Cara menangani kecewa putus cinta

Ada yang kecewa sebab cinta? aku kenal ramai yang terguling-guling menangis lepas putus cinta.. putus cinta ni memang biasa berjadi bila bercinta, pandai korang bercinta, maka perlu pandai jugaklah tangani kecewa  putus cinta ni..

Sesi soal jawab dengan doktor cinta.

Macam mana nak ubat hati kecewa?
Hati yang kecewa perlu di pujuk ok, sila jangan gelak.. ingat tak macam masa kau bercinta dulu, bila sakit hati kan ada si dia tolong pujukkan. Habis bila dia dah takde, takkan kau biarkan aje hati kau tu sakit bernanah? Bila hati tengah kecewa, kau sendiri kena pujuk dia.. aku cakap dari pengalaman aku tau, bukan dari sumber-sumber yang merepek..
Jangan pujuk macam ni :
" hati..hati.. tak mo la majuk.. ala bucuk-bucuk. Cakk!."
Bagi semangat kat diri korang, semangat yang korang boleh hidup walaupun tanpa dia.. kalau aku, aku akan cakap kat diri aku
" Sabar, biar aku tanggung sakit ni sekarang, dari sakit ni bertambah kalau terus dengan dia, sekurang-kurangnya sakit ni berhenti takat ni. lepas ni aku boleh lupakan dia.. sabar, kejap je ni aku ingat kat dia, lepas ni aku mesti jumpa cinta yang lain.."

Macam mana kalau tetap tak boleh lupakan dia?
 errr... bila kau terlalu pikirkan dia, tu pasal dia tetap ada dalam kepala kau tu.. basuh sikit kepala tu biar bersih, cuba pikir hal lain. cuba berkenalan dengan orang lain.

Macam mana nak kurangkan rasa kecewa?
Ala, senang je ni.. kalau kau rasa kau bakal kecewa, kau tinggalkan dia dulu.. korang tau tak, ditinggalkan akan menyebabkan luka lagi teruk dari yang meninggalkan..  jadi tinggalkan dia, maka berkurang sakit tu, jangan jadi bodoh tunggu dia tinggalkan kau walaupun dah terang lagi nyata dia curang. Kalau kau telah pun ditinggalkan, manipulasi diri kau kononnya kau yang tinggalkan dia..

Macam mana nak buat dia meyesal tinggalkan kita?
hehehe..aku suka soalan ni.. bila dia tinggalkan kau, dengan yakin dan berani.. kata kat dia..
 " kau takkan dapat jumpa perempuan yang sayang dan jaga kau macam yang aku buat"
Ayat ni member aku yang ajar dan ternyata memang berkesan.. rasionalnya, kau dah racun otak dia sebelum blah dari hidup dia dan bila dia berusaha cari kekasih baru, dia akan cari yang seperti kau sebab dia takut jumpa yang lagi teruk dari kau...hahahaha.. ops..tergelak pulak.

Macam mana kalau nak dia jugak?
Err.. aku terasa nak maki la pulak.. (tarik nafas dalam-dalam) orang dah taknak tapi kau nak dia jugak..ish..ish.. takpe, aku tolong gak.
Kalau dah setahun kau tetap nak dia jugak, mula berkawan semula dengan dia, tapi jangan desak dia terima cinta kau tu ok, biarkan dia jatuh cinta semula macam dia jatuh cinta kat kau dulu.

Ok, try la.. buat masa ni memang berkesan untuk aku dan kawan-kawan,

p/s : soal jawab ke? aku soal, aku gak yang jawab
p/s: nak buat header baru dah ni...
p/s : kalau tulis KB kat shoutbox , keluar benda ni.. -->  

32 KOMEN BERKOTAK BULAT:

faridah nazurah said...

haha tak susah nak buat dia nyesal, cari je yang baru. yang penting jgn buatkan dia nmpak yg kita desperate. buat2 cool je dpn dia. betul kan?

muhamad hanif said...

weeewwwiiittt,

dokter-dokter, nak tuju lagu boleh ?



