Cinta dalam diam 3

Assalamualaikum.. aku sambung lagi cerita cinta dalam diam. Korang dah baca belum cinta dalam diam, cinta dalam diam 2? Kalau belum, bacalah sebelum baca entri ni..hehehe..
Ok, aku sambung lagi cerita yang tergantung semalam.. Ini dari sudut pandangan firdaus lagi..

"Firdaus, kau buat apa kat sini? " tanya KB
" Err..aku.. aku kebetulan je lalu sini, tu yang terserempak dengan kau ni" huu..laju saja mulut aku menipu kan.. ish, rasa nak tampar-tampar je mulut aku ni.
" Owh... ok, duduklah.. "
Kb menyuruh aku duduk sambil tersenyum menyambut kedatangan aku, bila tengok dia tersenyum aku rasa lapang je dada ni...
" Kau macam mana? sihat tak?"
Kb terus gelak bila dengar soalan aku.. " mana ada orang sihat duduk hospital.."
Cis, aku malu sendiri lah.. apasallah aku tanya soalan bodoh macam tu!nampak sangat aku mengelabah gila. daus, tarik nafas.. control diri ok!

Aku kekok bila depan dia, aku tersengih macam kerang busuk je.. kaku beb! tak tau nak cakap apa.. tapi aku cuba jugak bersembang dengan dia.
" Bila boleh keluar hospital?" aku tanya dia
" doktor kata esok dah boleh keluar, lepas tu aku dapat cuti seminggu"
Aku hanya senyum mengangguk je sedangkan dalam hati aku kata.
" Ish, lama gila cuti.. tak payah cuti la kan bagus.."

Suasana jadi sunyi bila masing-masing lebih banyak diam, jadi aku pun mintak diri nak pulang memandangkan waktu melawat dah tamat. Sampai saja dirumah, aku rasa rindu sangat pulak kat dia..Huh, aku da jadi jiwang lah pulak kan..  Erm, aku rasa tergerak hati  pulak nak luahkan perasaan aku pada dia, tapi aku tak tahu macam mana nak bagitau. Takut pulak bila aku luahkan, dia reject aku nanti. Hish, terkoyak muka aku nak jumpa dia nanti, malu gila!  tapi kalau tak bagitau, sakit pulak hati aku ni bila pendam lama-lama.

Esoknya hari minggu, jadi aku pun pergi lagi hospital tu. Tak sabar nak berjumpa KB..lalala~
Bila sampai je hospital, KB tengah berkemas nak pulang, keluarga dia semua ada.. Peh, ni lah masa yang sesuai aku nak ambik hati parent dia, mana tau kot-kot dorang berkenan buat menantu kan..haahha.. ok, kenapa aku cepat perasan gila sekarang ni?

Selepas bersalam dengan semua ahli keluarga, aku pun berbual dengan ayah KB, rasanya petang ni aku banyak habiskan masa aku bersembang dengan keluarga dia berbanding dengan dia. Ala, aku bukan pandai pun nak bersembang dengan dia, jadi baik aku bersembang dengan family dia kan..
Akhirnya dia dah bersiap nak pulang, tapi sebelum dia balik, aku hulurkan sekeping surat... hahahaa..korang mesti tak sangka kan aku buat surat, surat ni aku tulis malam tadi.
Kb buat muka pelik bila dapat surat dari aku, kalau aku jadi dia pun aku mesti pelik punya.. tiba-tiba dapat surat kan.. (aku memang kuno)
" Baca bila dah sampai kat rumah ye" Lepas aku bagi surat tu, aku pun minta diri beransur pulang..

*Cerita bersambung dari sudut pandangan KB pulak*
Masa dalam kereta, aku perhatikan saja surat firdaus bagi ni.. Dia nampak pelik je sejak aku masuk hospital ni, dia ada buat salah kat aku ke? ish, tak baik prasangka buruk.. Bila nak sampai rumah ni? tak sabar dah ni nak baca.

