Kisah SI Kotak dan Si Bulat



Assalamualaikum...

hari ni nampaknya ramai yang buat Funny Friday.. disebabkan aku tak pandai buat, jadi hari ni aku nak cerita pendek je.. *sejak kebelakangan ni entri aku panjang berjela kan*


Kotak dan bulat dah lama bercinta.. sejak 5 tahun yang lalu.. tapi akhirnya mereka berpisah kerana bulat tak tahan dengan perangai Kotak yang suka marah-marah. Kotak berdendam dengan bulat sebab bulat tinggalkan kotak, lalu dia pun menyebarkan fitnah kepada kawan-kawan nya tentang bulat.

Kotak : Wei Syuxer (kawan kotak), kau nak tahu tak? dulu aku couple dengan Bulat, dia pernah bagitau aku yang dia dah tak suci lagi tau tak!
 Syuxer : yeke? ish, tak sangka aku.. aku ingat dia tu baik..
Kotak : Dia saje je nak sorok sebab malu orang lain tahu hal ni.
Maka si Syuxer pun bercerita pulak kepada Zie (girlfriend Syuxer ), Kemudian Zie yang memang tak dapat menahan dirinya untuk mengumpat, dia pun bercerita kepada Fahmi (skandal cinta Zie). Fahmi pulak bercerita dengan Jirannya iaitu Pakcik Arul yang turut kenal dengan keluarga Bulat. Terkejut dengan berita ni, maka pakcik arul pun bertanya kepada Pakcik Khairil ( bapa kepada Bulat)
Pakcik Arul : betul ke anak kau dah tak suci? kecoh dah hal ni kat taman perumahan kita ni.
Pakcik khairil terkejut dengan berita yang disampaikan, dia berasa malu yang amat. Disebabkan menerima tekanan yang kuat, pakcik khairil pun dimasukkan ke Hospital Gila selepas disahkan mengalami kejutan mental.

Kotak akhirnya mendapat tahu yang pakcik khairil telah gila selepas mendengar berita yang disebarkannya, lalu dia menyesal dan pergi berjumpa dengan Bulat.
Kotak : Bulat, aku minta maaf sebab buat fitnah pasal kau. Aku tak sangka sebab hal ni ayah kau jadi gila. Maafkan aku bulat..
Bulat : aku boleh maafkan kau dengan syarat.
Kotak : Apa syaratnya? aku sanggup buat..
Bulat : aku nak ko cari seguni kekabu (isi bantal) dan bawa ke sini.
Kotak pun mencari seguni kekabu dan bawakan nya kepada Bulat.
Kotak : Nah kekabunya, jadi kau maafkan aku? 
Bulat : belum lagi. Sekarang kau pergi ke puncak bukit.. kau buangkan kekabu ni sampai berterbangan memenuhi seleruh kawasan bukit tu.
Maka Kotak pun pergi ke puncak bukit yang tinggi dan menebarkan kekabu itu dan melihatnya berterbangan di awangan. Dengan perasaan gembira, Kotak pergi berjumpa Bulat sambil membawa sarung guni tersebut untuk dijadikan bukti. Dia pasti kali ini pasti Bulat akan memaafkan dia.
Kotak: aku dah buat seperti yang kau suruh, jadi sekarang kau sudah maafkan aku.?
Bulat : Ada satu lagi yang kau perlu lakukan.. dan kali ini aku akan maafkan kau kalau kau berjaya.
Kotak : Apa dia?
Bulat : Aku nak kau kutip semula kesemua kekabu yang dah kau sebarkan dari puncak bukit tadi! 
Bulat terduduk dan menangis..

kesimpulan cerita, sesungguhnya fitnah itu sungguh menyakitkan dan berbisa..ia sukar disembuhkan walau dengan apa pun.. Mengumpat itu pula umpama makan daging saudara seagama dan lebih berdosa dari berzina!

p/s : jangan marah aku masukkan korang dalam watak cerita ni.. hehehe... mereka yang terlibat diambil dari Pengomen terbaik.. hehehe..
Er.. entri aku tetap panjang jugak kan.. sorry lah.. huu.. Jom join mencari siapa si dia..tarikh tutup pukul 11.59 mlm ni tau.

Sumber

24 KOMEN BERKOTAK BULAT:

harrazdani said...

kreatif laaa KB...kipidap....;)

K said...

nice one! :)

Echa said...

suka..ada pgjrn di situ :D

nuyui a.k.a miss YUI said...

cerita yg beri pengajaran!!

zarul farhana said...

pndai wat cita ya.
buat la lg..ska bc crita kt cnie

Unknown said...

lukis sndiri ke tuh? comel dowhh., haha..

nice story...!kreatif1

Someone said...

nice story !
ade moral of the story
i loike (:
pandai gak melukis eh .
huhu

kotak bulat said...

@Sunah Sakura thanks :)
@ harrazdani hehehe..mekasih tau Hd..
@ sergeant keroro :)
@ echaRierie setiap cerita perlua ad pgajaaran kn..kalau kosg,crita jd sia2..

nuyui a.k.a miss NUSHA : pengajaran bersama

kotak bulat said...

@zarulfarhana mekasih sebb suka dtg.. :)
@ ...Minah BluR... haah..melukis tadi..tkut org xpat bygkan rupe kotak dgn bulat :P

missunguviolet: ni contng2 nmenya.. :P

EiZaRaZiErYa said...

ahahaha....kB nie~ ingtkn ape yg suprise td~ ehehe..tp mang suprise p0n~ best3...suke3...lagi sekali kejang ot0t muke senyum2..ketawe guling2..ehehe..

▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄ wink3 >_<

Xx said...

best cerita ni KB ! i like !! hehehe sesungguhnya dosa fitnah lebih berat dari membunuh , sebab fitnah ni makan dalam :( huhuh

MIRA NAK GEMOK!!!

p.shbr said...

hehe..menarik ar citer ni...

cikgu said...

huhu..comel...:):)

Anyyss Shuhaimi said...

wah..pandai KB buat cerita..terbaik!

Unknown said...

haha..saya diberikan watak jadi orang gila...senang saja berlakon...dalam cerita ni watak sayalah yang mencabar...hehe

kotak bulat said...

@Fad kb ke yg comel..:P *perasan*

Anyyss Shuhaimi :heheh.. :)

Khairil : memang paling macabar ni..hehehe

Diari Anak Perantau said...

nice..^^

arituarini said...

cuak pk cik baca cite ni... pndai ek bercerita....kih kih kih

aidamohdnazib said...

best pulak cerita kau nih..senyum aku sorang2 depan lappy..HAHA! :D

Afikah Aziz said...

suke...entry yg terbaik,byk pengajaran dan boleh dijadikan iktibar utk kite semua..cara ni pun bgus utk tegur org :)

Unknown said...

idea kb mmg mantap..ader jer cerita pengajaran..hehe

Unknown said...

mmg sedih la aku xde! xnak kawan!!

Anonymous said...

assalam,erk nie dah friday tragis nie...koh3.mana friday funny nak dgr nak dgr...koh3


Entri baru : ►Tutorial : Url Shortener Chrome Extension

Apih El Nino said...

Takpe panjang janji best :)

Post a Comment