Kotak Bulat bercerita tentang itu

Assalamualaikum...

Ada satu kisah yang aku nak kongsikan.. jom dengar aku bercerita..
Pada suatu hari yang suam-suam kuku panasnya, waktu itu lelaki tengah nak menuju ke masjid untuk solat jumaat. Aku nak keluar dari persimpangan jalan yang berbukit untuk balik ke rumah. Lepas tengok ke kiri dan kekanan, aku pun pecut motor skuter ego aku keluar dari simpang jalan tu. Baru je aku keluar dari simpang tu, aku perasan ada sebuah teksi sedang menghala kat arah aku!
"damn! bila pulak ada kereta ni! " sempat lagi aku cakap dalam hati tau.

Bila teksi tu dah makin dekat dan sedia nak langgar aku.. aku pun pecutkan lagi motor bagi elak dari dilanggar *macam tengah merempit*. Malangnya usaha aku sia-sia je sebab teksi tu menuju ke arah aku!
"Gila apa dia ni?!" aku cakap dalam hati. mana tak nya aku cakap dia gila.. brek lah! tak pun pusingkan stereng tu ke arah lain.. ni ada ke patut menghala ke arah aku.
Dalam sekelip mata, aku terasa kena langgar. Terasa pergerakan aku waktu tu macam dalam cerita matrik! serius! lambat gila jatuh ke tanah. Masa tengah di awangan tu, aku sempat pikir..
"aku kena langgar ke?  mesti kena pergi hospital."


Aku dengar suasana riuh, semua datang kat aku. Macam-macam ragam, ada yang tengok lepas tu bisik-bisik dengan orang sebelah, ada pulak yang mencangkung sebelah aku dengan mulut tak berhenti-henti membebel sebab tak tahu nak buat apa dengan aku yang dah terbaring ni.
Waktu tu aku tak pedulikan langsung dorang, tak terasa sakit pun..cuma berpinar je kepala ni rasa. Tiba-tiba aku teringat handphone aku, aku pun jerit minta handphone sebab suasana sangat bising.
"mana handphone??!" dorang pun cari kan handphone aku tapi tak jumpa. Cis! ada jugak yang nak rembat handphone aku time-time macam ni! ada jugak yang baik, suruh aku pegang dompet aku sebab takut orang lain rembat jugak. Tapi yang paling aku nak tahu, siapa orang yang suruh aku pegang mangga pintu rumah aku? Ada ke patut aku yang tengah sakit ni, disuruhnya jaga mangga pintu tu..bukan benda penting pun..Lepas tu aku teringat motor aku.. mati aku kalau motor tu rosak teruk, aku suruh orang beralih sebab aku nak tengok motor aku.*aku tak tau kenapa banyak pikir lak time macam ni*


Lebih kurang 10 minit kat situ, aku terasa nak bangun sebab malu lah ramai tengok aku.. Aku cuba bangun tapi macam tak berdaya. Akhirnya ada jugak yang nak hantar aku ke hospital, dorang pakat ramai-ramai nak angkat aku. orang mula pegang kaki aku dan sedia nak angkat, aku terasa tulang kaki aku macam terpisah! Secara automatiknya aku pun jerit kuat-kuat.. "jangan angkat aku! panggil ambulan je!" memang syahdu time tu, aku guna semua tenaga aku untuk marah dorang, aku tolak tangan dorang bila dorang cuba angkat aku. Tapi dorang buat bodoh je, macam langsung tak dengar apa yang aku cakap!

sorang pegang kepala, dua orang pegang betis dan dua orang angkat kat pinggang. Bila dorang angkat je aku, aku rasa tulang peha aku makin menjarak.. aku tahu ada sesuatu tak kena dengan peha aku sebab terasa sesuatu mencocok daging.
Tak cukup dengan tu, aku di masukkan ke dalam Pajero yang dah sememangnya tinggi. Aku mengesot sendiri masuk ke dalam kereta tu dan aku sempat cakap kat dorang yang tolong aku tu..
"jangan tolak! jangan tolak lahhh!"
Sekali lagi dorang abaikan aku! Cis! dorang tolak kaki aku yang patah tu kedalam kereta..terasa tulang kaki aku bergesel.. Aku tahan je, tak menangis pun sebab aku tahu..aku kan kuat! Aku berharap sangat kan bagus kalau aku pengsan, takde lah kena tanggung sakit ni. Pemandu kereta tu macam tahu je apa aku pikir, dia suruh aku banyak-banyak bersabar. Sampai kat hospital, satu lagi azab datang.. aku kena turun dari kereta tu! Waktu nak turun ni, aku dah terasa sakit yang amat, lama jugak baru aku dapat turun dan kemudian aku dihantar ke Hospital Besar Melaka.Memang best naik ambulans ni..try la...

Doktor kata tulang peha aku patah agak hancur dan tulang tu teralih *aku dah agak dah*.. Ada jugak berlaku pendarahan dalaman yang menyebabkan darah beku di saluran paru-paru. Aku lepak kat hospital 18 hari.. Paling tak best, suara aku hilang 3bulan! *mesti sebab aku terjerit-jerit tu*

p/s : Biar aku jawap sebelum korang tanya.. kisah adalah 100% benar yang terjadi pada aku dan tiada sebarang penambahan... sekian... jom lawat blogger kreatif kat sini


Panjang gilaa...mesti takde yang nak baca.. 

