Aku di nilai sebab rupa aku?

Assalamualaikum.. 


Aku suka bercerita tapi aku lagi suka korang baca cerita aku.. hihihi.. Satu lagi kisah yang aku ingin kongsikan..

Aku seorang yang pendiam dan lebih suka buat hal sendiri. Aku tak ramai kawan pun, aku cuma ada sorang je kawan, Zizah. Zizah ni jiran aku dan juga merangkap kawan aku sejak sekolah rendah lagi. Kat mana ada dia, mesti ada aku, tapi perangai dia dengan aku jauh beza sebab dia ni memang peramah, pandai, cantik pulak tu. Bila dah ada pakej lengkap macam ni, ramai lah yang suka berkawan dengan dia kan. Tapi aku takde pun jealous kat dia sebab dia kan kawan baik aku.

Aku jadi rapat dengan dia sebab kitaorang macam kembar.. suka benda yang sama, hobi yang sama..tapi masalahnya kitaorang suka lelaki yang sama! Nama budak tu Fami, dia ni memang buat semua perempuan kat sekolah ni cairlah! hensem gila! fami ni tak suka bercinta kat sekolah, memang aku suka sangat jenis yang  macam ni! *gatal plak aku ni*

Zizah dah lama cakap yang dia minat Fami ni, aku pun buat-buat macam aku takde perasaan jelah kat mamat tu.  Satu ari tu, agaknya memang rezeki kawan aku, dia dapat jawatan penolong pengerusi kelab permainan guli dan si fami ni pulak jadi pengerusi, jadi selalulah mereka berhubung dan berjumpa atas alasan urusan kelab guli. Aku mula-mula terasa cemburu jugaklah sebab aku betul-betul minat fami ni, siap aku potong gambar dia kat majalah sekolah tau, pastu letak kat diari. Bila dorang makin rapat, aku buat-buat tumpang happy dengan kegembiraan kawan aku tu sedangkan dalam hati rasa macam nak tikam-tikam je kawan aku tu.
Err..Ini imiginasi aku jelah~ aku takkan makan kawan punya..aku manyak baik punya olang maa...
Aku terus minat dia dalam diam, sampailah satu hari terkantoi masa Zizah datang lepak kat bilik aku, dia terjumpa diari aku! Peh! terus dia marah aku sebab dia kata aku tikam dari belakang. Waktu tu ada gak aku terpikir.."Err.. mana dia tau aku pernah imagine tikam dia?"

Marah betul dia malam tu, tapi aku cuba terangkan kat dia, dia yang taknak dengar.
" Aku tak pernah bagitahu fami pun pasal hal ni" jawab aku tersekat-sekat
" Tipu! Hei, sedarlah sikit diri kau tu sapa! kau ingat fami tu nak kat kau? dahlah muka tak lawa! ada hati pulak nak suka fami? cermin lah diri kau tu!" 
tersentap hati aku dengar sampai terkedu terus..
" Kau bukan lagi kawan aku! aku takde kawan hodoh macam kau yang tak tahu malu!" Marah dia lagi pastu terus balik ke rumah.

Sejak hari tu aku dah tak jumpa dia, lagi-lagi pulak dia dah berpindah rumah, 5 tahun dah berlalu.. sekolah aku dulu buat reunion, aku jumpa dia akhirnya.
"Zizah, ingat aku lagi tak?" Aku terus aje tegur dia.
" Eh, kau rupanya.. ingat aje, mana aku boleh lupa kat kau." hambar je suara dia. Hampeh betul! aku tegur elok-elok kan.
" kau datang sorang je ke? Husband mana?" aku still sabar..
" aku belum kahwin lagi, datang sorang je la..kau pulak?"
"aku dah kahwin dah.." aku terus panggil suami aku..
"Hah? Fami??! Kau kahwin dengan dia?" terjerit dia bila fami datang lepas aku panggil
"Jodoh pertemuan ajal maut ditangan Allah kan."

Tamat!

 lalala~ kesimpulan... jangan merendah-rendahkan orang lain walaupun kita punya kelebihan yang lebih dari dia.. Masa depan tak siapa yang tahu kan..

P/s : panjang lagi cerita aku ni kan..

37 KOMEN BERKOTAK BULAT:

myhatiku said...

finally yg dikatakan hodoh jugak kahwin dlu..Allah decides who you are meant to be with.

selendang merah said...

rupa paras bukan ukuran yg penting hati dan budi yang paling utama...

Budak Botak said...

He3, kelab guli pulak ye...

Entry terbaru -> Summer Solstice Di Muka Depan Google.com... (",)

GaRy™ said...

HAHAHA....padan muka zizah.. aq puas!!! (x der kena-mengena)

diana said...

lega la akak baca ending dia..
macm terlepas beban kat bahu ni rasa nya,..
tak suka betul orang dok kata kita hodoh la apa..
dulu masa sekolah ramai panggil akak itam ..
sekarang nak puji2 lawa la..
comel la..
menyampah tengok..!
awat entah entry kamu ni mengganggu emosi akak je....
hahahah

[sutera kasih] said...

betul tu..jgn rendah2kan rupa paras org huhu

Kak Sal said...

waa..best cerita nie..nanti cerita ya mcmana leh terkawen ngan fami tu k..

nini said...

sedihnya kawan cakap cam tuh....kalau hudoh ke, tak perlu la cakap..diam2 sudah....

