Tabiat pada hari raya pertama

assalamualaikum...
korang ada suasana atau tabiat yang biasa terjadi pada hari raya pertama.. err... tak pelik sangat lah, tapi biasanya jadi kat aku masa hari raya pertama..

1. Tiba-tiba cepat je bangun tidur sedangkan hari-hari biasa bukan main liat nak bangun pagi

2. Air kat bilik air jadi sejuk..

3. Mak bukak TV pagi-pagi buta.. sebab nak dengar takbir.

4. Semua ahli keluarga nampak cantik dan hensem terutama aku.. ehem!

5.  Aku jadi pantang nampak rendang, ketupat, sambal kacang.. semua aku nak telan.. kalau boleh rumah-rumah yang aku beraya, aku nak telan semua ketupat dorang.

6. Bila tengok kanak-kanak dapat duit raya, aku pun berharap dapat duit raya.. tapi harapan hanya tinggal harapan..

err.. banyak lagi.. apa kata korang yang senaraikan..

mood : Raya + malas..

37 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Fathiah Hamim said...

aku cari kueh raya! hehe

amierah said...

nak tambah: asyik duduk dapur basuh pinggan n cawan sebab ramai tetamu datang.

muhamad hanif said...

aku suka makan lemang dengan sambal kacang !


nyuummy.

josrevalution said...

emmm..kalo ko memang lah..haha..tp aku plak lain...kalo nak cite er..pnjang lebar..x cukup ruang ni..ahaha..selamat hari raya KB...MAAF ZAHIR DAN BATIN JIKA ADA SALAH KU PADA MU OKE..HEHE

Cik Bell said...

duit raya tu mmg angan2 je la nak dapat..huhu

Bui Junaidi said...

bila bui baca tabiat2 di atas,nampak sgt ketidakmatangan nya..hahahaha...

QueeN TerataI said...

selamat hari raya :)

Bro ahmad said...

raya untuk budak2 je seronok ya kb hmm..apa kata happy kan budak2 pulak..turn diorang...yang kita ni dah lepas dah ! nak duit raya huhuu

Mr.Thinker@Ali said...

ayam masak kicap kalau ada syok gak. lodeh ke. pergh! Terliur aku. :)

SoLy SoLicious said...

hari pertama raya was2 nak makan..sebab 30 hari puasa...hahaha

Danial Razak said...

berebut jamban..hahahaaa..yang ni memang setiap tahun..adik beradik ramai ni la jadinya..=P

Irsyad Syah said...

hmm...
raya kali nie...
sy x ada rasa aura pun...
x rasa truja pun..
kenapa yaa??
hmmm...

ainaa said...

nak kena senaraikan memalui entry baru ke? hehe

Afikah Aziz said...

part bangun awal tu sama la kite haha..tetibe je kan,eksaited ke hape entah :p

My Name is Mar said...

Ho-ho-ho!
Betul tu!
Selalunya automatik akan bangun awal pagi..
Sebab nak berebut bilik air..
Ha-ha-ha:D

yayath said...

rajin menghantar hidangan ke rumah jiran:)tukartukar hidangan hari raya~~selalunya yath la yang ditugaskan menghantar^^hehe

abghani said...

biasa waktu pagi...minta keampunan dgn ibubapa

sergeant keroro said...

betul, HAHA

semua nak makan pada hari pertama :P

sleeping_maniac90 said...

kalo hr rya prtama, ak antra org y bgun lmbt.. erk??!! kantoi..

Niena Pengembara Ilahi said...

wahhh xsabar2 nk balik beraya ni :D

aku said...

brsalam2 mintak maap sesama adk bradik...tp lpstu brgado balik.hoho

hana said...

bergambar bagai nak rak macam x pernah jmpe kamera..
hahah

aRa ❤ aFiq™ said...

alahai.. ara pown da mood raya ni.. sok last kls.. ase mls g da.. haha

Belog Sambal Belacan said...

betul2 tu,no 1,3 4 tu mmg lazim sgt kan..

cheqhaizan said...

hari raya pertama cbuk bagi wit raya kat budak2...huhhuhu

kotak bulat said...

josrevalution : selamat hari raya! :)

Bui Junaidi: ehehhe.. tak matang ek kak bui.. :P matang la ni..lalalal~

Bro ahmad: bro, da remaja mne leh mintk duit raya..hahaha

Ezad Skytech said...

haha...semua macam sama dgn sy je KB..lebih2 lagi yg no 5 dan 6 tu..

p/s : rasa2nya tahun ni boleh dapat duit raya lagi ke KB..? da besar kan..dapat ke ye..? hee~

Si Pujangga said...

nt.. pagi2 bile rase nak minum air rase janggal sebab da puasa lame sgt.. :)

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock said...

selamat hari raya ...maaf zahir batin:)

Wanie said...

bangun awal siap2 p smyg raya..balik makan sampai kembong..:) tak sabar rasenye..
awat malas2 ni KB?

Bitter said...

HAHA! ni normal hari raya KB..kalau bangun lambat, pakai baju tidur pagi raya memang lah tabiat pelik..HAHA!

KB dah tak dapat lagi duit raya?? Wohh..kesiannya...HAHA! :P

Cik Baju Kurung said...

nombor 1 and 4 memang for sure ! hihi :)

APAN said...

bab bangun awal tu payah gak bagi aku.kdg2 tu mak aku membebel sebab aku tido kat depan...dia nak kemas tpi aku tido lagi.raya ni harap dpt la bangun awl... :)

alif haris said...

yg penting pagi tu mkn nasi impit :D

iMBobo said...

kena lah comel2 dipagi raya :)

msredcheesecake said...

tabiat msred, belum sempat mandi dah kedapur cek rendang dah siap mak maak belum? lega kalau dah siap, baru leh mandi...kalau tak siap lagi, mula la tensen.

Cik Gee said...

pepagi je dah bermaaf-maafan.. hari lain xde pulak.. LOL! ahaksss..

Post a Comment