Segmen : Aku Seorang Blogger

Assalamualaikum! selamat malam..
Korang dah makan? aku baru lepas makan masa menaip entri ni jadi banyak idea tak sabar-sabar nak keluar.
Aku dah jumpa segmen ni semalam.. Dia pun baik sebab join segmen aku.. jadi aku pun nak support dia..
1.  List pada entri korang 5 SEBAB kenapa aku jadi blogger..
2.  Letak banner kt atas tu pada entri korang dan jangan lupa link ke blog ni sekali..
3.  Aku tak kisah kalau korang nak jadi follower aku ke tak.. takde paksaan..
4.  TAG 3 orang kawan join sekali segmen ni..

5.  Tinggalkan URL/LINK yang telah korang buat tu kt bahagian comment bawah ni..


Aku ada tinggalkan komen kat tuan blog ni.. aku cakap.. 
"5? banyak tu.. nak pikir 1 pun tak dapat..hehee"
dia balas, dia kata.. "5 je, nasib baik tak seratus..hehe"

jadi aku nak nyatakan 5 sebab kenapa aku jadi blogger..

1. Aku minat menulis.
Aku masa form 2 dulu pernah buat novel. tak percaya? hahaha.. novel untuk pertandingan dalam surat khabar apa ntah..da tak ingat. Tapi aku tak menang sebab yang menang tu memang kerjanya menulis novel. Aku bagi kawan-kawan aku baca je novel tu, dorang cakap best. Bila aku da form5, still ada yang nak baca dan kebanyakannya tak percaya aku yang tulis. Novel tu berpindah dari tangan ke tangan, ada tangan yang aku tak kenal pun. Sampailah aku pun tak sedar sapa yang ambik novel tu.. nak meraung rasanya bila buku tu hilang! tu je lah salinan yang aku ada.. peh..sedih bila teringat balik..

2. Pengaruh kawan
Aku terpengaruh dengan kawan serumah aku, bungaitucantik. Dia start ada blog dulu, lama-lama aku tengok macam seronok pulak dia ni blogging. Aku pun buat blog bila dah start cuti sem, aku asyik mesej dia je tanya macam mana nak buat blog, macam mana nak letak shoutbox..bla..bla.... *nampak sangat lembap aku ni*

3. Aku  sunyi
Bila dah cuti ni aku rasa sunyi sangat duduk rumah sorang-sorang je.. FB pulak dah makin membosankan.. jadi blog ni yang terbaik..sebab aku boleh bercerita dan merapu.. dan korang boleh berkongsi cerita dengan aku kan.. jadi aku dah tak sunyi dah bila ada blog..

4. Boleh komen kat blog orang
Haa.. sebelum aku ada blog, aku memang dah suka blogwalking ni..aku suka baca blog.. tapi yang tak bestnya aku tak dapat tinggalkan komen, kalau aku tinggalkan pun macam sia-sia je.. Jadi bila dah ada blog, aku boleh tinggalkan komen sebanyak mana yang aku nak..kih kih kih

5. Aku nak tambah kawan
kawan biar beribu kan.. bila aku ada blog, aku dapat tambah kawan.. dapat tukar-tukar pendapat.. memang best lah sebenarnya dan juga dapat kepuasan bila kawan-kawan komen apa yang kita ceritakan.

6. Gila menaip
6? Aku memang suka menaip ni.. Buktinya.. punyalah panjang aku tulis untuk segmen kau.. dah macam buat entri aku sendiri pulak dah ni..  jangan marah tau..

Tamat!

Kena tag orang ya syafiq.. emm.. rugi kalau tag 3 je tau.. sebab nanti orang yang tak ditag merajuk.. hahahha... *suka ati aku je*
jadi izinkan aku tag semua pembaca entri ni... aku tag korang semua! Jom join! menarik segmen ni...
 Tarikh tutup pada 30Jun2011

p/s : Tuan segmen, nanti kau bisik-bisik dengan aku ye.. ada harapan tak aku? lambat lah nak tunggu 30jun2011 *bisik kat telinga*

14 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Aisyah Aina said...

sebab musabab yang sama jugak...hehe :D

Muhamad Syafiq said...

hah ! thanks sudi join segmen pertamaku.. stay update je la ye mana tau kamu salah seorang pemenangnya.. hehe :D

p/s : 1.ramai tag nampak.. thumbs up !..
2. mcm ade harapan je.. kot ?.. hehe :D

EiZaRaZiErYa said...

ehhehehe..interestinglah~
giat.usaha.maju~ moto sek dlu..ahaks...

wink3 >_<

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

@EiZaRaZiErYa

haah..mcm moto sek aje..heheh..

EiZaRaZiErYa said...

memang moto sekolah pon KB~ ehehe...
tbe2 je...ahaha...

wink3 >_<

kotak bulat said...

@EiZaRaZiErYa hhaha.. ingat lg ek moto sekolah..kb da xingat dah moto sume tu..hahaha

kotak bulat said...

@Muhamad Syafiq macam ada harapan je..kot...
err...xmo la ad kot..hahahha

♥ Che NamNam ♥ said...

gud luck dik...reason dah mantap sangat dah tuhh..InsyaAllah.

cIk PikA said...

hehe.. dri segmen yg sme.. :) dtg mnjengah.. :)

A M E ! said...

hey there . ;)

ame singgah dari Blog Muhamad Syafiq . good luck ya and happy blogging . jemput singgah blog ame ya .

ohh , have a nice day ahead ya ! :D

A N E F F said...

singgah sini dari blog M.S segmen Aku Seorang Blogger :)

A M E ! said...

hello !

ame singgah lagi dari blog Muhammad Syafiq . tahniah ya kamu tersenarai juga dalam top 20 Segmen Aku Seorang Blogger . good luck ya !

have a great day ahead . :D

Aku DaN SeSuAtU said...

tahniah..kita tersenarai top 20

kertas80gsm said...

Hyee ! Tahniah Kotak Bulat tersenarai top ten dalam SEGMEN Aku Seorang Blogger. Semoga sukses selalu :)

jangan lupe melawat ke kertas80gsm juga ya :)

Post a Comment