Artis nak bergambar dengan aku di Karnival Expo

Assalamualaikum..


Hari minggu ni,  dari tengok cerita hindustan, aku pilih untuk menghadap blog ni. Bukan apa, cerita hindustan hari ni tak menarik minat aku lah.


Aku sebenarnya nak cerita tentang malam semalam, Aku dengan kawan aku, Hazimah melepak bersama sebab kitorang memang dah lama tak jumpa sedangkan duduk satu taman ni.
Masa kitorang nak balik dari kegiatan berfaedah ni, baru kitorang perasan terang semacam je kat dataran keris. Korang tau dataran keris kat mana? Kat Alor gajah, Melaka. Tak tau jugak? cari kat google ye.. hehehe.. 


Kitaorang singgahlah sebab nak tengok apa yang menarik kat situ. Suasana agak hambar, mungkin sebab ramai yang tak tahu lagi tentang karnival ni. Aku pun menemu bual penjual kat situ. *konon wartawan*
Rupanya kat situ ada Karnival Ria Alor Gajah Sempena Pesta Sungai Melaka 2011. Event ni start dari (1-12 Jun)
 Kalau korang duduk melaka, jom la datang..boleh jumpa aku kat sini~ (bajet ada yang nak jumpa aku)


macam-macam ada.. orang je yang tak ramai ada.. hahahha..

Ha! sebenarnya bukan ini yang aku nak cerita..Aku nak cerita, aku dengan kawan aku pergi ke satu booth karikatur. Murah je kalau nak kartunkan muka korang. Rm10 kalau nak hitam putih, Rm20 pulak kalau nak warna.
Member aku suruh orang tu lukiskan gambar khawin parent dia, aku tengok lah dia melukis,
Peh! tak guna pemadam pun..terus lakar pastu warnakan..
" Kau ni melukis ke menconteng?!" *tanya dalam hati je*
Orang ada bakat kan, pegang berus je, terus jadi cantik lukisan. Sambil-sambil lukis tu, orang tu tanya pasal raja lawak 3. Aku mana tengok, astro pun aku takde kat rumah. Yang aku kenal pun, juaranya je.
Aku pelik, kenapa tiba-tiba je tanya pasal raja lawak, rupanya ada pelukis kat situ bekas raja lawak!
Aku tengok lukisan artis raja lawak ni.. boleh tahan cantik!
Bila tengok orangnya, aku tak kenal pun~.Bila si artis ni datang ke situ, Kawan si pelukis ni kata aku peminatnya, aku plak ngah blurr time tu, aku senyum aje la..
"kenal pun tak, macam mana nak jadi peminat pulak?" *cakap dalam hati lagi*
 Waduh, parah! Bila Si artis ni datang kat kitorang, aku sembang-sembang dengan dia.. lepas tu aku suruh dia buat lawak sikit, aku nak tengok. *beranikan aku.. hahah*
Dia pun start wat lawak~ pasal gajah kot.. tapi aku tak dengar sangat sebab situ bising.
aku tak gelak pun, tapi pastu aku gelak jugak dengan agak sumbang~
aku gelak sebab aku tak paham lawak dia..ahahhaha.. *jahat lah ko!!*


Sampai rumah baru aku tengok kat youtube. "Oo, terkeluar awal..patutlah aku tak kenal~"

Ni dia masa dalam raja lawak dulu. Sekarang dah berjambang, memang lagi-lagilah aku tak kenal. 

Disebabkan dia ingat aku peminatnya dan ingat aku nak bergambar dengan dia, aku bergambar jugaklah dengan dia. 
Kesimpulannya, betullah dia yang nak bergambar dengan aku kan.. lalala~~ *mood=perasan*
Apa-apa pun bro, lu memang berbakat la dalam karikatur ni. Terbaik! 

Peringatan: untuk melakukan kegiatan melepak yang berfaedah, sila dapatkan izin ibu bapa bagi kanak-kanak berusia 25 tahun kebawah~


p/s: FT Island terbaik! cairnya~


11 KOMEN BERKOTAK BULAT:

Srikandi Cinta said...

HAI.. org melaka la kte nie ye.. huhu, tak jauh, ni kt masjid tanah je nie.. singgah n follow sini :) nice entri n blog :)

kotak bulat said...

hehehe.. jomlah dtg alor gajah..

miss.Addin said...

bestt nya ! lama tak gi Melaka HUHU

kotak bulat said...

miss.Addin: hehe.. best2.. :)

sufri said...

wah.. ngan abg syem... hahahahahahahahahaahhaahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahah....

kotak bulat said...

sufri : hahaha...punyalah pnjg ko gelak.. jeles ke pe? :P

abe long said...

sy dok dekat je ngn melaka. tp pulau melaka je.
dekatke?

kotak bulat said...

abe long: abe long wajib dtg melaka gak jumpa ngn KB :P

bungaitucantik said...

0oo..mamat neh~ aku kenal dye, klo ikutkan aku pun xkenal~ tp dye mmg pndai wat karikatur~

kotak bulat said...

bungaitucantik : ko knl ke tak kenl? hahahha...

kokser kokdam said...

uhukk.. ambo pon xknal.. haha

Post a Comment