KOTAK cemburu dengan BULAT

Assalamualaikum.. 

sebelum pergi lebih jauh.. Jom tahu dulu maksud dengki dan cemburu..

Cemburu itu jika dipandang dari segi cinta bermaksud ketakutan pindahnya kasih sayang kepada orang lain. tapi cemburu yang aku maksudkan ialah perasaan sakit hati bila seseorang lebih berjaya dan lebih mendapat perhatian dari kita.
Dengki pula ialah satu penyakit hati yang merbahaya, melahirkan rasa sakit hati dalam dirinya apabila melihat orang lain mendapat kesenangan atau kemuliaan, maka berharap agar kesenangan atau kemuliaan itu hilang daripada orang lain.

Kisah bermula~

Kotak seorang blogger yang dah lama berada di dalam dunia blog, memang minatnya untuk blogging. semakin hari semakin ramai kawan yang dia jumpa. Kegairahan Kotak dengan dunia blognya telah menarik minat Bulat teman serumahnya untuk turut serta. Maka Kotak lah yang menjadi guru kepada bulat, diturunkan semua ilmunya tentang blog kepada bulat

Akhirnya Bulat punyai blog seperti Kotak, peringkat seterusnya Bulat belajar sendiri dari blogger-blogger yang lain untuk menghasilkan blog yang disukai pembaca. Diam tak diam, pada masa yang singkat sahaja blog Bulat mampu menarik follower dan pembaca yang jauh lebih ramai dari Kotak.
Kotak terasa cemburu melihat kejayaan Bulat sedangkan dia lebih lama dalam dunia blog ini, lebih memeritkan hati kotak, bila bulat berjaya berada dalam bloglist blogger kesukaan kotak!
Kotak sakit hati dengan Bulat, masakan Bulat boleh lebih maju dari dia, sedangkan dia yang membawa Bulat ke dunia blog ini! Tak adil bukan?

Hati yang cemburu dengan kejayaan Bulat bertukar menjadi perasaan hasad dengki! dia perlu jatuhkan Bulat!
Maka dia mengatur rancangan, dia akan sabotaj Bulat dan buruk-burukkan blog Bulat. Status Anonymous memudahkan kotak untuk menjatuhkan Bulat. Disetiap entri bulat, dia akan buat pembaca lari dari blog itu! memang itu tekadnya.

Sedang dia mengatur rancangan, bulat datang berjumpanya.

Bulat = " Wei, kita dah jarang sembang kan.."
kotak = "hurmmm"
Bulat = " aku dah lama nak cakap tapi asyik terlupa je, terima kasih ye sebab ajar aku blogging ni. Aku memang minat menulis sejak kecik lagi tau. Sebagai tanda penghargaan aku, aku letak kau kat bloglist special SIFUKU. Blog kau sorang je yang aku letak kat situ tau."
Kotak = "haa?" *terkedu*
bulat = eh ko ni.. macam berat mulut je nak cakap. aku nak keluar jap tau.

Bulat keluar meninggalkan kotak yang masih terkesima sendirian. Kotak tinggal bersendirian di rumah kini, matanya terus menangkap laptop bulat di depannya. Laptop itu tidak ditutup dan bulat juga tak menutup blognya! Saat itulah hatinya berkata.
"Nah, peluang dah ada di depan mata! apa lagi yang kau tunggu? delete saja blog tu, biar padan muka dia! Memang ini yang di tunggu pun kan."
"tapi nanti dia tahu lah aku yang padam blog dia!" fikirannya berlawan dengan hati.

" Kau cakap saja tiba-tiba latop dia terpadam sendiri, hempas sikit laptop dia biar rosak! lagi senang, cakap saja kau terlanggar. Dia kan baik, pasti dia takkan marah kau!"
Kotak tersenyum mendengar kata hatinya, pantas saja dicapai laptop bulat dan sedia untuk menghempas tapi tiba-tiba imannya berbisik..

" kemana ingin kau buang aku sehingga kau sanggup menganiaya kawan baik kau sendiri! Kawal perasaan kau kotak! Ini bukan caranya untuk merawat hati kau yang sakit tu."
Kotak terduduk lalu beristigfar.. apa yang dia cuba lakukan..masakan hanya kerana blog, dia sanggup menganiaya kawan baiknya. Mulai hari itu, kotak minta pendapat bulat untuk meningkatkan prestasi blognya..Dia juga tak malu untuk bertanya dengan blogger lain.. akhirnya, dia seiring dengan bulat.

kesimpulan, jadikan perasaan cemburu kita sebagai pembakar semangat untuk lebih maju bukanlah untuk jatuhkan orang lain.

23 KOMEN BERKOTAK BULAT:

suha said...

ok,KB dlm senarai menunggu (^_^)

ArulchelseA said...

pndai kotak bermotivasi..bgus2..info yg brguna..tq

Freaky said...

adakah ini cerita benar ?

Noh Kodiang said...

hahahhaha....ni mesti ada baca something kan...hahahahahaa

bungaitucantik said...

yer~ aku lah kotak itu! tp aku x seburuk itu..haha..kannnn...~~ =.=

sergeant keroro said...

nice KB, cerita yang bagus!

:)

dulu ada jugak perasaan camtu XD

kotak bulat said...

@Noh Kodiang baca something? xde baca pape pun

kotak bulat said...

@bungaitucantik hahaha.. sengal lah kau.. ko sumber inspirasi aku.. tapi! ko bukan mcm dlm crita aku ni la.. jgn terasa lak tau

nini said...

nasib baik..iman sempat menyelamatkan diri kotak...=D

mazeermohamad said...

hehehe! peliknyer~~ Benda-benda Terbesar Di Dunia!!

Bui Idzra Ryn said...

wah..teruja baca cerita ni..rekaan semata2 ker or realiti dik..?

EiZaRaZiErYa said...

wah~ menarik nye~ pndai KB karang citer~ ni rekaan ke...realiti nye..?? zie kagum btl lah... wink3 >_<

kotak bulat said...

@Bui Idzra Ryn suku kenyataan, yg lain rekaan..hehhe

padin said...

emm ada beberapa perkara yang kita kena tengok sejauh mana kita perlu cemburu dan berdengki..

kokser kokdam said...

haaa.. bagus2.. n jangan kedekut utk tulon org len.. mcm kamoo tulon ambo.. hehe..

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

cara cmni la bgsu..tlg mnolong..jgn ader cemburu2 ni..
xelok!

Aimi dan Pakcik Hashim said...

wah. sebab blog pun blh saiko mcm tu ya

EiZaRaZiErYa said...

ahahah...suku nyata...laen reka~??
menarik~ cikgu kasi a+++++++ (xt'kire plusnye) hehehe.. wink3 >_<

hana sudradjat said...

CERITA MENARIK! :)

diana said...

cumburu sebab sayang berbeza dengan cenburu sebab dengki..kena tau beza tu..kan??selalunya kita boleh nampak beza tu..

kotak bulat said...

diana : betul..memang berbeza pun.. tpi yg sama..dua2 wat ati sakit

Syuxer said...

kata2 semangat untuk upkan semangat berblogging..:)..tq..

GaRy™ said...

hihihi... nama kotak & bulat tuh buat gary pening...hahaha...

anyway, dah 600 follower??... tahniah..

Post a Comment