30 KOMEN BERKOTAK BULAT:

nini said...

takutnya....erm....
skarang camana da?

Anonymous said...

adehh tulang patah. mesti sakit sgt2.

syuxer said...

fuhhh ada gak orang dok curi hendphone time orang eksiden..sadis betul..hahha pegang mangga pintu plak..

eh tak saman ke pakcik teksi tuh??mabuk kot dia takpun tertido..huhu..sekarang paha dah ok??ada pe2 efek?

apapun..hati2 tunggang motor lepas neh..:)

p.shbr said...

banyak2 la berehat...:)

RHI said...

dah abis pun baca...nasib baik ada p/s kat bawah tu, kakak ingatkan mimpi je...tapi yang angkat tu sampai 5 org, wahhh...tentu berat masa tu...haha...

kakak harap sekarang dah pulih sepenuhnya ye?

Unknown said...

perghhh. rempitnya. huhuhu. habis tahu xsiapa yang langgar? pakcik teksi tu ke? ini kisah time bila?

perghh. banyak pulak tanya. hahahhaa. eyfa xpernah excident teruk. selalu luka2 sikit je. bak kata KB "aku tau aku kuat!" ahahhaa

Liyana Zahim said...

Sy bce smpai abis Hahahaha.. Smpt lg berpkir.. Hebat2! Kakakak~

Nurulhuda Zaharni said...

awak, kite nak exchange banner leh..

http://nurulhudazaharni.blogspot.com/

Unknown said...

wah..pengalaman kemalangan awak yang teruk dan tragik itu disampaikan dalam bentuk santai dan kelakar...haha suka baca ni...nasib baik awak masih selamat yer KB...:)syukur...
lain kali tu naik motor berhati2 selalu...kalau ada kereta yg nak melanggar tu terus elakkan mcm dlm filem matrix tu...

Unknown said...

bui baca taww..terjadi dekat KB ker..?

arituarini said...

ish ish..kesiannye..mk cik ingt kisah silam ke?

Gary Asip said...

uih....sumpah gary baca sampai habis... bila benda ni jadi?...

kotak bulat said...

@ninisekarang da ok da.. :)
@ meLLy! memang sakit pun...
@ Syuxer pakcik tu da tua..da 70an tapi bawk teksi lg..

@ yatie Awang hhee,,dorang kne angkat ramai2..sebb sy xduduk diam.. sy tolak dorang suh letak sy :P

kotak bulat said...

@EYFAalias tau..tp xpnh jumpa dy

@ Khairil haha...gaya matrix tu kadag2 bru ad..nk ngelak gaya matrix tu sush kit.. :P

@ ArulchelseA yela..teringt kisah lame..xde la lme pun
GaRy™ : jadi dua thun lepas

zarul farhana said...

dh ada sora ka skrg
tp xthn nk trgelak suwuh pegang mangga tue..hhhahhahahh

Unknown said...

memang menarik cerita awak ni...saya mai baca dua kali dah...

Yaya Azura said...

nape sampai boleh hilang suara .. teruk jugak accident nie..sekarang macam mana? dah ok dah ?

kotak bulat said...

YAYA AZURA :tak tau lah kenapa boleh ilang suara lme sgt..

K said...

yeke?? dashyat tol. taxi tu pon tak reti nak brek ke. adoii..

alhamdulillah tak jadi pape yang teruk.

tapi patah tu, sakit. erkk

kak tie said...

panjangnyaaaaa......citer....:)

Anonymous said...

ngaaaaaaaaaaa? betul ke ni???

Xx said...

ui kotak bulat, baru saya mo tny ni tipu ka pa, nasib ada PS dia. kesian nya. uhuhuu saya belum pernah kena tahan d wad uh, huhu syukur alhamdulillah.

Korang BACA ni, DOTA vs Awek

Anonymous said...

bila jadi ni?

EiZaRaZiErYa said...

▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄ entry ni~ tapi xlike ape yang jadi 2~ ermm..KB dah fully ok ke skg ni..?? lame dah ke..?? KB xtrauma ke..?? fobia ke tgok kete~ jalan~ or takot nk bwk mot0 ag~ (hamboii~ bnyk lah tnye~ huhu.. =.='' )

Unknown said...

wah suspen gila..harap org tu okeh la ye..huhu

kotak bulat said...

EiZaRaZiErYa : xde trauma pun..biasa je..angap bnda ni pengalaman je

Unknown said...

cerita pasal neh ye kak~ nak wat cmne da takdir, seb baik mase aku xcndent x trok..klo x kne konvo ngn ko ckali..huhu..

p/s : ramai nak bace, folower pon da 700!!

kotak bulat said...

@bungaitucantik hahah..ak da suh ko konvo ngn aku,ko taknk.. kene la ak pegi tgk ko time convo t

kokser kokdam said...

weh, btol ke neh..? skrang ni cmne?

kotak bulat said...

@kokser kokdam betul punya ni..sekarg da ok.. :)

Post a Comment