Best Tidur dalam kelas~

Assalamualaikum..

Aku tengah selsema lagi ni, tapi tetap degil nak menulis entri.. *masukkan tisu dalam hidung sambil menaip*


Masa tengah berehat petang tadi, aku tiba-tiba terkenang cikgu bahasa melayu yang mengajar aku waktu sekolah masa form 5 dulu. Agaknya cikgu ni tengah rindu kat aku kot,tu yang sampai aku teringat dia tu.. hahahha.. *perasan suda~*
Cikgu ni dikenali sebagai cikgu jaket. Kenapa cikgu jaket? sebab dia akan tetap pakai jaket dia tu walaupun tengah panas terik.

Aku teringat, masa dalam kelas dia dulu aku memang suka tidur.. tidur...tidur je.. Bila dia bukak mulut nak mengajar je, aku pun bukak mulut nak menguap. Aku dahlah duduk tempat tak strategik, duduk depan. Jadi bila aku tidur, memang dia nampak jelas. Tapi aku tetap tidur gak. Apa aku kisah kan~
Nikmat tidur dalam kelas lagi best dari tidur atas katil.. hahaha..

Satu hari tu, aku tertidur lagi, sampai tak sedar dia dah habis mengajar. Tiba-tiba dengar suara dia jerit panggil nama aku. Terpinga-pinga aku bangun, terus berdiri! Waktu tu budak kelas semua fokus kat aku je.

Terus dia tanya aku, "nazihan, awak faham tak apa yang saya ajar tadi?!"


Aku yang tengah mamai ni terus jawab. "Err...faham cikgu!"


lepas tu dia cakap kat semua budak..
 "Bagus, kalau nazihan boleh faham... maknanya korang semua mesti lagi faham kan! "
reaksi aku waktu tu...  *terkedu*


Dalam hati aku, 'hambik! kena sebijik kat muka aku, dia perli aku'
Budak kelas bantai gelak kaw-kaw punya.

Kesimpulannya, Aku memang suka tidur dalam kelas, tak tahan ngantuk dalam kelas.
Tak sangka, Cikgu tu pun masih ingat anak murid dia yang suka tidur ni walaupun dah bertahun..

*ihsan google*

Pesanan khidmat masyarakat : jangan tidur waktu cikgu mengajar ye. Minggu depan masuk sekolah balik! yeah!! *dapat lepak rumah dengan tenang*

11 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Unknown said...

tidur tidur tidur tidur tidur...zzzz......isk isk isk...macam aku je time kuliah...haha

kotak bulat said...

hahaha.. KB tido time sekolah mnengah je, pastu da tak tdo dlm kelas lg da..

kotak bulat said...

hahaha.. KB tido time sekolah mnengah je, pastu da tak tdo dlm kelas lg da..

Mr Labu said...

peh.. banyak hngus la jon... hahhahaha...

Srikandi Cinta said...

Hahaha itu le fenomena yg berlalu kt negara kita ni.. hangat lagi tu..lg2 yg dduk hostel, smpai tak boleh bukak mata tu kt dlm kelas huhuhu

kokser kokdam said...

musti meja kamoo banyak peta..

hahah

kotak bulat said...

@Sufri Dan Yasmin eleh..wei sufriah.. aku xmain la tido hingus meleleh~

kotak bulat said...

@Srikandi Cinta Kb duk hostel la..masa sentiasa penuh aktiviti..tu yg tetido time lam kelas..

kotak bulat said...

@kokser kokdam hahaha..mne ada la.. tido tutp mulut la.

AL AZRUL said...

jgn la tido dlm kelas...hehe...
ksian cikgu kat dpan tu...:-))

kotak bulat said...

hehehe..memg kecian kt cikgu tu..tp lg kesian kt mata ni :P

Post a Comment