Syuxer said...

hahah menarik citer neh..meh saya sambung..

mesti zizah akan ngorat fami whatever punya plan dan dia akan usahakan fami ceraikan awk heheh--skrip standard citer melayu hahahahah

anyway..memang betul jodoh pertemuan dan ajal maut ditangan Allah s.w.t

CiK QiQi said...

hahahhahahaha..best!!!!

yatie Awang said...

wahh...akhirnya...betulkan kalau dah jodoh tak kemana, siapa yg mampu menduga kehendak Tuhan...semoga sentiasa bahagia kakak ucapkan

Amiirah-Cassan said...

Serius best cerita ni kotak bulat !!! bravo ! true story ka ni ? kalau true story lagi aku tepuk2 tangan . hehehe suka ! suka ! geram nya baca kata2 c zizah tuh cakap kawan dia macam tu . orang suka je pon . nah, amik kau dah kawen ngn fami :) hihih tahniah ! hehehe

ArulchelseA said...

pk cik dulu xada cinta monyet..sbb monyet pun tk nk..pk cik tk hensem katanya...kih kih kih

Anonymous said...

hmm..is it true?
-dihan-

harrazdani said...

kisah benar ker nih KB....nice.....;)

p/s hodoh luaran tak semestinya dalaman pun hodoh....tp kalau luar hodoh dalaman pun hodoh...sendiri mau ingat....

EYFAalias said...

ceh. kawan apa macam tu. sebab lelaki sanggup duk maki si kawan baik. hmm. ni lah perempuan. baru lawa sikit dah belagak!

SoLy SoLicious said...

org tu patut cermin diri sendiri seblum suwuh awak cermin diri...haissshhh

kotak bulat said...

@Kak Sal insyaallah kak..nnti kb crita..
@ Syuxer hehhe..mmg cite melayu mcm tu, mne boleh tgk org len bhgia kan..

@ ArulchelseA hahaha..lau pegi tackle monyet memg la dia taknk..sb pkcik bukn taste dia..

@ harrazdani kisah bnr? kb lum kawin lg la..
@ EYFAalias kenyataannya, mmg ad yg sgup bergaduh sb laki kan

zarulfarhana said...

tringat dulu masa zmn sek..penah gak kna hina cm nie..mmg trasa gila..
tp muka ttp snyum gak..lam atie xda sapa pon thu..hhahah trasa nk nangis ja nie..tringat hbis owg yg penah mnghina diri ini..

kokser kokdam said...

eh?

crito ambo ko..?

eheh

niena shopping2u said...

hehehe.. tu la jgn kutuk2 org ni hodoh, hehe.. ni kisah betul ke?tpi best baca.. cian kt dak hodoh tu,mst dia da lawa skang,masa kecik biasa la cmomot :)

zie_ira said...

best citer ni,, btol2,,xbaek merendah2kn org,, ish2,,ending y sgt best,,^_^

kotak bulat said...

@zarulfarhana xmo la nangis.. biar org yg menghina kita tau kita blh berubah la.. kann...

@ kokser kokdam hahah..tak lah...cerita rekaan, suku sama yang lain rekaan.

@ niena shopping2u heheh.. org yang tak lawa pun blh jd lawa kan..

Raji and Yeen said...

hohooh tu lah jgn kutuk ciptaan Allah lagi kan dah dia malu sndri ;P
(ter emo lak baca hahaha)

izyan yasmin said...

Hahaha . Best :)

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ said...

jodoh kita ALLAH yang tentukan...xkira siapa kan? rupa kita tu pon ALLAH yang bagi..kalau kita kutuk, sama mcm kita perlekehkan kejadian ALLAH..

Lieyda said...

mesti zizah tu sentap kan. haha

sergeant keroro said...

rupa tak menjamin jodoh, tapi isi dalaman tu yang penting.

mungkki fami tu nampak si zizah tu tengking, terus clash. HAHA

P/S : KB dah kawen ke? lol

EiZaRaZiErYa said...

ahahahaaha..
▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄
best lah cite nie~ adakala zie ase nk nagis~ huhu...macam ade kait2 cikit dengan life sndri~ about kwn yang ade pakej~ tw begye n watsoever~ tapi xdelah smpai cmni citenye~ pape pon~ terbaek punye citer~ wink3 >_<

kotak bulat said...

@sergeant keroro ish...kb muda lg la.. mestilah belum kawin..

EiZaRaZiErYa : besar punya like ye.. kb xrabun la.. :P

Bui Idzra Ryn said...

bui baca sambil senyum2 ni..best2..hehe..padan muka zizah kan..

tp bui suka nk ingatkan diri sendiri dan semua lah..
'jgn sekali2 memandang rendah kat org dgn hanya memandang luaran..kdg2 kita tak tahu org yg kita pandang rendah tu sebenarnya lagi hebat dan bgs dari kita'..

Pyka Rahmat said...

kita semuanya sama, yang beza cuma amalan kita.

nurAMALLINA said...

Janji hati lawa. Kan? Kan?

lella lala walaa said...

suka2 citer nih .. lain kali,don't judge a book by it's cover, n also, don't judge me by others .. *eh ? ada kaitan ke? HEHEE*

apa pon, mmg xpatut judge org dgn muke .. 2 sume xpnting maa .. yg pnting hati .. peace yea KB ! :)

echaRierie said...

wahh..best baca cite ni..hampir tertipu pun ade kalau tak pkr status KB skrg ni..hahaha..

ernarafiqa said...

best nyer! nak jgak2!

Oh!Belog said...

tiada benda yang kekal di dunia ni.. kecantikan tu bleh hilang sekelip mata je jika itu kehendak-Nya.

Hanya Allah sahaja yang kekal..

Post a Comment