Sampai je aku kat rumah, aku terus bukak surat tu..surat cinta ke? tapi takde bau bedak pun..
Assalamualaikum,
sorry lah sebab aku tulis surat ni, aku ada sesuatu nak bagitau kau. Sesuatu yang aku simpan tanpa aku sedar pun sampailah sekarng, jadi aku nak kau layan lagu ni dan paham-paham sendiri tau.. jangan tanya kat aku pulak, aku segan nak jawab.. hehehe...

kau ada internet kan, haa.. pergi search lagu tu ye.. aku tak tahu kau suka ke tak, tapi lagu tu sesuai untuk aku luahkan apa yang aku simpan..maaf kalau surat ini tak romantik, sebab pertama kali aku tulis ni..hehehe..tulis untuk kau je tau..
sekian dari aku.. firdaus
Aku terus online dan cari lagu ni, aku dengar dan lepas tu aku rasa nak menjerit! Serius..seharian aku tersenyum.. senyum..tak perlu kata apa-apa..

tamat ke? lalalala~

36 KOMEN BERKOTAK BULAT:

A's said...

eh, dah tamat ker nih?? ending hubungan tuh apa?? :)

K said...

dah habis ke?? keh3

Unknown said...

ko nak tamatkan cm ginie kew...cam x best je....
ala cmbong ar....kb cayuk2 cambung citer 2 campai abis k....
usaha lebih sikit.. :)

ainaa said...

hahaha. surat cinta kena ade bau bedak ke? kelakar. nie kisah benar ke nie KB? untunglaaaa~~ HAHA

K.Zhariff said...

ade yg ke 4 x? haha.

aamalinaazman said...

hayooooo
suweeet nye..
amu tapi mahuu!
kikiki

Unknown said...

wahh kb romantiknya hmm, guna kod tu dah kira sangat canggih,tapi kenapa guna surat? hmmm

Unknown said...

wah...
so sweeetttttt haha

kocix! said...

huyoo..jiwang karat jugak nih!
nak try lah men tulis2 surat!
mcm sweet je.haha

Anonymous said...

Wasehhh, nk smbungan! Percayalahhh, kte sgup baca dr first tau T^T

Hehehehehe ;D

SoLy SoLicious said...

dalam diam aku menyintaimu.. perghhh!!!...
dah tamat ke?? alahai~

Rean said...

perghh KB terbaik cerita ni..mcm dah tamat ke ade sambungan?hehe..

Anonymous said...

dalam diam aku menyintaimu? perghh jiwang giler firdaus.. haha!

FADZ said...

lah??tamat dah ker??so korang kapel lah?? alala..swetnyer..citer nih bes..lawak n bahasa yang bersahaja..cikin suka !!!

Wanie said...

hehehe..senyum lebar bace sampai bawah..:)))

jiwang habis la daus ni..haha..happy ending la ni ye..congrates..korang berdua..lalala

lme dah tak laayng lagu stings ni..

Cik tikah said...

firdaus? haha...

Unknown said...

huyoo...part lagu tu xleyh blah mmg jiwang meleleh...huhu..

p/s: sambung yg ke 4 la.heheh

tnZackJ said...

posto..posto..surat cinta dah sampai..

Unknown said...

habiiss sekarang bukan dgn dye lagi kan..not bad story, org byk pngalaman kan..huhu..aku neh biler la nk tmbh pglman, da 5 buln lbh neh~

BiNtaNg HaTi said...

pergghh!! lagu tu layan masa zaman sekolah dulu2..hahaha..alaaa KB takkan dah tamat..ada sambungan lagi kan kan kan...:)

Unknown said...

pergh lagu jiwang karat habs..hihi..kb try la buat novel..mesti best..sebab ayat kb simple tp mksud mendalam..hihi

Nasz said...

cweetnya..siap bagi surat2 dan link lagu lagi..memang advance la..tak terfikir plak camtu. ini kisah benar ek? kantoi sudah.

MOHD NASER.com

abglan said...

Takda perkataan "bersambung"...

Syuhada said...

de smbung agi x? ;D

Unknown said...

dah habis dah ke?...ada lagi ni...cerita still on-going...

Anak Wak Mail said...

waa..dapat surat chenta..^_^..kawen jangan lupa jemput okeh!

Unknown said...

cite betol ke KB..amboi...siap berbunga hati..dapat video youtube lagi..moden betul budak zaman skang bercinta kan..hahaha..

Acik said...

the end? tamat?
ada lagi .... ?

cikgu said...

blm tamat lg okey!hehe

Anne Syahira said...

sweet gler ar...

Zul De Alexis said...

alaaa...bestnya..jangan tamat lagi sambung lah lagi kak kb..

nashina rika said...

follow you :)

http://hellonashina.blogspot.com/

Alif Haris said...

eh mcm ade sambungan lgi je .. haha ..
amboooi dilamun cinta ni :D ehhe

BubuBobot said...

laa sambung ahh. haha

cik pip said...

wah menarik lh KB..blh buat novel ni..:)




kena buat sambungan..kalau xbuat gigit KB..haha :P

Anif Abdullah| AA said...

nice..hehe
takde sambungan ek...

Post a Comment