kg skrg ni :)

sergeant keroro said...

betul tu. KB cucu yang baik :)

cucu umie said...

kalo pergi rumah orng22 tua..kita akan lg feeling..serius..

Bro ahmad said...

sedihnya cerita kb hmm

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock said...

betul tu ...ada juga yang hanya minum seteguk air utk berbuka ketika kita enak menjamu selera ...:(


excellence!

msredcheesecake said...

kb,
sob sob, hubby msred berbuka kat tempat keje....

Asha said...

di sebalik kegembiraan kita berbuka puasa masih ada lagi yg kesedihan. betul tu.

muhamad hanif said...

kemsalam atok awak yea..


ahahahahah

nurAMALLINA said...

tak semua orang senang kan. :"(

aRa ❤ aFiq™ said...

ara gak la da ta da grandparents.. :(

sha my heart said...

baiknya KB ni.. adorable =)

Fathin Fazila Razali said...

itulah hikmah ramadhan.. seribu satu kebahgian dan kesedihan yang tersembunyi disebaliknya.... Insya Allah kita yang muda ni cuba utk mengembirakan hati mereka yang lebih tua dari kita sbagaimana dulu mereka membahagiakan kita

Khairil said...

sedih ye bila mengenang kepada mereka yang tak bernasib baik mcm kita...

My Name is Mar said...

KB... Tetiba jek aku nak nyanyi..

Dalam kita bergembira..
Pasti ada yang berduka..
Enak Menjamu selera..
Jangan lupa yang tiada..

Ha-ha:D
Baru 1st puasa dah nyanyi lagu raya..

Orang berbudi, Kita Berbahasa.. Orang MENYANYI?

tia @ Ini Kisah Tia said...

wahhh . kat kampung la ni ?

Syuxer said...

baiknya cucu neh..:)..mesti atok gembira tengok KB ada disisinya..

yeah memang benar..ibubapa sebenarnya nak sangat kita balik beraya bersama kita..dorang rindukan kita tuh..

kita berbuka cam xde pe2 tapi mak ayah risaukan kita..asyik terfikir apa kita makan berbuka nanti,bersahur tak kita neh...

Ezad Skytech said...

wahh..bestnya dapat buka kat kampung..dapat kumpul ramai2..buka sama2..

Wanie said...

bagus la kesian org tua ni mesti die teringat kat anak cucu die..

Anak Wak Mail said...

mesti atok syg lebih dekat kb ni..hihi..=)

tu la,,nak balik kg..mak ayah mesti berbuka berdua je ni..hmm rindu!

Tea Dno said...

1st day puasa semalam pun, tea buka puasa dengan nenek. nanti dia sunyi takde sape. :)

Post a Comment