5 Kesilapan besar yang dilakukan bila bergaduh

Assalamualaikum..

Sebelum mula baca.. jom join bloglist VIP aku..

Dalam setiap sesuatu perhubungan, pasti terdapat pasang surutnya terutama hubungan cinta. Kadang-kadang, punca pergaduhan tu kecik je. Bergaduh pasal semut. tapi melarat sampai berpisah.

boy : sayang, semut ni jantan tau..
girl  : eh, semut ni betina lah,
boy : jantan lah!
girl  : betina!
Bergaduh dan kemudian berpisah.

 Jom tengok kesilapan yang korang patut elakkan semasa berlakunya pergaduhan atau salah faham. Semua yang dinyatakan adalah dari pengalaman dan pemerhatian saya. tiada kena mengena dengan maklumat dari sumber lain. *skema sungguh ayat*


1. Tinggikan suara.

Bila dalam keadaan marah, suara yang keluar selalunya tinggi.. Lebih tinggi dari si dia bagi menunjukkan kita yang betul, dia yang salah! Tapi jangan lupa, si dia juga akan meninggikan suara untuk lawan suara kita. Akibatnya, korang akan hilang suara.. hahaha..
Kawal nada suara tu semasa bergaduh.


2. Memaki 

Biasanya, lelaki akan lebih mudah memaki pasangannya apabila terasa egonya tercabar. Bila si awek tak nak mengalah dalam pergaduhan, lelaki akan jadi makin baran dan terkeluarlah ayat-ayat yang menyentap hati pasangan. Selalunya lelaki tak perasan pun dia dah memaki.. hehe..
Jadi, jangan memaki sebab kata-kata lagi bisa dan susah untuk dilupakan.


3. Menggunakan bahasa kasar.

Masa berkasih-sayang, bahasa lembut yang amat. 
"mama, mama rindu kat papa tak? " *ok, sila muntah*
tapi bila dah gaduh,  "lu dah kenapa? guwa mana ada tipu lu la s***!" 
Peh, terus dah tukar dari papa jadi guwa. Elakkan ya benda ni, sebab macam tambah minyak dalam api. Patutnya macam ni. "syg dah kenapa? abg mana ada tipu syg la!"
haa..tengok perbezaannya.. Lembut hati pasangan tu nanti.

4. Terus bertekak sehingga ada pemenangnya.

Bila korang dah mula bertekak dan keadaan jadi makin parah, salah seorang perlu berhenti. Kalau masing-masing nak menang, pergaduhan tu takkan berhenti, tapi jadi makin teruk. Berhenti sekejap dari bertekak dan pergi buat benda lain dulu. Bila dua-dua dah bertenang. Selesaikan masalah tu. cubalah, pasti berbeza hasilnya.

5. Minta berpisah.

" Dah lah, aku malas nak bergaduh dengan kau. Kita putus aje!"
Ini memang selalu terjadi, biasanya si awek yang akan luahkan dengan harapan si lelaki akan pujuk. Tapi, lelaki pun dalam keadaan marah, logik ke si lelaki akan pujuk?
sebaliknya dia akan kata. 
" Nak putus? Blah lah kau, aku pun tak hingin kat kau!"
Sepatutnya,tanamkan dalam diri tu, jangan sesekali sebut perkataan putus tu bila gaduh, nanti korang jugak yang menyesal.


Kesimpulan, sesiapa yang tak mampu  menjaga dan mengawal marahnya sendiri, tak kan mampu untuk menjaga hati orang lain.


p/s:  abg ben buat segmen 'KENAPA AKU PATUT LETAK BLOG ANDA DALAM BLOG LIST DI BLOG INI?' Korang mesti dah join kan, aku tak join.. sebab rasa belum layak lagi nak join.. hahaha..

28 KOMEN BERKOTAK BULAT:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

wah2..mmg gaduh nie..

p/s: amikla kucing tu..aik..anak2 dia ada..heheh..

kotak bulat said...

blh poskan tak kucing tu.. heheh :P

EYFAalias said...

hahhahaa. tinggikan suara tu sndart lah. dh kata gaduh, ada ke org gaduh lembut2. ehehhee. tp mmg patut di elakkan sbb boleh buat gaduh tu jd lagi besar. hehee

Aisyah Aina said...

apa kejadah bergaduh pasal semut...haha....

p/s: bergaduh amalan mulia XD

Amira Chan said...

HAHAHAHA.. emmm, lepas buat tu msti rasa nyesal.. huhu

Freaky said...

kalau suara x tinggi maknanya tak gado tu. huhu

kotak bulat said...

@EYFAalias memang la adat bila gaduh.. tp lau dua2 suara makin tinggi..tu yg jd serak suaranya.. hahhaa

kotak bulat said...

@Aisyah Aina hahaha..tu contoh.. memg biasa gaduh pasl benda kecik je..

kotak bulat said...

@Amira Chan tol2.. xmo gaduh pastu mnyesal tau

Khairil said...

selalu bergaduh tapi bisik2 sahaja...hehe

Syuxer said...

aaa...bergaduh stail gini hancur lebur alamatnya perhubungan yang dibina heheh..padam muka la sapa tak rendahkan ego heheh

kotak bulat said...

@Khairil heheh..gaduh kena maintain suara rendah.. :P

kotak bulat said...

@Syuxer sia-sia je lau pasl bnda kecik leh berpisah sb ego.

blackroses said...

ermmm...penah juga gaduh..bermaafan tapi tak bolehlah nak kawan macam dulu

kotak bulat said...

@blackroses bila da bergaduh teruk..memg susah la nak kembali mcm dlu,,sb tu la kena kwl marh tu.

Qaseh Qhaleef said...

eyaah ! eyaah! *hempuk kucing tu..heheh

btul2 cik kotak...bile gaduh...macam2 terserlah...
Qaseh selalu dpt boyfie yg panas baran...sala ckit je dh melenting...kalah Qaseh...
konklusinye,,sama2 la kene jage hati sama2...hehehee

kotak bulat said...

Qaseh Qhaleef: betul..dpt bf yg jenis baran je..asyik kita je la yg mkn hati..

bungaitucantik said...

haha..bule la klo nk ikut tips ko neh..tp ukan tok aku lar, i'm single meyh~

lini hasnan said...

ala, kamu lambat post la topik ni. kita dah clash dah pom, kalo tak mungkin boleh praktikkan. hihi. Mungkin jodoh tak panjang an. sob sob sob

kotak bulat said...

@lini hasnan eh..xpe.. lepas ni bila bercinta lagi.. boleh praktikkan.. :)

kokser kokdam said...

satu je kene.. tinggi suare.. xley nk elak.. sbb sore ambo mmg tinggi.. huhuhu

kotak bulat said...

@kokser kokdam hehehe.. lau suara da memg tinggi, tak pat nak buat ape la.. :P

miss.Addin said...

memang susah la nak berbaik kalau gaduh macam ni .

kotak bulat said...

miss.Addin: betul..kalau berbaik pun..msti xsame mcm dulu..sb tu kena kawal mrh tu

She's Gee said...

hahaha.. memang ade benarnya.. :)

mira nasiruddin said...

mira stuju sgt2 entri ni sbb slalu jd... hue~
tq info

kotak bulat said...

@She's Gee ambil dari pengalamn

kotak bulat said...

emm..memg selalu mcm ni pun.. tengok sekeliling..semua mcm ni

Post a Comment