AHHAHAHA

Myera Nyera said...

adakah ia bermaksud seolah-olah memanggil kb dan goyang-goyangkan badan kb sampai, jadi macam smiley tu? kahkahkah

abghani said...

putus tali boleh disambung
putus cinta...merana hati bagi pompuan la

TeAqArH said...

lau x dpt lupe tu biasa tp btol la..jgn lyn sgt....

lisa min said...

putus cinta ngn gf/bf xper, jgn putus cinta kita dgn Allah. sebab tu bile putus cinta org byk frust sini sana, dy lupa Allah ada untuk kita. time kita susah senang. jangan takut kehilangan cinta manusia tapi takutlah kehilangan cinta dari Allah S.W.T.

SoLy SoLicious said...

pergh... dr cinta bg petua tu..heeee.......

EYFAalias said...

hehehee. lepas ni kb dh boleh jd dr.love. hehehee

Lieyda said...

dah try buat tp susah la kb :(

sergeant keroro said...

haha, cool. tapi tak ramai yang buat camni.

ramai yang insaf terus pon ramai. takpon, fikir sal revenge. tu bahaya :P

LydSunshine said...

Entry dengan tajuk yg lebih kurang sama adalah entry pertama kat blog saya. Ce jenguk kalo nak tambah tips tu.

LydSunshine said...

Eh lupa. Permalinknya ialah..
http://lydsunshine.blogspot.com/2010/04/tips-putus-menangani-putus-cinta-cara.html

Cik Bell said...

tension jugak putus cinta nie..haiyakkkkk~~

sleeping_maniac90 said...

ska part y wat dia mnyesal krna tglkan kta..
pompuan kne ad maruah..
kne tnjuk y dri kta sgt bhrga.. hehehe

Norhisham Nordin said...

aku selalu jek pujuk hati sendiri...

NasZ said...

owh..camtu ke? bagus ni.

MOHD NASER.com

Si Pujangga said...

wah.. dr. cinta.. ehehe.. :)

sha my heart said...

tips yg bagus ni KB.

plg suka ayat yg takkan jumpa org yg baik mcm saya. tak pernah guna macam tu. kena buat la lepas ni. haha~


p/s: Sha bukan nak main2kan ssiapa, cuma keadaan Sha tak seteruk yg ramai sangka. Sha jenis happy n tak kisah. Sedih jap jer. =)

myhatiku said...

mmg tgh kecewe putus cinta..tapi meninggalkan..hmm..

Irsyad Syah said...

syoknya baca entry nie...
sy nie ckup brmasaalah ngan chenta2 nie...
brmasaalah bsaq!
msaalah nak lupakan dya...
penat sngguh...

*rainyscream* said...

rasa nak tampar je icon2 tu..comel sangat. hee :p

Anif Abdullah| AA said...

wahh..dah jadi doktor cinta..hehe
anif kalau keciwa mkn puas2 n karok..erkkk..

Khairil said...

lama tak putus cinta...hehehe

aRa ❤ aFiq™ said...

na share kt kwn ara bole? dea bwu ptus cinta.. huhu

mindaKhayaLan said...

pakar cinta ni..

iMBobo said...

tapi boleh ke jatuh cinta buat kali kedua?

Bro ahmad said...

doktor cinta kb..putus cinta memang kecewa..tapi tak bermakna hidup tak perlu diteruskan kan? pakar cinta

tia @ Ini Kisah Tia said...

ni memang dari diri sendiri . kalau dah diri sendiri pun tak boleh nak tolong susahlah .. bernanahlah jiwa sampai bila2 ..

Ezad Skytech said...

hee..profesyen baru ye KB..mesti banyak pengalaman ni..(^^,)

alif haris said...

wah pndai KB memanipulasi keadaan :D haha

[sutera kasih] said...

saya putus cinta saya okey hehe

actually mmg agak parah jgk aritu, tp tu la bak kata KB pandai bercinta, pandailah pujuk diri bila pts cinta..

cara saya, lebih krg mcm yg KB cadangkan tu hehe..tp sy byk bermadah pujangga dlm blog, geng2 blogger byk bg kata semangat & kuatkan semangat..so skrg sy dh cukup okey..dlm seminggu je sy frust..wahhh terima kasih byk2 member blogger..sayang lebihhh :)

ShuN Ju said...

hahaha.....
cara tuk buat org yg meninggalkan kita rs menyesal part 2 ::

- " aku takkan maafkan kau dr dunia smpai akhirat....."

4 tahun kemudian,
"awak... maafkan saya..."

kah kah... cuak habis mamat itu.

Post a Comment